Feb 17, 2008

Us..


Our story has three parts
A beginning, a middle and an
end
And although this is the way all story unfold
I still can't believe
that ours didn't go on forever...
I'm sorry
I've been away
Far from
u
Failed to stay...

~~ Saat ini terasa ada yang semakin menjauh.. Banyak yang semakin menghilang.. Dan sememangnya saya sudah penat untuk menyekatnya dari berlalu. Saya hanya diam dan memerhati. Bukan bermakna saya tidak peduli tapi serasanya daya saya sudah habis untuk menahan. Andai itu yang ditakdirkan, sememangnya siapalah saya untuk mempersoalkan segalanya... ~~
Terlalu indah dilupakan
Terlalu sedih dikenangkan
Setelah aku jauh berjalan
Dan kau ku tinggalkan
Betapa hatiku bersedih
Mengenang kasih dan sayangmu
Setulus pesanmu kepadaku
Engkau kan menunggu
Andaikan kau datang kembali
Jawapan apa yang kan ku beri
Adakah cara yang kau temui
Untuk kita kembali lagi
Bersinarlah bulan purnama
Seindah serta tulus cintanya
Bersinarlah terus sampai nanti
Lagu ini ku akhiri...
~~ Ruth Sahanaya - Andaikan Kau Datang ~~

Feb 15, 2008

Teratai..


Teratai..
Dulu kalau ada yang bertanya..
"Kau suka bunga apa?"
Pasti teratai yang menjadi jawapan..
"Kenapa?.."
~~~
Saya suka bunga teratai.
Kata orang, jangan jadi seperti bunga teratai.
Cantik di pandangan mata, tapi akarnya menyedut lumpur.
Menipu pandangan sekeliling...
Tapi bagi saya, biarlah seperti teratai..
Walau akarnya menyedut lumpur, tapi tetap mengindahkan mata² yang memandang...
Dan sebagai manusia, bukan berpura² namanya andai kita sedaya upaya cuba membahagiakan manusia² sekeliling walau apa yang ada dalam hati hanya kelukaan yang berpanjangan..
Masing² punya pendangan..
Tetapi sebagai manusia, jangan menjadi seorang yang suka bermuka². Kalau dengan orang lain pun kita tak dibenarkan bermuka² a.k.a hipokrit, apa lagi dengan ahli keluarga sendiri. Tak semua orang boleh memaafkan. Dan diam juga bukan bermakna melupakan...
Ann-nessa : Masih sukakan bunga teratai kaler pepel
(^_^)

Feb 14, 2008

I, Me & Myself part II

Click to view my Personality Profile page
Lagi satu kerja time saya banyak kerja namun sengaja mencari
kerja lain yang tidak memeningkan saya. Ujian personaliti dan di atas ni adalah
resultnya. Introverted INtuitive Feeling Perceiving. Haha.. Jugak dikenali
sebagai The Dreamer dan Princess Of Fairytale. Hoho adakah itu bermakna saya
banyak berangan? (^_^)
"creative, smart, idealist, loner, attracted to sad things, disorganized, avoidant, can be overwhelmed by unpleasant feelings..."
- Huhu.. Mcm insecure jer saya ni.
"An INFP's feelings are often guarded, kept safe from attack and ridicule. Only a few, close confidants are permitted entrance into this domain."
- Yang ni tepat!
"Highly creative, artistic and spiritual, they can produce wonderful works of art, music and literature. INFPs are natural artists.."
- Haha.. Kalau saya melukis gajah, rupanya akan jadik seperti singa. Mungkin...
~~ Boleh dipercayai jugak la keputusan
ujian ni untuk saya. Peratusan betul mencecah 80%. Or maybe 90 T_T
~~

~ “Benarkah.. Bila kita jatuh cinta, kita telah memberi hak kepada dia untuk melukakan kita?..”
~ ~ Nyanyian Tanjung Sepi - Noor Suraya ~
~ Aku ingin mencintaimu dengan sederhana.. Seperti kata yang sempat diucapkan kayu kepada api yang menjadikannya abu.. Seperti isyarat yang tak sempat dikirimkan awan kepada hujan yang menjadikannya tiada... ~
~~ Kahlil Gibran ~~
~ Kita dilahirkan dengan satu hati jauh di dalam diri kita. Belajar untuk mencintai dan menikmati betapa kita dicintai tapi jangan pernah mengharapkan orang lain untuk mencintai kita sepertimana kita mencintai dia.. ~
~~ Unknown ~~
~ Ann - Salam kasih sayang untuk semua yang menyayangi saya. Walau saya tahu bilangannya cukup kecil namun cukup untuk saya berterima kasih dengan kehadiran mereka². Maaf andai kehadiran saya semakin menyusahkan... ~~~
~ Hari ni saya mendapat cekelat. Ermm sebenarnya bukan hari ni jer, selalu dapat. Tapi sebab ramai orang dapat cekelat hari ni, at least saya dapat jugak. Yeay! ~

Feb 13, 2008

I, Me & Myself...

Click to view my Personality Profile page

Bosan mengadap kerja, saya menggodek internet dan jumpa personality test ni. Sebenarnya dak yan ngan dak sue dah wat test ni..
And this is the result..
Haha..
Macam yang saya jangka..
T_T

Bila Nak Saksi...

Wajah mu kerap ku mimpi
Wajah mu sering ku puja
Buatku terasa sepi
Kala ku bukakan mata
Kau masih belum pun ku punya
Rinduku masih kau tak peka
Cintamu kerap ku mimpi
Cintamu sering ku damba
Buatku terasa sedih
Kala ku bukakan mata
Kau masih belum pun ku dakap
Rinduku masih kau tak singkap
Bila nak saksi
Kau datang terkulai
Bila nak saksi
Kau datang membelai
Bila nak saksi
Cintaku sampai
Dirimu kerap ku mimpi
Dirimu sering ku khayal
Aku angan-angankan
Kau dapat bersama
Nyatakan cinta yang terpendam
Membina istana tersergam
Bila nak saksi
Kau datang terkulai
Bila nak saksi
Kau datang membelai
Bila nak saksi
Cintaku sampai
Kau masih belum pun ku punya
Rinduku masih kau tak peka
Bila nak saksi
Kau datang terkulai
Bila nak saksi
Kau datang membelai
Bila nak saksi
Cintaku sampai
Bila nak saksi
Cintamu kugapai
Dirimu kerap ku mimpi
Dirimu sering ku khayal
Aku angan-angankan
Singer : Spiderman
~~ Someone used to sing this song for me.. Untuk menyedapkan hati saya yang tak keruan ketika itu. Thanx kawan. I really appreciated it (^_^) ~~~

Feb 11, 2008

Aiiyarkk!!

Penat!
Maw pengsan..
Tersangat laa banyaknya kerja yang ditimbunkan..
Macam maw runtuh meja opis saya..
Kalau runtuh pun rasanya lagi baik..
Boleh laa saya bercuti..
Bijik mata seakan maw tercabut merenung tiap satu data yang nak di key-in..
Nasib baik bukan angka yang perlu saya tenung..
Saya memang tabik la kat manusia² yang kerjanya bergelumang dengan angka² sepanjang hari..
Gagahnya mata mereka..
Tapi bukan saya..
Saya penat..
Rasanya perkataan penat tu belum cukup menggambarkan apa yang saya rasa skang ni..
Apa yea?
Kepala sudah maw ting tong!!
Malam ni saya maw tdo..
Lambatnya pukul 10 malam ni (^_^)
Ann - Dulu bila kurenung langit malam yang kelam tanpa bintang, aku masih bisa tersenyum..
Itu tandanya bintang berguguran kerana ada yang sedang sarat merinduiku..
Namun sekarang, kekelaman langit malam itu seperti satu petanda..
Sinar itu kian menghilang...

Feb 8, 2008


Bila hati telah tercalar..
Bila perasaan terluka..
Bila emosi terganggu..
Bila dekat tapi terasa jauh..
Bila ada tapi tiada..
Bila rindu makin mencengkam..
Bila langkah makin mengecil..
Bila perjalanan makin melelahkan..
Bila kehidupan makin melemaskan..
Aku tahu aku patut pergi..
Mencari apa yang hilang..
Mungkin...
~~ Aku rindu pada segalanya ~~

Feb 5, 2008

Bahagian Tubuh Yang Paling Penting...


Ibuku selalu bertanya padaku apa bahagian tubuh yang paling penting. Bertahun-tahun, aku selalu meneka dengan jawapan yang aku anggap benar.
Ketika aku muda, aku fikir suara adalah yang paling penting bagi kita sebagai manusia, jadi aku menjawap.. “Telinga, bu..”
Jawap ibuku, “Bukan, ramai orang yang tuli, tapi teruslah memikirkannya dan aku akan menanyakanmu lagi nanti…
Selang beberapa tahun kemudian, dia bertanya kepadaku lagi. Sejak jawapan pertama, kini aku yakin jawapanku kali ini pasti benar. Jadi kali ini aku mengatakan, “Bu, penglihatan sangat penting bagi semua orang, jadi pastilah mata kita..”
Dia memandangku dan berkata, “Kamu belajar dengan cepat, tapi jawapanmu masih salah kerana ramai orang yang buta..” Gagal lagi, aku meneruskan usahaku mencari jawapan baru dan dari tahun ke tahun, ibu terus bertanya padaku beberapa kali dan jawapannya selalu, “Bukan, tapi kamu semakin pandai dari tahun ke tahun anakku..”
Akhirnya tahun lalu, datukku meninggal dunia. Semua keluargaku bersedih dan menangis bahkan ayahku juga. Aku mengingatinya kerana itulah saat kedua kalinya aku melihat dia menangis. Ibu memandangku ketika tiba giliranku untuk mengucapkan selamat tinggal pada datuk.
Dia bertanya padaku, “Apakah kamu sudah tahu apa bahagian tubuh yang paling penting, sayang?”
Aku terkejut ketika ibu bertanya pada saat seperti ini. Aku sering berfikir, ini hanyalah permainan antara ibu dan aku.
Ibu melihat tanda kebingungan di raut wajahku dan memberitahu, “Pertanyaan ini penting. Ini akan menunjukkan padamu apakah kamu sudah benar-benar ‘hidup’. Untuk semua bahagian tubuh yang kamu beritahu padaku dulu, aku selalu berkata kamu salah dan aku telah memberitahu kamu kenapa. Tapi hari ini adalah hari di mana kamu harus belajar pelajaran yang sangat penting.
Dia memandangku dengan wajah keibuan. Aku melihat matanya penuh dengan airmata. Dia berkata, “Sayangku, bahagian tubuh yang paling penting adalah bahumu.”
Aku bertanya, “Apakah kerana fungsinya untuk menahan kepala?” Ibu membalas, “Bukan, tapi bahu dapat menahan kepala seorang teman atau orang yang kamu sayangi ketika mereka menangis. Kadang-kadang dalam hidup ini, semua orang perlu bahu untuk menangis. Aku cuma berharap, kamu punya cukup kasih sayang dan teman-teman agar kamu akan selalu mempunyai bahu untuk menangis bila-bila pun kamu memerlukannya…”
~~ Jadilah insan yang selalu sedia untuk meminjamkan bahu kepada mereka yang memerlukan.. Untuk semua yang masih sudi meminjamkan bahu mereka ketika saya ingin menangis, terima kasih... ~~

Feb 2, 2008

Meninggalkan Dan Ditinggalkan...


Dengan cinta, pasti ada yang meninggalkan dan ada yang ditinggalkan.. Apapun kedudukan kamu, akan ada yang rasa sakit. Biasa dan lumrahnya, yang ditinggalkan akan berasa lebih sakit dari yang pergi meninggalkan. Namun bukan begitu semuanya kerana ada waktunya kamu terpaksa meninggalkan seseorang yang kamu sayang atas sebab² tertentu...
~~ Semalam kemas drawer dalam bilik, terjumpa balik artikel² yang saya print dari blog seorang abang. Membacanya membuatkan saya terfikir sejenak. Mungkin saya harus lebih belajar untuk memaafkan sesiapa sahaja yang meninggalkan saya. Things happen for a reason T_T ~~~
Ann - Mekasih untuk abang kerana memberi keizinan buat petikan ayat² di sini..