Apr 11, 2008

Pesta Buku 2008

"Terbanglah sejauh mungkin dan jangan pulang lagi ke sini. Aku doakan kau bahagia, sayang. Semoga kita akan bertemu suatu hari nanti di dunia yang lain pula.."
~ Fatinilam Sari ~

"Aku sering membina angan, membina istana indah. Dia sebagai raja dan aku sebagai ratu. Biarpun istana kami hanya sekadar pondok kecil, namun aku tahu.. Dia akan sentiasa di sisi dan mencintaiku selamanya.."
~ Aisya Sofea ~
Hari ini saya ke Pesta Buku 2008 kat PWTC. Sempat membeli 2 buah novel. Dah lama tak beli. Last saya beli novel kat Pesta Buku tahun lepas. Haha! Hampir setahun dah rupanya.
Penat gak berjalan tawaf 2 bangunan. Tempatnya lagi luas dari tahun lepas. Malam ini hajatnya maw pengsan memeluk bantal bucuk. Rindu :D

Apr 10, 2008

Diskriminasi..


Ini kisah seorang teman.. Teman rapat.

Kebelakangan ni, saya melihat satu diskriminasi di depan saya. Semakin kronik kelihatannya.. Anak lelaki dimanjakan, diberi apa saja yang dipinta. Tidak bekerja untuk menolong menyara keluarga pun takpe. Nak beli rokok, duet akan dihulur. Kain baju akan dibasuh, makanan akan dihidang depan mata. Air basuh tangan akan diambil. Hanya tunggu nak suap makanan ke mulut jer. Itu pun rasanya kalau boleh disuap, akan disuap dengan tangan sendiri sampai anak lelaki itu kenyang. Kalau anak lelaki itu berumur 7 tahun, masih boleh dimaafkan tapi itu akan menjadi satu kesalahan bila anak lelaki itu sudah berumur 20 tahun. Manakala anak perempuan akan dikerah sampai habis. Pagi ke pejabat, bekerja. Petang balik rumah, harus tinggal di rumah. Hujung minggu juga kadangkala kena bekerja kerana kata ibu dan bapa, rugi andai membazirkan waktu cuti itu kalau sekadar ingin berehat di rumah. Ada baiknya ke pejabat, ada jugak hasilnya hujung bulan. Kalau nak keluar jalan² dengan kawan², harus pulang awal ke rumah. Masih ingin dihantar ke mana saja anak tu nak pergi. What the heck! Memang bagus melindungi namun jangan sampai mengongkong, menyiksa jiwa anak perempuan. Kalau anak lelakinya mengusung anak gadis orang ke sana ke mari, katanya takpe sebab anak kita lelaki. Takkan ada apa² yang berlaku. Kalau rosak pun, anak gadis itu yang akan menerima kesannya. Kenapa begitu? Adakah anak gadis itu bukan anak manusia? Jangan kerana kita di pihak lelaki, semuanya dihalalkan... Tapi bila anak perempuan ingin keluar walau hanya sekadar ingin makan², muka yang mencuka akan dihidangkan. Apa yang difikirkan, bila anak gadis sendiri keluar rumah, hanya benda jahat yang akan dilakukan. Bila hujung bulan, anak gadis akan dikikis sehingga kadang tiada apa yang tinggal untuk empunya diri. Anak lelaki ibarat raja, anak perempuan ibarat hamba yang dikerah mencari rezeki walau sudah termaktub tanggungjawab menolong keluarga lebih besar bebannya atas bahu anak lelaki.

Pernah terdengar keluhan dia..
"Agaknya kalau aku dilahirkan pada zaman Jahiliah, dah lama aku dikuburkan hidup².."
"Kenapa?"
"Sebab aku perempuan"
~~~

~~ AnNessa - Andai suatu masa nanti saya ditakdirkan untuk menjadi ibu, saya berharap anak saya tak akan menerima nasib sedemikian.. Pedihnya bila segala usaha tak pernah dihargai. ~~

Apr 9, 2008

Demam SMS..

Minggu lepas, HOTLINK ada membuat promosi sms. 1500 sms untuk ditebus dengan hanya RM1. Saya pasti ramai yang mengetahui. Dan hari ni adalah hari terakhir untuk menghabiskan sms yang ditebus. Bertalu-talu sms jatuh dlm peti masuk enpon saya. Bermacam-macam cara yang dilakukan untuk menghabiskan stok. Adik² saya yang sengal dan senget hanya menghantar sms yang berisi nama saya sahaja. Hampir 30 sms dihantar. Saya hanya tergelak. Saya juga byk memforwardkan sms untuk hampir semua nombor Hotlink dalam enpon saya. Tapi tak semua orang boleh menerima cara begini.. Untuk sesiapa sahaja yang rasa terganggu,

SAYA MINTAK MAAF...
~ Hari ni saya sengal. Sangat² sengal dengan keadaan sekeliling. Terasa nak mengamuk. Mungkinkah masa itu telah tiba? ~~

Rahsia Mata Wanita..


Skang ni keadaan saya kat opis tersangatlah kronik tahap kebosanannya. Kenapa? Sebab keje takde.. Tapi bila ada keje, sampai tak sempat nak bercuti jadiknya. Inilah keje yang bermusim. Huh! So tanpa membuang masa, saya surf internet jerlah ;) Ini yang saya jumpa pagi tadi..

RAHSIA MATA WANITA

SAIZ MATA KECIL
Peramah, banyak cakap, kurang pertimbangan.
Lelaki boleh jadi kelam kabut akibat mulutnya. Bersikap periang tapi bila marah lambat sejuknya. Bila bercinta suka tukar pasangan kerana hatinya tidak pernah puas. Boleh bahagia dengannya jika dapat penuhi kehendak duniawinya dan melayan syahwatnya dengan baik.

SAIZ MATA SEDERHANA
Sederhana, tidak banyak berahsia, ada pertimbangan, bertanggungjawab serta
perlukan belaian mesra suami.

SAIZ MATA LEBAR
Cukup kuat berahsia, otak kurang cergas, pemarah, bertindak tanpa fikir panjang, kurang teratur, tiada arah tujuan dan putus asa. Tapi boleh setia. Nafsu syahwat tinggi.

MATA SELALU BERKEDIP
Pemaaf, senang dibawa berbincang, memahami dan sabar. Wanita ini baik.

MATA JARANG BERKEDIP
Wanita ini istimewa, bijaksana, baik pekerti, setia, adil, bertanggungjawab, tidak cerewet, membantu dan membahagiakan.

MATA CENGKUNG
Kurang memuaskan, materialistik, hidup dengannya boleh sengsara, kata manis tapi bohong, mahu senang, mudah curang, bila anda susah dia tidak peduli.

MATA REDUP
Wanita ini mudah dipermainkan, tidak dapat kawal emosi, hati tidak tetap, banyak kenalan kurang sahabat, mengumpat, irihati, kejam, kasar, mencemuh, pemarah.

MATANYA SEOLAH TERSEMBUL KELUAR
Sifatnya baik, rela, tabah, menyenangkan, ikut kata. Tapi mungkin tidak tepati janji, pendendam, tamak dan marah bila tidak puas nafsu syahwatnya.
~~ AnNessa - Ramai yang mengatakan saya mempunyai sepasang mata yang redup.
Erkk! Mungkin_
Ngeeee...
Yang ada ni hanyalah kajian. Mungkin ada yang kebetulannya sama ;)

Apr 8, 2008

Handphone Punya Hal..


Itu gambar handphone..
Yer handphone saya yang membuat tunjuk perasaan semalam..
Sampai hati dia wat saya macam ni..
Dia merosakkan dirinya..
Membuatkan poket saya yang dah sedia nipis ni maken rabak..
Huh!
Tersangatlah menyakitkan hati..
Macam menggigil jer tangan masa nak bayar kos membaik pulih enpon tu..
Takde la banyak nau nak kena bayar tapi dengan keadaan kewangan yang mencekik leher ni, saya terasa tersangatlah sakit jiwa!
Bila dah siap bayau, saya menggodek enpon ni dlm kereta..
Wah.. satu lagi kejutan untuk saya.
Hilang!
Semua hilang.. Gambar, video, lagu, themes..
Huhuhu. Macam mana saya tak terfikir yang kalo dah jadik kes macam ni, kemungkinan besau enpon kena format balik.
Haih! Cakap banyak pun tak guna. Yang penting memang semuanya dah hilang..
Untuk enpon kesayangan aku ni, tolonglah jangan buat hal lagi.
Rasa macam nak cekik diri sendiri jer skang ni.

Ann - Alangkah bagusnya kalau idup kita ni pun leh diformat macam tu. Ngeee~~

Apr 4, 2008

Tertarik!


Hari ni serba tak kena..

Ada rasa nak mengamuk..

Ada rasa nak menjerit marah orang..

Ada rasa nak humban pc saya ni ke bawah..

Ada rasa nak menangis..

Akhirnya saya tertido..

Dan saya mengigau..

Tentang dia!..

~ EnD ~

Mungkin..

Ini bukan hari saya (T_T)

~ Ann-nessa : Saya telah melepaskan tali yang saya pegang kukuh selama lebih kurang 5 tahun. Satu waktu yang cukup lama. Saya dewasa bersama ikatan itu. Namun saya sedar, ada waktunya kita perlu melepaskan. Dan... Dia datang kembali! ~

Apr 2, 2008

Senyum..


Ini kisah pagi tadi..
On the way datang opis. Saya dan kawan saya menaiki kereta Wira dan di hadapan saya ada sebuah kereta Brabus. Hoho besaunya kereta. Bila melintas di hadapan seorang pak gad ni, siap lambai dan senyum lagi pada pemilik Brabus tu sedangkan kami yang naik kereta Malaysia ni, usahkan nak dilambai tangannya, senyum pun tak. Huh! Mental betul...
Apa yang saya perhatikan skang ni, itulah perangai pak gad mak gad ni. Bukan semua tapi KEBANYAKAN laa.. Kalau kat opis ni, pada pegawai² yang berkot, lebarnya senyuman yang dihadiahkan tapi kalau pada kuli² cabuk macam kami ni buat² tak nampak jer. Haih! Apa nak jadi la yer.. Mana kempen budi bahasa yang rakyat Malaysia dok laung sana sini tu...

Saat bersendirian melayan perasaan, terngiang² bait lirik lagu yang pernah popular satu ketika dulu..
"It's tearing up my heart when I'm with u
But when we are apart I feel it too..
And no matter what I do
I feel the same
With or without u.."

~ AnNessa - Sesekali terfikir, benarkah lelaki semua sama? Kalau tidak, kenapa semua orang buat saya macam ni. Saya jumpa orang yang salah pada masa yang salah. Mungkin... ~

Mar 31, 2008

Dilema Zaman Sekarang...


Dulu kat kampung saya, setiap kali ada majlis perkahwinan, hal pertama yang jadik bualan ialah berapa hantaran yang disediakan, menantunya kerja apa, hensem ke tak, anak orang kaya ke, bla..bla..bla... Dan sekarang bila berpindah ke tempat tinggal saya ni, saya ingatkan benda tu berakhir jer. Tapi rupa²nya ada jer makhluk² macam tu, di mana² jer. Benda² ni dah jadik macam perlumbaan di antara ibu² di situ, anak siapa paling mahal. Haih! Menjual anak ke diorang ni? Lagi mahal hantaran, lagi tinggi la hidung mak bapak pengantin. Bagi saya, janganlah membebankan pihak yang ingin mendirikan masjid tu, tak elok. Agama sendiri tak menggalakkan. Ada yang sampai sanggup membuat pinjaman semata² nak belanja untuk kahwin. Lepas kahwin, hutang menimbun. Haha!

Saya pernah terbaca, kehidupan selepas kahwin itulah yang sepatutnya kita fikirkan. Bukannya nak bertanding majlis siapa yang lagi meriah kat situ, hantaran siapa paling mahal...


Perbualan dengan seorang teman,

"Berapa hantaran yang kau nak kalo nak nikah nanti?"

"Entah. 7K cukup laa kot.."

"7K jer?!"

"Nape? Murah sangat ker?"

"Tak berbaloi laa kau nak kahwin, nak spend your lifetime dengan dia semata² 7K jer.."

-Terkedu-


Penting sangatkah nilai itu di mata manusia² zaman sekarang? Bagi saya, elok yang wajib itu didahulukan. Majlis sekadar ala kadar pun takpe. Yang penting, menjauhkan maksiat dan kemurkaan Allah. Tapi yang saya tengok sekarang ni, pelamin yang maha indah tersergam depan mata. Kalaulah niatnya nak menunjuk², alangkah tak eloknya. Lepas tu siap ada kugiran yang melalak² lagi. Haih!

Tiap orang punya pandangan sendiri. Saya hanya menyuarakan ketidakpuasan hati saya tentang keadaan zaman sekarang yang banyak membebankan!

Mar 29, 2008


Kita lahir hanya dengan 1 hati jauh di dalam diri kita. Mengingatkan kita pada penghargaan dan pemberian cinta diharapkan berasal dari hati kita yang paling dalam. Belajar untuk mencintai dan menikmati betapa kita dicintai tapi jangan pernah mengharapkan orang lain untuk mencintai kita seperti kita mencintai dia.

Mar 26, 2008

Kena Tag!

Hari ni Ann kena tagged oleh cik kecik molek kita ni, Kak Airynnz :p
:: INSTRUCTIONS :: - You guys kene menjawab soalan- soalan yang telah pun disediakan. Tetapi here’s the twist - You’ve got to answer the questions sambil mendengar lagu di Winamp or any music players, with list of your favorite songs in random / shuffle mode. And to make things even interesting, the questions are to be answered based on the songs you are currently listening to - like for each new question, you gotta hit “NEXT” on your player and see what song comes up next, and from there, you gotta answer the questions and the answer gotta be berdasarkan atau berkaitan dengan that particular song <— arahan tak menahan..
1] If Someone Say “Is This Ok?” You Say?
Lagu : Qiu Tian De Tong Hua - OST Autumn In My Heart
Ann : Adeihh.. Translationnya ialah The Reason. Well, kalo sesaper tanya saya is this ok, saya akan tanya apa sebabnya :D
2] What Would Best Describe Your Best Personality?
Lagu : Bukan Cinta Biasa - Siti Nurhaliza
Ann : Muahahah.. Memang pun. Cinta saya bukan cinta biasa :D
3] What Do You Like In A Guy / Girl?
Lagu : Papercut - Linkin Park
Ann : Huh! Takde kena mengena. Next!!
4] How Do You Feel Today?
Lagu : Arjuna - Dewa 19
Ann : Heheh.. Mungkin saya sedang menunggu arjuna hati saya..
5] What Is Your Life Purpose?
Lagu : Debaran Cinta - Siti Nurhaliza
Ann : Ini bukan satu²nya tujuan dalam hidup saya :D
6] What Is You Motto?
Lagu : Melompat Lebih Tinggi - SO7
Ann : Mana leh tinggi², kang jatuh lagi parah..
7] What Do Your Friends Think About You?
Lagu : Untuk Selamanya - Siti Nurhaliza
Ann : Huhu alangkah bagusnya kalau saya sentiasa diingati, untuk selamanya..
8] What Do You Think About Your Parents?
Lagu : Mari Bercinta - SO7
Ann : Marilah berkasih sayang sesama kita.. Lalala!
9] What Do You Think About Very Often?
Lagu : Mistikus Cinta : Dewa 19
Ann : Jiwang karat tul laa.. Adakah itu Miss Tikus yang bercinta =))
10] What Do You Think About Bestie?
Lagu : Complicated - Avril Lavigne
Ann : Hakhak! Is it? Neah..
11] What Do You Think Of The Person You Like?
Lagu : I'm With You - Avril Lavigne
Ann : Wah sangat seronok. Mcm nak cium jer pc ni. Hikhikhik.. Yes. I will always be with u..
12] What’s Your Life Story?
Lagu : Ku Yakini - Siti Nurhaliza
Ann : Walau saya belum pernah bahagia seperti yang saya harapkan, saya yakin saya akan bahagia.. 1 fine day...
13] What Do You Want To Be When Grow Up?
Lagu - Tunjuk Satu Bintang - SO7
Ann - Haha. Saya memang teringin nak jadik bintang :D
14] What Do You Think When You See The Person You Like?
Lagu : Born To Make U Happy - Britney Spears
Ann : Kita memang sentiasa nak membahagiakan orang² yang kita sayang.
15] What Do Your Parents Think Of You?
Lagu : Oda Bumi Anbia' - Siti Nurhaliza
Ann : Muahaha.. Adakah saya anak yang sentiasa menimbulkan huru-hara? =)) Atau yang patut diberi simpati...
16] What Will You Dance To At Your Wedding?
Lagu : Strong Enough - Cher
Ann : I'm strong enough to live with u. Hikss (^_^)
17] What’s Your Hobby / Interest?
Lagu : From The Bottom Of My Broken Heart - Britney
Ann : Wah.. Gamaknya saya suka sangat menyelam ke lubuk hati saya yang sentiasa terluka la kot :D
18] What’s Your Biggest Fear?
Lagu : Pupus - Dewa 19
Ann : Hakhak.. Saya memang takut akan kepupusan.. Pupus kasih sayang.
19] What’s Your Biggest Secret?
Lagu : Janji Kasih - Siti Nurhaliza
Ann : Janji saya pada diri sendiri adalah satu rahsia yang orang lain tak patut tahu :D
20a] What Do You Think About The Person Who Started This Tag?!!!
Lagu : Berhenti Berharap - SO7
Ann : Hahahah.. Dia adalah jenis orang yang tidak berhenti berharap agar ada yang akan jawap tagged ni. Haih berbelit ayat saya :D
20b] What Do You Think About The Person Who Tagged You To Do This Entry?!!!
Lagu : Oops! I did it again.. - Britney Spears
Ann : Muahahaha.. Do u want to do it again huh?! Kak Rynn kena belanja saya nasi ayam penyek >:)
Done! Haih.. Finally. Dan mari kita lihat siapa lagi yang kena >:)
i) Bradermacho - Jangan malas² apdet blog yer bang!
ii) Kak Pu3 - Rehat²kan mata anda dari tgk angka juta² tu :p
iii) Nana - Bg turn awak ilangkan tensen ngan pn singe lak :))