Feb 25, 2009


Salam untuk semua. Kebelakangan ini memang saya lemas dalam lautan kerja, tak surut². Kalau la saya ni pekerja tetap, pasti saya dah ambil cuti seminggu.. Banyak yang saya nak coretkan namun ternyata saya terlalu penat. Penat! Bersawanglah blog ni sampai mental + fizikal saya kembali ok..

Feb 19, 2009



Bila perut sudah lupa untuk berkeroncong..
Bila mata sudah lupa untuk berkelip..
Bila bibir mula lupa untuk berbicara..
Saya tahu itu tandanya saya teramat penat...
Haih. Banyaknya kerja saya kat pejabat.
Tapi ada hikmahnya..
Saya selalu berjaya untuk tidur tanpa perlu berusaha dengan
susah payah seperti biasanya..
Dan saya juga boleh mengalihkan tumpuan otak saya kepada kerja²
yang menimbun ni..
Tak perlu fikir tentang keadaan sekeliling..
Tak perlu fikir tentang dia..
Tentang hubungan kami..
Saya penat tapi mungkin lega sedikit..
Entahlah..
Tapi saya tahu..
Saya rindukan dia..
Itu pasti!















I miss my baby too.. So much! Nelly Adleana 

Feb 13, 2009

Tag Mendera Orang >:)


Huhu. Saya kena tag oleh 3 orang budak sengal yang sayangkan saya. Bak kata kak pami, tag adalah ibarat kasih sayang. Jadi sempena hari kasih sayang ni, saya nak berkasih sayang la sikit. Haha. Meh kita layan.

10 perkara yang saya tahu tentang kak pami  :

- Ada myvi puteh yang dinamakan Nami.
- Nama betulnya Huzaimatus Saadiah. Huhu klasik nama dia.
- Seorang yang pemalu. Pernah jumpa dia sekali jer time gath kat Putrajaya. Memang pemalu + pendiam. Haha!
- Memang ramai orang yang salah sangka yang si Famia ni seorang lelaki termasuklah saya dulu.
- Suka tembak². Sama ada tembak guna kamera atau tembak guna cat (paintball), semua dia suka.
- Selamba.. Dari citer² yang saya dengar, memang terbukti keselambaan beliau.
- Anak sulung dalam keluarga
- Suka buat perkataan sendiri yang amatlah sengal bila baca.
- Sangat suka mengapdet blog
- Suka tido depan laptop dan membiarkan laptop tanpa di'shut down'.

Novel kegemaran kak pami
- Erkk.. Apa yer kak? :D

Pergh! Sangat sengal nak mencari 10 perkara tentang beliau memandangkan jumpa hanya sekali..


10 perkara tentang kakak pu3  :

- Nama betul beliau adalah Siti Hajar bt. Abdul Hamid
- Berumo sweet 29. Haha
- Tarikh lahir beliau adalah 21 Ogos.
- Seorang pendengar yang baek.. Hehe
- Agak sensitif dan agak laser kalo kena ngan waktunya. Huhu. Tapi beliau marah sekejap jer dan lagi satu, kakak ni jenis orang yang payah nak say no bila orang² terdekat mintak tolong..
- Ada seekor kereta bernama kelisa.
- Masih hutang saya McFlurry tapi dengan keadaan skrg ni saya tukar utang tu jadik Zinger Burger jer la .
- Still single and available. Ngeh3
- Bukanlah seorang yang sombong kalo dah kenal dia. Masa memula jumpa memang la takut cket nak beramah mesra dengan dia. Huhu
- Ada seorang jer adik lelaki.

Novel kegemaran kakak
- Novel cinta tapi bukan jenis yang tangkap leleh punya.

Done!


10 perkara tentang kak ieba  :

- Nama penuh beliau adalah Jabariah
- Umo beliau adalah 27 tahun. Haha tua la kak ieba :p
- Anak bongsu
- Ada abang yang lebih dikenali dengan nama Perindu a.k.a Che Du
- Suka memanjat
- A good friend. U can talk about anything with her
- Akan dapat kakak ipau tak lama lagi
- Masih utang saya seketul burger. Haha
- Bukan feminin punya orang
- Suka menembak gak guna kamera

Novel kegemaran Ieba
- Novel cinta. Haha

5 benda kesayangan saya
- Enpon SE buruk saya
- Bantal peluk saya
- Kamera buruk saya
- Benda itam yang ada kat tepi idung saya ni :D
- Semua benda yang dihadiahkan orang² sekeliling.

Huh! Lastly utang tag dah terbayau. Skang saya nak bagi balik kasih sayang ni kat :
- Kakak Pu3 (lalala. saya tak dulik :p)
- Kak Ieba (u too!)
- Brad a.k.a panda golek  (silakan la yer..)
- Adik IN (sebelum wat ni gi mandi dulu yer :p)
- Kak Fami (selamat berkasih sayang :p)

Feb 10, 2009




Kita pernah mengejar pelangi
dan pernah melakar mimpi
kerana kita memang tak mengerti
tentang sebuah realiti
cinta ini bukan untuk kita miliki
lalu biarlah ia pergi
sudut-sudut hati tak pernah terisi
sunyi.. sepi.. mencengkam diri
namun kita tetap tidak peduli
mungkinkah kita ingin bermimpi...

~ Kind JK ~
~ Blues Selamanya ~



Malam kelmarin, tiba² hati saya rindu. Rindu pada waktu² dulu. Jadi saya menghabiskan malam saya dengan membelek² kembali majalah yang menjadi kesayangan saya suatu ketika dulu, Blues Selamanya. Dan ianya masih lagi menjadi koleksi kesayangan saya. Mungkin sampai bila². Banyak coretan yang saya suka. Ada yang bagaikan kisah sendiri. Puisi di atas saya petik dari salah satu karya yang ada dalam majalah tu. Saya lupa isu ke berapa.. Dan saya juga belum meminta izin dari penulisnya. Harapnya Mr. Kind JK tak keberatan yer..

Selepas ini, saya akan dilemaskan dengan lautan kerja yang saya tak tahu bila akan surut. Haih! Dah berjangkit dengan kakak saya ke ehh? Penatnya! Mungkin ini entry terakhir saya sebelum saya start bergelumang dengan kerja² saya dan emosi saya yang agak kurang stabil skang ni memang memungkinkan saya lebih banyak berdiam diri..

Jaga diri yer semua..

Feb 3, 2009

"Di dunia ini, manusia ibarat pelakon yang memainkan watak² tersendiri sehingga wataknya dimatikan..."

Seringkali kedengaran ungkapan tu. Kat memana pun kita boleh baca. Dan itulah hakikatnya..

Bangun pagi, kita akan mula memainkan peranan kita. Ada yang wataknya menggembirakan orang lain. Ada yang wataknya cukup membuat orang lain benci. Seharian melakonkan watak kadangkala membuatkan kita cukup penat. Penat dengan kehidupan seharian.

Bila malam menjelma, saat bulan masih tersenyum, kita akan berehat. Ingin tido. Dan melepaskan lelah setelah seharian menjalani kehidupan yang ada pasang surutnya. Saat inilah kita akan merenung kembali apa yang telah kita jalani sepanjang hari. Kenangan. Ada yang membuat hati berbunga². Mungkin ada hati yang tercalar. Tak kurang juga yang menangis. Sendirian. Saat ini, kita akan menjadi diri sendiri. Bebas tanpa perlu melakonkan watak kita. Tidak perlu hipokrit.

Melelapkan mata.. Dengan harapan akan ada sinar cahaya saat mentari kembali esok. Walau kita tahu ada kehidupan yang melelahkan untuk kita jalani, namun itulah watak yang perlu kita pentaskan. Sebelum kita dijemput pulang...

Saya - Jalan berliku yang saya lalui semakin hari semakin dingin.. Kehangatan seakan menjauhi. Atau saya yang semakin membeku..

Jan 29, 2009

"Kadang-kadang, hendak menyayangi orang yang kita sayang itulah yang paling susah..."
C.I.N.T.A
2006

- Hari ni mood saya diletakkan dalam mode hibernate. Terasa ingin diam dan merehatkan diri. Dari segalanya...

Hidup ini bukanlah suatu jalan yang datar dan ditaburi bunga melainkan adakalanya disirami airmata dan juga darah..
~ Hamka ~

Jan 28, 2009

Layan Tag Jer Laa >:)

Ini tag dari cik INa sengal..

1. Do u think u're hot?
Ada yang kata saya ni intan payung gunung berapi.
Hot la kot. Waha :D

2. Upload ur fave pic of u..


3. Why do u like that picture?
Ermm.. Gambar kandid oleh kak ieba masa wat
gath aci² kat serdang dulu.
Love the moments...

4. When was the last time u ate pizza?
Bulan Nov tahun lepas. Kat Alamanda ngan kawan² pejabat.
Takde la sedap sangat >:)

5. The last song u listened to?
Bicara kasih - Elly Mazlein.
Sesuai ngan mood saya sekarang ni.

6. What are u doing right now besides this?
Dengar lagu, bukak windows keje
in case bos datang mengejut. Haha..

7. What name would u prefer besides yours?
Angelina Jolie. Haha. None.
I love my name already cuma kalo ada
tambahan huruf I kat belakang nama saya,
mungkin lebih manis.

People I tag the next are :
- Kakak Pu3
- Deq Yonna
- Kak Airynnz
- None
- None

8. Who is number 1?
My sis :x

9. Number 3 is?
Seorang kakak yang saya tak pernah jumpa,
rakan sesama bloggers..

10. Say something about no. 5
Nothing to say laa..

11. How about number 4?
Saya tak nampak sesape pun ada kat ctu :D

12. Who is number 2?
Deq Yonna. Saya selalu lepak kat blog dia.
Banyak celoteh yang saya boleh baca :D

Jan 22, 2009

emo kitty Pictures, Images and Photos

21 Januari 2007...
Ada pertemuan yang tercipta.
Ada kisah yang bermula.
Ada hati yang terpaut.

21 Januari 2009..
Semalam. Genap dua tahun pertemuan itu.
Dua tahun hubungan terbina.
Dua tahun yang penuh suka duka.
Dua tahun yang takkan saya ulangi kembali walau diberi peluang.
Serik barangkali.
Tak sanggup nak mengharungi segalanya sekali lagi.
Sekarang.
Saya sendiri tak dapat nak pastikan sama ada hubungan 2 tahun ini akan berlanjutan..
Menjadi 3 tahun..
4 tahun..
5 tahun..
Atau mungkin hanya terhenti di sini..
Kesabaran saya makin menipis..
Walau saya masih terlalu sayangkan apa yang terbina..
Sayangkan dia..
Segalanya telah tertulis.

"Mudahnya merosakkan dari membina
Mencemarkan dari memulia
Tak menghirau dari mengendah.."

- Hari ini saya sengaja membiarkan diri saya tenggelam bersama perasaan saya..

P/s : Mungkinkah lebih baik melepaskan orang yang kita sayang ketika hati masih sayang?

Jan 21, 2009

Assalamualaikum buat semua..
Menghilang seketika.. Membiarkan ruang ini kosong. Sekosong suasana yang saya rasakan ketika ini. Saya masih ok, dan akan sentiasa ok. InsyaAllah. Saya hanya diam, mencari ruang untuk diri sendiri.
Januari..
Bulan pertama untuk tahun ni banyak memberi dugaan untuk saya. Masalah di tempat kerja sehingga saya pernah terfikir untuk berhenti kerja. Tapi Alhamdulillah fikiran saya masih panjang. Dan saya masih di sini, mencari rezeki. Semoga apa yang menanti di hadapan jauh lebih baik dari apa yang ada sekarang. Saya masih mensyukuri, cuma terkadang fikiran tersasar dari landasan.

Jan 6, 2009


Semenjak dua menjak ni, kesihatan saya tak begitu baik. Angin satu badan. Itu pernyataan yang tak bermaksud saya marah yer, tapi dalam badan saya memang penuh angin. Minum ENO pun tetap tak ok. Terkadang saya terjaga dari tido tengah² malam dan terpaksa duduk bersandar atas katil sebab takleh bernafas, sesak.. Huhu. Saya tak taw apa yang tak kena. Atau mungkin saya salah makan. Ntahlah. Yang saya pasti, saya terseksa. Mungkin jugak ni salah satu gejala PMS. Bila tido tak cukup, mula laa berangin jer, semua orang rasa nak marah jer. Haha. Alasan! Tapi part ni saya serius. Ada sesiapa ada petua nak ilangkan angin dalam badan? Please!! Semalam saya search kat internet, ada yang mengesyorkan supaya minum kopi + perahan air halia. Dan saya mencubanya. Alhamdulillah ok cket tapi perut saya tetap kembung.. Anyone please.. Bangun pagi ni, saya selsema :((