Nov 30, 2007

Usah Lepaskan...

Skang ni tgh suka melayan lagu ni.. Remains in my mind :)
Usah Lepaskan - Taufik Batisah
Yang terindah terlukis di bibir mu
Tak pernah ku lihat senyum mu sebegitu
Pudar kah sudah cinta yang ku beri
Bewarna warni segala
Yang dijanjikan ia
Usah biarku bersendirian
Usah biar hati mu di tawan
Usah biar diri ku disini
Seorang menunggu tanpa teman
Usah lepas genggaman tangan mu
Usah biar semua berlalu
Usah terlupa perasaan hati
Pertama kali kita bertemu
Usah lepaskan

Tak mudah ku melupa segala yang berlalu
Ku ingin selalu bersama mu
Ku tak peduli apa sebabnya
Engkau dan dia harus bersama
Mendungnya langit bila berkata
Kita patutnya masih bercinta
Usah lepaskanUsah lepaskan
Yang terindah
Terlukis di bibir mu
Tak pernah ku lihat senyum mu
Sebegitu…



Nov 29, 2007



"Kalau saya jadi air mata, saya nak lahir dari mata awak, hidup di pipi awak dan mati di bibir awak.. Tapi kalau awak jadi air mata saya, saya takkan menangis sebab saya tak nak kehilangan orang yang saya sayang macam awak..."
Sms yang aku terima 2 hari lepas... Mekasih untuk penghantar :D
Nessa - Dalam tangisan langit, aku berlari mencari teduhan...

Nov 27, 2007

Misi Ke Angkasa..


Hehe.. Tajuk yang mencerminkan entry aku kali ni. Semalam tepat jam 3.30 ptg, aku bertolak dari opis menuju ke Hospital Gleneagles, Ampang dengan satu misi... Berjumpa ngan Mejar Dr. Faiz. Semangat berkobar² untuk jumpa dia. Hikhik.. Mimpi jadik kenyataan bila Cc ( Chief Clerk ) kat sini ajak aku pegi lawat anak angkat dia a.k.a Dr. Faiz ni. Lebih kurang 7 orang yang ikut pergi. Aku lak sanggup wat muka kesian mintak ngan bos aku untuk ikut Cc. Pedulikan laa, yang penting aku leh jumpa dia. Dalam otak dah ada macam² soalan nak tanya dia bila jumpa tapi bila tgk jer Dr. Faiz, aisehh... Kelu + malu + segan lak jadinya. Tambahan mak dia ada. Dah laa masa kami sampai sana, dia tgh makan. Mengacau lak :) Last² aku jadik siput band sepanjang kat sana. Pandang jelah dia dok bercakap. Hikksssss...
Masa nak balik, kami mintak kebenaran untuk bergambar ngan Dr. Faiz tapi he refused. So menghormati keinginan dia, kami tangkap mak dia jer untuk bergambar. Itu pun jadi laa daripada takde kenangan langsung. His mum is so humble... Dan Dr. Faiz pun tak sombong. Thanz yaa.. Salah satu kenangan manis yang boleh aku jadikan penutup tirai 2007 walau ada lagi sebulan :)


ahli rombongan cik kiah bergambar bersama emak Dr. Faiz....

Nov 25, 2007

Mencari...


Semalam ku susuri jalan kenangan kita..
Tatkala terlihat sepasang flamingo, hatiku jelas terusik...
Flamingo bernyawa yang dikatakan patung..
Rindu..
Benar...
Aku telalu rindu pada kenangan itu...
Mencari kemesraan yang dulu..
Sirna ditelan masa,
Atau aku yang telah kematian rasa...
Nessa- What I need now is A Licence To Kill...

Nov 23, 2007


Ungu - Cinta Dalam Hati

Mungkin ini memang jalan takdirku
Mengagumi tanpa di cintai
Tak mengapa bagiku asal kau pun bahagia
Dengan hidupmu, dengan hidupmu
Telah lama kupendam perasaan itu
Menunggu hatimu menyambut diriku
Tak mengapa bagiku cintaimu pun adalah
Bahagia untukku, bahagia untukku
Ku ingin kau tahu
Diriku di sini menanti dirimu
Meski ku tunggu hingga ujung waktuku
Dan berharap rasa ini kan abadi u
Ntuk selamanya
Dan ijinkan aku memeluk dirimu
Kali ini saja
Tuk ucapkan selamat tinggal
Untuk selamanya
Dan biarkan rasa ini bahagia untuk sekejap saja
Thanx untuk kakak pu3 yang bagi lagu ni untuk aku. Best =)

Nov 22, 2007

Jiwa Sakit @ Sakit Jiwa?!!

Ni kisah tentang semalam dalam idup aku. Bangun pagi, mood dah rasa kureng. Dtg opis cuba nak lupakan tentang mood yang hampeh tu tapi bila ditambah dgn perangai bos yang tak semenggah tu, lagi kacau jiwa aku rasa. Mood yang tak elok berlarutan sampai ke petang. Time nak balik, mata aku gerak² belah kiri. Haih! Apa lagi yang akan jadik? Aku rasa idup aku skang pun dah cukup teruk. Sampai kat umah, try nak memaniskan muka... Sebab nak ilangkan tensen, aku ambil keputusan nak membasuh baju yang menimbun dlm bakul kat bilik. Tgh elok melayan perasaan sambil membilas, datang la seseorang dengan suka hatinya menghadiahkan bebelan kat aku. Walhal bukan salah aku pun. Hanya disebabkan masalah idup yang melanda kakak + adik aku yang dah kawen, aku yang jadik mangsa. Pesanannya, "sebab tu kalo nak kawen kena cari bebetul, jangan ambil yang akan menyusahkan idup kita..." Haih! Ni yang aku tak suka ni. Pantang betul aku kalo kena bebel pasal semua² ni. Jangan wisau, aku bukan nak kawen pun!!! Nak jer aku jerit tapi dalam ati jer yang aku mampu. Siap jemur kain, aku nak iron baju yang nak pakai hari ni. Belek punya belek baju dalam almari aku, hilang sepasang baju kurung aku. Mana peginya? Risik² adik aku cakap ada yang pinjam. Orang yang biasa meminjam tapi tak reti nak pulangkan. Baju tido aku sepasang pun dah jadik harta dia. Nak jer aku mengamuk semalam. Tapi mcm biasa, aku hanya pandai memberontak dlm ati. Pukul 8.00, kuar tgk berita kat TV3. Kuar pasal 16% rakyat Malaysia menghidap penyakit mental. Papa aku kata biar betul. Terus aku kata apa yang tak betulnya? Kat umah ni pun ada sorang yang sakit jiwa. Tekanan mental... Terus ma + papa aku diam. Diorang pun taw aku memaksudkan diri aku sendiri. Biarlah. Memang aku tgh sakit mental pun skang ni. Jiwa kacau.. Mengadap tv sampai kul 11. Abis citer IRIS, aku masuk tido. Agaknya leh dibilang dengan jari berapa patah perkataan yang kuar dari mulut aku semalam. Merajuk.. Aku merajuk dengan keadaan sekeliling, merajuk dengan semua orang. Semua! Termasuk dengan diri aku sendiri. Sudahnya aku tido dengan keadaan lapar. Biarlah. Aku puas ati buat macam tu.
Pagi ni bila sampai kat opis, kawan ajak g makan tapi aku tak nak walhal perut aku dah menjerit. Dia paksa gak aku makan. Aku ikut beli nasi goreng, alas perut. Ada yang bertanya nape muka aku cemberut jer ari ni, aku kata sakit jiwa. Dia kata bukan sakit jiwa cuma jiwa ko yang sakit. Huh! Tak sama ehh? Biarlah...
Hanya ada seorang jer yang leh watkan aku senyum dan gelak semalam. The one and only my baby, Nelli Adleana. :)

Nessa - Bila hati semakin terluka, dingin salji akan terasa hangat...

Nov 21, 2007

Dingin + Beku = Mati?!!


Hari ni adalah hari yang ke 325 dalam tahun 2007, tahun yang banyak memberikan aku kenangan, pahit dan manis...
Penatnya... Mungkin aku betul² perlu merehatkan diri dari segalanya. Sejak 2 minggu kebelakangan ni langit selalu menangis. Musim tengkujuh semakin menghampiri. Suasana sentiasa kedinginan. Aku suka suasana macam tu. Dingin dan beku. Kalau dulu masa menetap di kampung, aku paling suka hujan walaupun aku tak pernah dibenarkan untuk main hujan. Nanti demam kata mak aku. Jadi aku ambil peluang untuk jalan² sekitar kampung selepas hujan. Seronok. Pemandangan yang menyejukkan. Really missed that moments.
Mungkin sebab terlalu sukakan hujan, sekarang hati aku sentiasa kehujanan, kedinginan... Makin membeku. Sepertinya sudah kematian perasaan...
Nessa - Hidup ini bukan sepotong mimpi...

Nov 16, 2007

I'm empty... Inside.


Entah mengapa skang ni makin sepi aku rasa. Dunia aku makin kosong. Dan perasaan ingin melarikan diri semakin kuat mencengkam...
Nessa - Terasa ingin sekali merajuk dan membawa diri. Jauh... Dan menghilang...

Nov 15, 2007

Bosan Tahap Gaban...


Haih.. Kerja yang menimbun menambahkan lagi kesengalan jiwa aku skang ni. Urgent! Itu jer yang bos aku tahu cakap. Bukan reti nak menolong pun. Sumer keje dicampaknya atas meja aku. Pas siap kang dia yang dapat nama. Kalo ada kuasa macam mak lampir, aku dah bisukan dia terus. Aman opis aku ni hari-hari. >:) Weekend terpaksa pulun OT. Penatnya aku rasa skang ni. Penat badan+jiwa...
Semalam balik dari keje, lepak bilik jap. Tiba-tiba datang adik aku yang bongsu, umo 3 tahun. Dia ada cakap something tapi aku tak berapa paham. Yang aku dapat tangkap, katanya pintu almari tercabut. Takkan laa pintu almari aku yang beso gitu leh tercabut? lagipun aku tengok ok jer lagi tu. Mesti dia memain ni. Aku buat tak reti jelah. Mak aku masuk bilik...
"Tadi pintu almari angah tercabut, budak 2 orang ni (Iman+Ipan) dok panjat masuk dalam almari, tertendang..."
"Haaaaa!!!"
"Tapi mak dah baiki, dah ok pun. Mak nak kuar ni, nak gi umah kak nora. Majlis hari lahir anak dia. Nak ikut?"
Aku menggeleng jer. Penat+malas nak ikut. Time nak mandi, aku try bukak almari. Ciss wat hal. Tersekat lak sliding door tu. Ni mesti pasal tercabut tadi. Nak tak nak, terpaksa baiki sendiri. Sempat gak la bermandi peluh nak membaiki benda alah tu. Huhu... Lain kali kalo jadik lagi, aku tau laa apa aku nak buat ngan budak 2 orang tu >:)
Nessa - Suka tengok gambar kat atas tu. Yang belakang macam nak patah balik ehh? :D

Nov 14, 2007

Persimpangan..


Persimpangan..
Aku kini berada di persimpangan dua hati...
Mana yang harus ku jejaki...
Haih!! Penat betul laa macam ni...
Terasa nak larikan diri, pergi bercuti tapi bebanan banyak nak kena fikir...
Entahlah...
Hari ahad ni sepupu aku nak nikah. Dia ajak ikut rombongannya ke rumah pengantin perempuan kat perak. Sepupu yang membesar dengan aku sejak kecil, teman gaduh aku... Suka sangat tarik tocang aku masa kecik. Dah nak jadik suami orang dah pun. Lepas ni mesti dah segan nak bergurau senda. Perasaan isteri kena jaga =) Tapi sori r geng. Aku dah semakin fobia dengan sebarang majlis perkahwinan. Dah lama aku tak hadiri majlis macam tu. Bulan ogos lalu, aku beranikan diri ke majlis adik ipar kepada adik aku dan sudahnya hati aku makin terluka.. Aku dah tak sanggup dera hati sendiri. Semoga kau bahagia sentiasa. Jaga isteri nanti baik-baik...
Ann-Nessa - my small world is rainy today ^.^