Jun 24, 2009

Menanti Cinta - Kris Dayanti

Sejak lama aku berdiri
Dalam sepinya rongga hati
Tak satupun guru mampu menjawab

Hanya padaMu ku bertanya
Lewat setiap sujudku ini
Siapakah nanti cinta untukku

Wahai penilai hati lihat batinku
Nyaris bernanah karna luka tersayat
Merana menantikan kisah dan kasih hidupku

Rahasia itu hanya Kau yang tahu
Namun aku tak mau jadi tuna cinta
Tuntun hatiku dalam sabar menanti jodohku

Hanya padaMu ku bertanya
Lewat setiap sujudku ini
Siapakah nanti cinta untukku

Wahai penilai hati lihat batinku
Nyaris bernanah karna luka tersayat
Merana menantikan cinta dan kasih hidupku

Rahasia itu hanya Kau yang tahu
Namun aku tak mau jadi tuna cinta
Tuntun hatiku dalam sabar menanti jodohku

Rahasia itu hanya Kau yang tahu
Namun aku tak mau jadi tuna cinta
Namun harus ku ihklaskan semua nasib cintaku...
PadaMu...

Jun 23, 2009

Apdet Dengan Cepat..

You Are Conditioner
You are naturally nurturing and calming. You smooth things over.
You can have a neutralizing effect. You can deal with chaos well.

You are encouraging and supportive. You have a gentle touch.
You are generous and bighearted. You have a lot to give.

Generous and bighearted.. Huhu. Tapi skang ni hati aku dah makin kecik.

You Are a Carnation
You are down to earth and grounded.
You tend to be more traditional than trendy.
Your confidence gets you through anything.
People trust you and are very loyal to you.

What Your Name Says About You
Your name says that you are mostly:

Ambitious but stubborn

Your name also says you are:

Charismatic but impulsive
Energetic but impatient
Independent but distant

Pepagi morning merayau kat blog kakak then terjumpa kuiz ni. Lama tak layan + lama tak apdet blog, so try jer buat. At least boleh apdet blog dengan cepat.
Skang ni tak banyak masa leh diluangkan dengan kawan². Time kat opis mmg dah takleh nak berYM mcm dulu. Sesekali mencelah boleh je. Tapi kalau nak spend borak panjang, mintak ampun la

~ Ann - Sesekali terasa seperti aku sedang menipu diri sendiri, tetap menganggap aku sedang berbahagia even hati aku ni kadang² rasa macam kena toreh dengan pisau toreh getah tu. Tapi hidup ni bukan panjang mana pun kalau nak dibebankan dengan segala macam permasalahan tu. Kan kakak?

Jun 8, 2009

Weekend..


Semalam pergi menonton Jangan Pandang Belakang Congkak bersama abang dan adik² saya. Ok gak laa kalo nak tonton sebagai hiburan nak melupakan kesengalan otak untuk sementara. Memang sengal watak 3 ekor tu time nak bertukar. Haha.. kiranya weekend ni quite good la for me. Hari ni aku akan out station ke PD - Tiara Beach Resort. Khamis akan kembali ke Putrajaya. Haih.. Aku pasti akan rindukan dia. Sangat²...

Untuk dia..
Aku sayang Kamu.

Jun 1, 2009






Apakah ini perasaan yang dikatakan sebagai 'mati' sebelum mati?...

May 26, 2009

dIskRimINasI >:)

Semalam aku terbaca pasal dabel standard kat blog kakak, aku setuju sangat² tentang perkara tu. Dah jadi kat mana² dah pun benda ni. Kat rumah pun ada. Diskriminasi antara adik-beradik, perbezaan kasih sayang ibu bapa antara anak² mereka. Haih! Kebanyakannya berkisar tentang anak lelaki akan dilebihkan berbanding anak perempuan walaupun anak lelakinya bukanlah boleh diharap sangat. 
Kalau anak perempuan hulurkan RM200 sebulan dan anak lelakinya hulur RM100 sebulan, belum tentu apa yang dihulur anak perempuan akan disebut. Kadang tak mengharapkan untuk disebut depan jiran² pun, cukuplah sekadar kalau apa yang dihulur tu diingati
Tapi kalau nak dicakap² benda ni pun, diskriminasi lelaki perempuan ni dah berlaku pada zaman jahiliah lagi. Sekarang ni pun dunia dah akhir zaman, so tak mustahil pun benda² macam ni timbul balik. Jangan nanti ada yang sanggup buang anak perempuan semata² sebab tak dapat anak lelaki dah laa
Haih. Aku sangat emo hari ini. Ada bahu yang sudi dipinjamkan?

May 14, 2009

Lamanya tak mengapdet. Sedikit kelam kabut dengan hambatan waktu yang tak pernah cukup sebenarnya. Dah 2 minggu tak masuk opis, membontoti bos aku out station. Haha.. Minggu ni aku dah kat opis. Penat tapi happy sebab leh lari dari suasana opis sekejap. Walau keadaan jiwa masih sakit, aku masih boleh berpura-pura senyum dan ketawa. Bukan susah pun. Sengih jer walau hati menangis. Lagipun aku dah terbiasa dengan keadaan macam tu. Dan mulai esok, aku tahu aku akan semakin tension.. Haih!

~ Saat Menghirup keenakan kopi panas pagi tadi, hati tiba-tiba merindui seseorang yang mengajar aku untuk menikmati minuman ketika masih panas... ~~

Apr 24, 2009

Orang-orang tua selalu mengaitkan kehadiran kalkatu dengan hujan. Kata mereka, kalau kalkatu banyak menandakan hari akan hujan. Benarkah? Entah mengapa, sejak kebelakangan ini aku sepertinya memelihara sekumpulan kalkatu di dalam hati aku...

~ AnNessa ~

Apr 21, 2009

Terima Kasih..


Entri untuk kamu.
Aku hanya ingin menyatakan rasa terima kasih.
Untuk semua kasih sayang yang tercurah.
Untuk semua kesabaran.
Untuk semua pengorbanan. Masa dan tenaga.
Untuk keberadaan kamu di sisi aku setiap kali aku memerlukan.
Tak lupa juga..
Untuk setiap kesakitan.
Untuk setiap kelukaan.
Untuk setiap titis airmata yang gugur di pipi.
Aku menganggap itu hanya sebahagian dari pengalaman hidup.
Semoga boleh mengajar aku untuk lebih kuat.
Terima kasih juga..
Kerana masih ada di sini...
Aku tidak pandai menyatakan, namun aku tahu kamu juga tahu..
Segalanya..
Titik!

Apr 16, 2009

Pergi...

Pergi ~ Aizat

Sayu terpisah
hikayat indah kini hanya tinggal sejarah
berhembus angin rindu
begitu nyamannya terhidu wangian kasihmu
hujan lebat mencurah kini
bagaikan tiada henti
kaulah laguku kau irama terindah
tak lagi kudengari
kau pergi.. pergi..
sepi tanpa kata
terdiam dan kaku tak daya kau kulupa
apa pun kata mereka
biarkan kenangan berbunga di ranting usia

I Go - Pete Teo

So long, fare thee well

The dancer and the dancing days have taken leave and fell

So turn down this bed of stone

Quench me with the deadly nightshade from the rose that you belong

The long December rain is falling now

Running down on streets to nowhere

Music is my life youre my sweetest nightingale

But I cant hear it here no more

And I go

I go

Hush now, dont shake or break

Words have fallen silent like soldiers to the grave

No matter what they do or say

Lay me on the sleepy meadow by the tracks upon your face

~ Lagu penutup filem Talentime. Layan lagu ni jer skang... ~

Apr 13, 2009

Memori Hujung Minggu

Laily, Nora a.k.a Bonda, Me & Far

Me, Far, Tim & wife (Kayna), Laily

Sabtu, 7.45 malam, Midvalley Megamall

Ahad, 7.00 malam, KLCC

Hujung minggu yang aku habiskan dengan kawan² sekolej dulu, memang memenatkan. Tapi seronok sebab dah lama aku tak jumpa diorang. Filem Jangan tegur tu kiranya tak rugi la kalo g tengok. Sound effect dia mmg leh wat jantung korang gugur. Tapi yang paling meninggalkan kesan dalam hati aku, filem Talentime ni la. Tak ramai yang leh terima cerita Yasmin Ahmad. Kitorang pun pada mulanya gelakkan jer kawan yang nak belanja kami. Kat dalam panggung pun still gelak, macam salah masuk panggung jer rasa. Tapi bila dah start tengok, mmg best. Ada elemen kelakar, sedih, sengal. Bahasa &%*#@ pun ada dalam tu. Huhu.. Part yang peling menyentuh hati, part last. Memang kitorang menitiskan air mata. Soundtrack pun memuaskan hati. Banyak lagu best.

"Aku boleh berhenti menemui dia, tapi kau kena tolong ajar hati aku macam mana nak lupakan dia.. Sebab hati aku tak tahu macam mana..."
~ TalenTime ~