Jul 30, 2007

Narcolepsy..

ari isnin, ari yang paling malas untuk memulakan satu2 keje. pagi2 dah melanguk baca magazine, memana yang tercapai dek tangan. terambil majalah NUR yang memang opis ni langgan tiap2 bulan. dok belek2 tu, terbaca pasal NARCOLEPSY. apa tu? eheheh.. sindrom mengantuk di siang hari yang dah capai tahap gaban... mesti ramai gak yang alami sindrom ni kan? ader 4 tanda gejala ni iaitu :
* rasa mengantuk melampau pada waktu siang
* cataplexy - kelemahan otot hingga rasa tak bermaya, lutut lemah dan akan rebah tiba2.
* khayalan hypnogonic - pengalaman mimpi nyata yang berlaku ketika dlm keadaan hampir tidur atau terjaga.. bahaya gak ni sebab mungkin disalah tafsir sebagai SAKIT JIWA kerana pesakit akan mengalami pengalaman mimpi nyata yang melibatkan gambaran atau bunyi yang mengganggu.. ehehe paham ke tak? wat2 paham jelah ehhh :D
* lumpuh tidur - ketidakmampuan untuk bergerak atau bercakap sama ada ketika hampir tidur atau sedar dari tidur. seolah-olah menakutkan tapi tak bahaya pun..

so sesape yang rasa ader alami sindrom2 gni, takde ubatan khusus untuk merawat cuma kena ubah cara idup la. banyakkan senaman, rawatan tingkah laku dan membuat jadual tidur siang. cukup la tidur 15 minit untuk ilangkan ngantuk tu waktu siang. jangan pi bantai tidur 5 jam dah laa, kang malam terkebil-kebil jadik musang :D

***********************************************

- orang yang memiliki sifat semulajadi tidak pandai berterus terang selalunya seorang yang gemar berkhayal, menyendiri dan pendiam.. ni mcm gejala2 yang ader kat kaum kerabat siput band kan? >:)
- walau bertahun-tahun tidur sebantal, mimpi tetap berbeza. ;)

Jul 26, 2007

mencintai...

"mencintai adalah kemaafan yang tiada berpenghujung"
pernah terbaca ungkapan ni kat satu buku. bila difikirkan, memang satu hakikat bila kita mencintai seseorang, kita akan sentiasa memaafkan segala macam perbuatan yang mungkin melukakan hati kita. selagi kita mencintai, kita akan sentiasa mampu untuk memaafkan..
kadang bila hati dah hancur pun, tetap berusaha pujuk diri sendiri untuk maafkan dia.
sengal bila pk tapi tu la hakikat yang terpaksa kena hadap.
moga kita akan selalu menjadi insan yang mampu untuk memaafkan kesilapan orang lain...

Jul 25, 2007

kehilangan...

tiap detik yang berlalu, terasa ada benda yang makin hilang. makin jauh, makin kelam. ditambah lagi dengan banyak persoalan sengal yang makin suka bertandang. idup terasa makin tenat. yang ada depan mata pun kadang terasa jauh. kalau nak dibandingkan kehilangan secara mengejut atau hilang perlahan-lahan, aku lebih suka kehilangan secara mengejut. mungkin sengal kot. tapi bagi aku, kesannya sama jer. sakit tetap sakit tapi benda depan mata yang hilang perlahan-lahan hanya akan menambahkan kesakitan bila kita tak berdaya untuk menghalang kepergiannya. mungkin ader yang mengatakan hilang perlahan-lahan tu setidak-tidaknya boleh membuatkan kita bersedia untuk menempuhi kehilangan tu. tapi bersediakah kita untuk menempuhi sebuah kehilangan? rasanya andai diberi masa seribu tahun pun, kita tetap takkan bersedia. mungkin sekarang boleh jer kata, "aku bersedia" tapi bila tiba saat kehilangan, kita takkan mampu membendung rasa kehilangan tu. apa-apa pun, harus belajar menerima sebuah kehilangan andai itu yang tertulis...