Oct 30, 2008

Zon Sakit..


Haih.. Dah nak naik sawang blog ni. Busy + keadaan kesihatan yang kurang baik + malas membuatkan saya hanya membiarkan blog ni dipenuhi habuk². Lagipun belum ada sesiapa yang dengan rela hati nak sapu habuk² ni :D

2 minggu kebelakangan ni, kesihatan saya kurang baik. Diserang demam sehari sebelum birthday saya yang ke-25, berlarutan selama dua hari lepas tu saya sembuh. Alhamdulillah.. Tapi ahad lepas, sekali lagi saya diserang demam. Keadaan cuaca yang tak menentu macam ni, lagi la cepat saya sakit. Huhu..

Dan hari ni saya bangun pagi dengan muka yang sembab, dan terasa seperti badan saya mengembang, tangan² saya seperti bengkak².. Kenapa yer? Huhu.. Kalau esok saya masih mcm ni, saya terpaksa ke klinik utk jumpa pakcik doktor.. AGAIN!

Doakan saya ok yer kawan²..

Oct 20, 2008

15 plus 10 = 2 Puluh Five


18 Oktober 2008. Ulangtahun kelahiran saya yang ke-25. Terima kasih untuk semua ucapan yang saya terima. Masih ada yang mengingati rupanya..
Semalam..
Pukul 4.00 pagi, masih terkebil² memandang siling dalam kegelapan. Mata terasa pedih..
Puas bertukar kedudukan bantal, akhirnya saya hanya terlentang mengadap siling. Sambil membayangkan bintang² yang bertaburan walau hakikatnya hanya sarang labah² yang bergayutan akan kelihatan andai lampu dibuka. Penat memaksa diri untuk tidur, akhirnya saya mengalah, membiarkan waktu berjalan detik demi detik. Hanya kedengaran suara katak, memanggil hujan. Memecah kesunyian suasana. Penat.. Fikiran menerawang.. Ada watak yang saya rindukan. Moga dia masih mengingati saya walau dalam apa jua keadaan dia sekarang. Sudah lama tak bertemu. Kali terakhir saya melihatnya, 11 tahun yang lalu.. Saat kami masih anak hingusan yang berpakaian uniform sekolah, menunggu bas bersama². Betapa cepat masa berlalu.. How I wish I can turn back the time...
Saya pernah bercita² untuk menjadi doktor tapi tak kesampaian. Saya hanya pandai merawat hati saya sendiri.. Haha sekurang²nya ada kaedah rawatan yang saya tahu. Tapi sekarang saya semakin kehilangan skill tu. Ada yang sudi membantu ke? Huhu..
Saat fikiran masih menerawang, saya dikejutkan dengan bunyi kokokan ayam. Sudah hampir subuh rupanya. Saya dah lama tak jadik musang macam semalam. Dan pagi ini, saya ke pejabat dengan simptom² Monday Blues yang melampau...
~ Walau kita datang dari arah yang sama, takdir kita tetap berbeza.. ~

Oct 14, 2008

Going Again..


Weekend ni saya akan away dari KL..
Membawa diri, mungkin..

Kadangkala, rasa sayang itu hanya membunuh apa yang masih bersisa...

Oct 10, 2008

1 + 5 = 15


Ini tag dari kakak..
15 perkara tentang diri saya..
1. Vanilla
- saya seorang yang sukakan eskrem perasa vanilla. nak dikatakan obses tu tak jugak cuma kalau g kedai untuk beli eskrem, perasa itu la yang saya capai dulu.
2. Sangat mudah berkecil hati
- hati mudah terluka. saya mmg cepat merajuk. orang² terdekat dengan saya mmg dah masak dengan perangai saya yang satu ni. dah takleh nak ubah sebab mmg dari kecik saya macam tu. sebati dalam diri..
3. Suka menangis
- ni boleh dikatakan hobi saya. bila marah, saya menangis. bila geram, saya menangis. bila sedih, lagi laa teruk saya menangis. :D
4. Pendiam
- saya tak suka bercakap. bagi saya diam tu adalah seribu kali lebih baik dalam menyatakan apa yang saya rasa.
5. Tak reti
- saya mmg tak reti nak menyatakan apa² hal pun sama ada yang berkaitan ngan hati perasaan atau benda² lain. mungkin sebab mmg tak dilatih untuk bercakap.
6. Makan
- saya suka makan coklat. dan satu²nya brand coklat yang saya suka adalah Van Houten. coklat lain payah sikit la saya nak telan.
7. Memaafkan
- saya orang yang payah untuk memaafkan dan melupakan apa yang orang buat kat saya. jadi untuk raya tahun ni, saya memang tak memaafkan sesiapa sahaja. tangguh laa dulu sampai saya rasa nak maafkan..
8. Gangguan
- saya tak suka diganggu ketika membaca, makan atau tido. kalau berani, kacau laa.
9. Novel
- dulu saya amat suka membaca novel Alaf 21 tapi sekarang ni, umo makin meningkat jadi saya dah beralih arah ke citer² genre lain. satu²nya novel alaf 21 yang masih saya beli adalah karya ramlee awang murshid. sebab bagi saya, citer yang lain hanya sesuai utk sesiapa yang hidup dalam alam khayalan macam saya dulu.. kisah yang selalunya akan berakhir dengan ' and they lived happily ever after.. '
10. Suka tido
- saya suka tido. dan tabiat itu akan menjadi² bila saya menghadapi masalah yang memberatkan palotak saya. masa tu, saya akan tdo lebih awal dan akan bangun lebih lewat dari biasanya..
11. Tinggi
- dengan ketinggian 1.61 m, saya dianggap bantut dalam keluarga saya kerana adik saya yang darjah 4 sudah hampir menyamai ketinggian saya.. dan saya juga satu²nya anak yang tembam setakat ni dalam 5 beradik yang dah dewasa.. huhu. tembam tu kata halus bagi gemuk..
12. Garang
- saya boleh jadik kakak yang paling baik tapi kalau tak kena masa dan ketika, saya boleh bertukar jadik cik singa kat rumah. suara saya boleh didengari kat umah jiran kalau time saya jerit. huhu.. jangan contohi yer.
13. Sesak
- saya pun tak suka pegi tempat yang sesak dengan orang. rasa macam lemas jer berada di lautan manusia² yang ada bermacam² jenis bau.
14. Jalan sorang²
- saya tak boleh jalan sensorang. rasa macam alien jer kalo jalan sensorang. kalau ada yang memandang, mula laa saya jalan macam budak baru ada lesen kaki.. tapi bila dah umo 25 ni, saya terpaksa belajar untuk bersendiri. sampai bila nak berkepit jer.. kan? :D
15. Oktober
- saya lahir pada bulan Oktober.. ngaaa~~
Skang saya nak tag cik Nana.. Ini duet raya untuk kamu >:)

Oct 7, 2008

Memula saya nak say thanx untuk kakak sebab tag saya lagikk.. At least saya ada bahan nak apdet blog saya yang dah mula berhabuk ni.. :D
Tapi hari ni atau lebih tepatnya sejak kebelakangan ini emosi saya terganggu jadi hasrat nak wat tag tu terbantut.. Sori yer kakak. Saya simpan dulu utang tag tu.. Huhu.
Hidup ini adalah tentang membuat pilihan...
ann- dalam beberapa hari lagi, usia saya akan menginjak ke satu lagi angka. umo makin bertambah, makin banyak yang saya hilang...