Aug 29, 2007

setiap orang punya mata, namun tak semua mampu melihat..
semua orang punya telinga, namun tak semua mampu mendengar..
semua orang punya mulut, namun tak semua mampu bercakap..
semua orang punya hati, namun tak semua mampu memahami..
aku tidak mengharapkan apa-apa melainkan sebuah pengertian..
aku jua berhak bahagia...

Aug 28, 2007

I'm Blue!




You Are a Blue Flower



A blue flower tends to represent peace, openness, and balance.

At times, you are very delicate like a cornflower.

And at other times, you are wise like an iris.

And more than you wish, you're a little cold, like a blue hydrangea.

What Color Flower Are You?
Nakkan bunga lavender, kaler pepel cantik tapi biru yang dapat... Mungkin sebab selalu layan blues kot..

Aug 27, 2007

Kesilapan...

Kesilapan..
Semua orang melakukan kesilapan..
Orang yang melakukan kesilapan bukan bodoh namun kita akan cukup bodoh jika melakukan kesilapan yang sama berulang kali. Namun kadang kita tak ada pilihan. Boleh ke alasan tu diguna pakai? Hanya yang mengalami akan mengerti. Mungkin ada yang akan mengatakan alasan itu sengaja dicari untuk menutup kesilapan yang dah dibuat tapi bukankah hidup di dunia ni penuh dengan alasan?...
Walau nanti ada yang akan terluka, moga kesilapan ini akan bisa diperbetulkan!

A.K.U - andai kisah kita satu kesilapan, mengapa harus diteruskan?...

Bumblebee...

I AM
69%
BUMBLEBEE

Take the Transformers Quiz

Bumblebee
As an Autobot spy, Bumblebee is the ultimate robot in disguise. What he lacks in size and strength, he makes up for with courage. He enjoys the company of humans and would do anything for his Earthly friends.
Like Bumblebee, you are good by nature. But beware because mischievous thoughts sometimes tempt you. Your leadership skills are weak at best. You will never be the commander of the Autobots. In addition, you stick to the basics and don't need all the encumberances of modern technology.


ahahah.. pepagi morning merayap kat blog cik pu3 kita, terjumpa kuiz ni. teringin nak buat so that's the result. am I? :D

Aug 23, 2007

P.E.N.A.T

Salam penuh kepenatan..
Minggu yang penuh dengan kepenatan. Penat otak + badan. Semalam pukul 9 baru bertolak balik dari opis, terpaksa siapkan bahan-bahan untuk seminar yang nak diadakan pagi ni, petang ni akan terus bertolak ke bangi untuk majlis makan malam jasamu dikenang. Majlis untuk para pesara. Esok ada majlis hari kualiti jabatan kat serdang tapi nasib baik tidak dilibatkan sama...
Dalam kesibukan melayan penat badan, sekurang-kurangnya boleh membantu aku untuk berhenti memikirkan sesuatu untuk seketika. Walau ada juga yang terselit namun aku boleh memesongkan fikiran tu ke arah keje yang lain. Tak dinafikan ada hal yang makin meruncing, menuntut seluruh otak aku untuk bekerja.
Pernah ada yang kata aku ni jiwa sakit. Ehehe.. Jiwa sakit tu sama tak dengan sakit jiwa?
Biarlah. Perjalanan hidup yang terpaksa aku tempuhi selagi ada hayat.

* A.K.U - hari ni langit masih lagi menangis..

Aug 22, 2007

Pernah...

Pernah ada yang bertanya...
Kalau boleh, kau nak jadi apa?
Aku nak jadi sang rama-rama yang hodoh...
Kenapa?
Aku ingin terbang bebas..
Tapi kenapa memilih untuk rupa yang hodoh?
Ada apa dengan kecantikan..
Pernah ada yang berkata...
Berhentilah menangis..
Tidak!
Kenapa?
Hanya tangisan ini yang masih menjadi milik aku...
Pernah ada yang berkata..
Keluarlah dari dunia itu..
The world out there is much more than u can see..
Tidak!
Kenapa?
Biarkan aku di dalam dunia itu. Sejak sekian lama aku di situ, yang datang silih berganti. Aku menerima sebagai tamu dalam hidup aku...

*A.K.U - masih berharap untuk menjadi seperti sang rama-rama yang hodoh...

Aug 21, 2007

orang yang kita sayang...


Selalunya orang yang kita sayang, suka membuatkan kita dalam keadaan teruji.
Selalunya orang yang kita sayang, suka membuatkan kita terkeliru.
Selalunya orang yang kita sayang, suka membuatkan kita terluka.
Selalunya orang yang kita sayang, suka membuatkan kita terkilan.
Selalunya orang yang kita sayang, suka membuatkan tahap kesabaran kita menipis.
Dan selalunya orang yang kita sayang, suka hadir bila memerlukan dan pergi tanpa meninggalkan pesan…

* semoga orang yang kita sayang akan sentiasa ADA bersama kita...


Aug 17, 2007

weekend datang lagi!!!

yuhuuuu!!
entry sengal sebelum mengadap weekend yang aku taw akan sengal-sesengalnya!
huhuhu bila ntah idup nak stabil.
skang ni nak kata tak stabil tu takde laa tapi senget mcm menara pisa pun ada gak.
otak makin tenat jer rasa...
selamat bercuti! >:)

Aug 16, 2007

what a day!


huh!
what a day...
kesepian yang teramat!
emosi sangatlah membimbangkan...
dah rasa nak meletup mcm gunung berapi ada gak ni...
kalo meletup agaknya mcm mana ehh..
mood berada di bawah paras negatif..
tekanan?
apa unit untuk tekanan ehh?
huhu!!

Aug 15, 2007

Terbaik dan Sempurna!

kita selalu nak yang sempurna untuk kita. kita juga selalu ingin jadi yang terbaik dan seboleh-bolehnya nak jadik sempurna untuk orang2 yang kita sayang. nak jadi anak yang paling baik, teman yang paling memahami, sahabat yang terbaik, kekasih yang paling setia + memahami, isteri yang baik untuk suami, kakak yang paling baik ngan adik-beradik.. pendek kata ingin bahagiakan semua yang ada di sekeliling sehingga kadang terlupa kita tetap ada hati yang perlu dijaga dan dibelai; hati kita sendiri... sebab terlalu nak bahagiakan orang, kita kadang abaikan kebahagiaan sendiri. sanggup makan hati, korbankan perasaan sendiri semata nak tgk orang lain bahagia. ok ker camtuh? sengal!


* pagi tagi langit menangis... menyuramkan lagi hati yang sedia basah.

Aug 13, 2007

:D

semusim yang berlalu
menyedarkan aku sejenak
dunia itu bukan milik kita
maafkan aku kasih
kerana pernah singgah
melabuhkan harapan
di pelabuhan hatimu
izinkan aku pergi
mencari sinar bahagia
mungkin bukan ditakdirkan
bersamamu...
ann
13082007

Aug 8, 2007

bisakah...

BISAKAH – SITI NURHALIZA

Daku Terasa Ingin Membawa
Cinta Yang Terlara Ke Titik Mula
Kembali Mencuba Untuk Kali Kedua
Menggilapkan Gerhana Jiwa

Pernah Ku Terasa Ingin Merayu
Pada Kasih Dulu Pulang Padaku
Lupakan Dosaku Putihkan Kelabu
Tenangkan Amarahmu
Namun?

Bisakah Yang Terpadam Dinyala
Bisakah Yang Terhina Dicinta
Walau Ku Himpunkan Sesalku
Bisakah Terbuka Kalbu

Naluri Meminta Kuungkap Kata
Seindah Bahasa Janjikan Setia
Akan Bersemilah Cinta Dihatinya
Percaya Ku Semula
Namun?

Bisakah Yang Benci Disayangi
Bisakah Yang Dusta Dimaafi
Walauku Himpunkan Sesalku
Bisakah Terbuka Kalbu

Bila Senduku Berlinang Sayu
Dalam Rindu Ku Tertanya

Bisakah Yang Benci Disayangi
Bisakah Hatiku Difahami
Walauku Himpunkan Sesalku
Bisakah Terbuka Kalbu

* sejak kebelakangan ni suka layan lagu ni. mungkin ada yang terkena ngan kehidupan sehari-hari. kadang putar sampai telinga naik sengal tapi tetap nak dengar :D
* andai perpisahan terjadi, mampukah aku untuk menahan rasa melihatmu berlalu...

Aug 7, 2007

Gath 0408...

Tanggal 4hb ogos, gath kali kedua selama aku join blues community. Best! Mekasih untuk yang hadir memeriahkan majlis, at least leh lari jap dari pk benda2 yang menyengalkan palotak selama ni. Dz, mop ngan T datang jap jer. Tak sempat nak borak panjang. Eheheh.. 4hb tu leh laa dikatakan ari yang agak sengal untuk aku. Orang serdang paling lambat sampai ke gathering. Kerabat2 johor + melaka dah agak lama sampai baru laa aku tiba kat MOY. Mintak maaf pada yang berkenaan yer :D ada yang tak disengajakan…
Masa kat MOY, sempat menggodek frenster yang dah lama aku tak bukak sebab kat opis kena blok. Sengal! Dapat mesej dari kawan skola menengah dulu. Kawan yang dok sebelah katil aku kat asrama form 5. Dah kawen rupanya dia. Geng2 Kelantan semua dah lost contact. Ari tu baru jumpa balik link nak cari diorang. Tu pun sebab diorang cari aku. :D ramai yang dah kawen, ada yang ikut hubby ke luar negara. Kalau balik raya pun memang tak pernah jumpa sebab takde number nak contact. Kadang rasa wendu tu tetap ader tiap kali melintasi kawasan skola. Skola yang banyak meninggalkan kenangan pahit manis suka duka zaman remaja aku.
Lagi 2 bulan angka 3 akan aku tinggalkan. Umo makin meningkat seiring ngan tahap kesengalan palotak. Tahun ni terlalu banyak peristiwa pahit dlm hidup aku. Leh dikatakan 2007 tahun paling sengal selama 23 tahun aku diberikan ruang atas bumi ni. Terlalu banyak benda yang memberatkan langkah aku untuk ke depan. Kadang terpk untuk putus asa jer. Dah malas nak pk sumer benda. Sengal kan? Tapi mcm2 mana pun, idup kena terus gak selagi belum masanya ditamatkan. Harapan hanya 1, semoga dengan pertambahan angka ni akan membuatkan aku lagi kuat untuk menghadapi segala kemungkinan yang ada..

“Dengan perpisahan ini, kita tidak meruntuhkan apa-apa kerana kita tidak pernah membina arca kasih sayang kita…”

Aug 2, 2007

L.A.P.A.N

pejam celik, pejam celik dah masuk bulan kelapan untuk tahun 2007. rasanya semalam baru sambut tahun baru. baru sambut raya puasa, tak lama lagi ramadhan dah nak menjengah. ada lagi puasa yang tak berganti ker? eheheh.. pandai2 laa ehh nak hidup. takde pape nak coret sebenarnya. idup mcm biasa, dari hari ke hari kesengalan makin bertambah. kadang dah sampai tahap malas nak pk tapi mcm mana tanak pk kalau benda ada depan mata. takkan larat untuk pejamkan mata buat2 tak nampak. sampai bila leh tahan gitu... sampai satu masa, kenyataan harus kena hadapi gak. perit tak perit, tetap kena terima hakikat. akan tiba waktu, ada kisah yang harus ditamatkan agar ada kisah lain yang boleh bermula... kisah yang mungkin menjanjikan kebahagiaan berepisod...