Jan 31, 2008

Jom Jalan²...

Kenapa saya letak penguin itu banyak²?
Sebab saya suka..
So cute!
Saya suka tgk dia jenjalan pastu jatuh..
Tapi tetap bangun walau banyak kali jatuh..
Saya harap saya boleh jadik mcm dia..
Tetap bangun walau tersungkur dlm hidup...
^_^

Jan 30, 2008


Petang² begini sememangnya emosi saya akan terusik. Entah mengapa... Saat² bersendirian di pejabat akan lagi menyesakkan nafas saya. Terbayang segala²nya yang pernah saya lalui. Benar! Andai diberi peluang, saya pasti akan mengundurkan masa. Memperbaiki kembali semua kesalahan pada diri sendiri... Tapi mustahil. Sekarang saya harus menerima segalanya. Saya tidak menyalahkan sesiapa walau kalau nak dihitung, rasanya terlalu banyak kesalahan manusia² sekeliling pada saya. Biarlah.. Moga mereka² mendapat hukuman yang setimpal. Kejam? Saya memang kejam. Saya dah terlalu penat bersikap baik. Teringat ungkapan Ustaz saya dulu..
"Zaman sekarang ni Tuhan bayar cash untuk setiap kesalahan yang kita buat.."
Mungkin ni balasan untuk saya..
Mungkin..
Kamu² juga akan menerimanya..
Ann - Ini entri penuh dendam...

Sekadar Mencoret..


Jika kamu memancing ikan, setelah ikan itu terlekat di mata kail hendaklah kamu mengambil terus ikan itu. Janganlah sesekali kamu lepaskan ia semula ke dalam air begitu sahaja kerana ia akan sakit oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan menderita selagi ia masih hidup…
Begitulah juga setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada seseorang. Setelah ia mula menyayangimu hendaklah kamu menjaga hatinya. Janganlah sesekali kamu terus meninggalkannya begitu sahaja kerana dia akan terluka oleh kenangan bersamamu dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia mengingatimu…
~~ Unknown ~~
Apakah nyanyian laut berakhir di pantai atau dalam hati mereka yang mendengarnya...
~~ Kahlil Gibran ~~
Hari ini saya kembali ke keadaan saya yang dulu. Menyendiri... Saya lebih senang begitu. Bukan bermakna saya tidak memerlukan kehadiran sesiapa namun setiap orang harus ada ruang untuk bersendiri.. Saya juga begitu.
Alone in my small rainy world...

Jan 29, 2008

Saya Rindu...


Hari ni saya rindu..
Rindu pada zaman kanak-kanak saya..
Kalaulah boleh diputar semula waktu..
Ingin sekali saya merasai waktu itu kembali..
Waktu itu..
Waktu penuh keriangan..
Saya tidak perlu memerah otak saya untuk memikirkan segala perihal hidup..
Sekarang..
Otak saya penuh dengan segala macam persoalan hidup saya..
Agaknya muka saya makin berkedut setiap hari..
Huhu..
Cepatlah saya tua nanti yer T_T
~~ Apa pun yang terjadi, berjalanlah tanpa henti..
Airmata tertahan, waktu untuk dijatuhkan...~~~

Jan 28, 2008

Gerimis Lagi...


Tak usahlah sebut pasal cinta jika anda tidak sebenar²nya mengambil kisah..
Tak usahlah bercakap tentang perasaan, jika ia tidak berada di hati anda..
Tak usahlah menunjuk ke dada, jika anda hanya berhasrat untuk melukakan hati pasangan anda..
Tak usahlah memandang matanya jika anda berbohong padanya..
Tak usahlah katakan dia satu²nya andai ada orang lain di sisi..
Tak usahlah kunci hatinya andai anda tiada anak kunci untuk membukanya kelak..
~~ Dr HM Tuah Iskandar Al-Haj ~~
Ann - Hari ni dunia kecil milik saya tu mendung.. Sesekali hujan gerimis mengiringi perjalanan saya. Kebasahan sebentar.. Ingin berehat namun saya tidak menemui satu teduhan yang memungkinkan saya untuk berhenti melepaskan lelah...

Jan 27, 2008

Pungguk ke Burung Antu?


Peristiwa tahun lepas..
Orang 1 : Kak, mcm mana yer rupa burung pungguk?
Orang 2 : Laa, ko tak kenal burung pungguk ke? Umo ko brape?
Orang 1 : 24.. Mcm mana rupanya?
Orang 2 : Ko kenal burung antu? Tu la burung pungguk.. Umo 24 tak kenal burung pungguk.
Orang 1 : Uikss.. Burung antu ke?
Ngee~~
Peristiwa semalam...
Adik : Ko taw tak yang anggerik tu bunga orkid?
Kakak : Ko biar betul!
Adik : Betul laa.. Aku pun baru taw..
T_T
Ann : Rupa²nya banyak yang saya tak tahu ^_^

Jan 26, 2008

Saya Yang Kepenatan...



Sabtu..
Hari cuti..
Tapi saya bekerja..
Penat..
Saya sangat penat..
Penat badan dan penat otak..
Kalau boleh..
Saya nak bukak otak saya..
Simpan kat tempat lain kejap..
Saya nak berehat dari memikirkan segalanya..
Tapi mustahil..
Otak mana leh bukak²..
Kena pakai je..
Penat..
Memikirkan hal yang bukan termasuk dlm bidang kuasa kita..
Tapi nak diamkan diri..
Mana boleh..
Benda depan mata..
Paham ke?
Tak paham pun takpe..
Memang jarang orang yang memahami saya..
Takyah susah² nak memahamkan diri anda..
Saya tak mintak..
Ini entri saje suka² nak membebel..
Saya sangat penat..
Maw berehat..

Jan 25, 2008

Sms Dari Kakak...


Pagi tadi saya dapat sms dari kakak..
Mengapa anda harus mendengarkan gonggongan anjing tapi tidak mendengarkan kicauan burung?..
Mengapa anda melihat gelapnya malam sahaja tapi tidak menyaksikan indahnya cahaya bulan dan kerdipan bintang?..
Mengapa anda mengeluhkan sengatan lebah tapi melupakan manisnya madu?..
Kata saya...
Kerana manusia kebanyakannya hanya pandai mengeluh dengan segala apa yang dia ada, setiap sesuatu yang dia hadap tanpa memikirkan hikmah yang tersembunyi... Tanpa bersyukur.
Saya...
Hanya manusia yang pandai berkata-kata..
Kerana saya juga seringkali mengeluh dengan apa yang saya hadapi..
Keluhan tentang kehidupan saya yang semakin melemaskan...
Mekasih kakak..
Mungkin saya perlu lebih mengerti akan hakikat sebuah kehidupan...

Jan 23, 2008

Hold My Hand..

Little girl and her father were crossing a bridge.
The father was kind of scared so he asked his little daughter,
"Sweetheart, please hold my hand so that you don't fall into the river."
The little girl said, "No, Dad. You hold my hand."
"What's the difference?" Asked the puzzled father.
"There's a big difference," replied the little girl.

"If I hold your hand and something happens to me,
chances are that I may let your hand go.
But if you hold my hand, I know for sure that no matter what happens,
you will never let my hand go."

In any relationship, the essence of trust is not in its bind, but in its bond.
So hold the hand of the person who loves you rather than expecting them to hold yours... This message is too short.. but carries a lot of Feelings.
* Email yang diforwardkan kakak pu3 kepada saya. Thanx. Memang ada yang boleh dipelajari..
~~ Saya selalu mengharapkan orang mengambil berat tentang diri saya.. Tanpa saya sedari, mungkin selama ni saya kurang mengambil berat tentang kawan² saya. Kalau saya tidak bertanya khabar, bukan bermakna saya melupakan.. Mungkin saya tergolong dalam golongan manusia² yang tidak pandai untuk meluahkan apa yang saya rasa. Mungkin saya terdidik begitu. Tapi saya yakin, orang yang saya sayang itu tahu saya sayang mereka... Dan untuk teman² yang singgah dalam hati saya, saya sayang kamu.. ~~~

Jan 22, 2008

Saya o_O


Sms yang masuk dlm kotak mesej saya suatu malam...
Which fruit defines me most?
Choose 1 only..
Mango..
Apple..
Strawberry..
Grapes..
Orange..
Lemon..
Tiap buah ada makna yang tersendiri. Saya forwardkan pada sesetengah kawan saya..
Ini jawapan mereka..
Kakak - Stoboyi :)
Ieba : Apple :p
Kak Rhea : Grapes
Abang : Mango
Dak Kalau : Durian.. Haha. Yang ni memang nak kena ketuk ngan saya >:) Last² dia jawap gak strawberry..
Ini makna yang saya dapat...
Mango : Best fren..
Apple : Sweet, loving fren..
Strawberry : U love me..
Grapes : Ur close to me..
Orange : U find me cute..
Lemon : I'm ur enemy..
Hahah.. Nasib baik tiada yang menjawap lemon yer.
Saya sayang anda semua..
Nessa - Sedang terasa ingin bercinta.. Ngee~~

Jan 21, 2008

Anniversary...


21 Januari 2007..
Tarikh saya jumpa dia..
Pertama kali..
Dia yang singgah di dalam hati saya..
Tak pernah keluar..
Dan hari ini..
Genap setahun pertemuan..
Dia masih di situ..
Saya sayangkan apa yang dah terjalin..
Walau mungkin pertalian ini akan berubah warna, dia akan tetap di situ...
Sampai bila²...
Mungkin...

Jan 19, 2008

Tambahan Perkakas Dalam Bilik ;)

Tv plasma baru yang saya dapat hasil berhutang dengan Courts Mammoth ataw abang saya sebut umah gajah... Kecik jer 19 inci tapi saya suka.. Sukanya saya!


Yang cinonet jer ni remotenya :D
Semalam lepas maghrib saya terus ke kajang dengan keluarga saya untuk mengambil TV yang dijanjikan oleh umah gajah. Tv ni saya dapat free of charge bila saya beli bedroom set tahun lepas.
Saya sangat hepi..


Selamat berhujung minggu untuk semua...

Jan 18, 2008


"It's funny how someone can break your heart,
and u still love him with all the little pieces..."
~~ Terkadang kita merasakan kita sudah cukup kuat untuk menempuhi apa² jer yang mendatang namun bila tiba saatnya, kita akan sedar...
Kita taklah sekuat yang kita sangkakan...
Easier said than done..
Huh! ~~~
Nessa - Saya sekarang dlm keadaan tekanan emosi yang agak kritikal. Nape laa diciptakan jantan² gatal dlm dunia ni ehh? Menyemak+menyesakkan pandangan jer!!!

Jan 17, 2008

Ini entri gembira..
Hari ini saya berjaya menahan sabar walaupun kerja saya 5 kali direject oleh bos saya..
Saya masih boleh tersenyum..
Sabarnya seorang saya hari ini...
Semalam juga saya gembira..
Saya berjumpa kakak, abang dan kawan saya...
Terima kasih yer kakak, abang & kawan saya kerana mengunjungi saya...
Saya memang sayangkan apa yang terbina selama ini..
Maw balik.. Daa~~~

Jan 15, 2008

Saya Yang Ingin...


Keadaan semasa..
Mood : Semakin menjunam ke paras negatif
Kesihatan : Alhamdulillah semakin sihat.. Saya kan rajin menelan ubat T_T
Persekitaran : Dipenuhi orang² sengal. Ataw saya je yang sengal menyebabkan orang lain kelihatan semakin sengal pada pandangan saya? ^_^
Yang saya taw, saya teringin nak mengamuk skang ni. Ada sesiapa rela menjadi mangsa amukan saya? *wink*




I found the man in less than 1 minute. Mcm impossible jer kalo leh jumpa dalam less than 3 saat.. Huh! O_0




Jan 14, 2008

Saya Maw Tido...


Isnin..
Mengantuk..
Penat..
Itu je yang saya taw ari ni..
Pandang muka bos saya, mengantuknya..
Tgk pc, mengantuknya!!
Time nak makan, tgk meja makan terbayang katil kat umah beserta bantal peluk kesayangan saya.. O_o
Hoh! Kenapa saya mengantuk sangat² hari ni?
Entahlah..
Badan kesakitan macam baru lepas olahraga 40KM selepas 10 tahun tak berolahraga..
Saya terasa macam nak demam balik..
Nak?
Eh bukan..
Saya tak nak demam balik cuma terasa macam nak demam jer..
Tapi ayat tu seperti saya yang nak demam tu kan?
Haha memeningkan ayat..
Mengantuk!!
Malam ni saya nak tdo awal..
Yang ni memang saya nak..
Saya memang nak tido malam ni..
Bukan malam ni jer, skang pun memang saya nak tido..
Ngantuknya!!
Mata bengkak..
Malam ini saya nak silentkan enpon..
Saya nak tido..
Sesiapa yang mengacau saya tu pastinya dia terlebih berani atau memang terasa umurnya dah cukup panjang..
Ngantuk!!
~~ Semalam saya berjauh hati dengan Brad.. Haha! Kenapa? Sajer suka².. Bukan jauh hati cuma majuk ckit. Ampun yer bang. Menyahut cabaran untuk memaparkannya di sini.. Tapi skang saya dah tak majuk dah T_T ~~

Jan 12, 2008


Kenapa?..
Persoalan yang sejak dulu selalu mengganggu..
Dan bila persoalan ini timbul, ianya akan diikuti dengan jutaan persoalan lain..
Penat..
Ya, saya penat..
Terlalu penat untuk diungkapkan dengan kata²..
Sepertinya saya telah melangkah terlalu jauh..
Bila saya merenung kembali..
Apa yang ada dalam hidup saya..
Tak banyak yang tinggal sebenarnya..
Banyak yang telah dirampas..
Secara langsung atau tidak, hakikat tidak pernah berubah..
Saya telah kehilangan terlalu banyak benda..
Dan untuk menggapainya kembali, sepertinya terlalu mustahil..
Tiada pilihan melainkan hanya pasrah dengan ketentuan yang telah ditetapkan-Nya..
Mungkin perkara yang lebih baik menanti di hadapan..
Semoga..
I wish..
~~ Rasanya belum terlewat untuk saya mengucapkan Salam Maal Hijrah 1429H untuk yang sudi menjenguk blog saya selama ini. Di penghujung 1428H, saya diserang 3 sekawan ulser di dalam mulut. Haih memang menyakitkan... Ditambah pulak gigi geraham bongsu kesayangan juga meragam. Amat menguji kesabaran saya. Perubahan cuaca yang tidak menentu juga membuatkan graf kesihatan saya turun mendadak. Saya demam! Alahan pada perubahan cuaca. T_T Dan hari ini saya memaksa diri untuk datang kerja walau belum sihat sepenuhnya. Banyak kerja yang menunggu untuk disiapkan... Daoakan saya segera sembuh yer ^_^ ~~

Jan 7, 2008

o_O


Saya tak tahu apa yang saya rasa skang ni. Keliru mungkin. Tapi saya pasti saya sedang dalam kesakitan. Sakit bila mengenangkan insan² sekeliling yang terlalu suka mengambil kesempatan di atas kebisuan saya. Kenapa ya? Diam tu tanda setuju ke? Ini bukannya urusan perkahwinan bila kebisuan boleh dianggap setuju. Dan saya juga tidak menjangkakan untuk bisu sebagai tanda setuju andai saya nnt nak dikahwinkan.. Ngeee~~~
Penat melayan kerenah insan² sekeliling membuatkan saya semakin sengal dengan kehidupan saya. Maw lari laa.. Tapi ke mana yer? o_O

Jan 2, 2008

01 January 2008 ^.^ At Sungai Congkak...

Nak peluk pokok tapi tak sampai tangan...



Me N My Mum... Ada iras ke?

Whoaaa My Little Baby...

Sesi berendam.. Saya? Jadik tukang amek gambar pun ok laa :D
Bertolak pukul 11 dari rumah. Berbekalkan mihun goreng dan banyak lagi jajan², kami berkelah di sungai congkak. Bila sampai jer, giler ramai orang sampai melilau mencari parking. Saya berendam kejap je. Sajer suka². Bertolak balik pukul 3 petang. Penat tapi gembira dapat kuar dari serdang...
~~~ Mendengarkan lagu Takdir Cinta kat blog Brad, saya harus akui ada sendu yang bertamu di sudut hati... ~~~