Nov 24, 2008

Ayam Mandul?



Minggu lepas saya berkampung di sg. congkak selama 3 hari. Mencuri peluang untuk melarikan diri seketika dari kesibukan kerja² di pejabat. Memang terasa ketenangan setiap kali terdengar bunyi air yang mengalir. Tapi saya homesick. Rindukan bantal busuk saya barangkali.. :D
Hari kedua saya bersarapan dengan nasi lemak kosong. Nape kosong? Sebab nasi hanya dihidangkan dengan sambal kosong + timun + kacang goreng.
A : Eh nasi lemak ni takde telur ke?
B : Ntah. Cuba tanya tukang masak tu..
A : Takde telur eh kak?
Tukang masak : Takde telur la dik kat sini..
Saya hanya tersenyum dalam hati..
Petangnya..
Berjalan² mencari makanan dengan bos saya. Mencari burger sebenarnya. Teringin..
Jumpa satu gerai burger..
"Dik, burger daging special satu"
"Telur takde laa kak.."
"Biasa pun ok laa.."
Bila dah siap..
"Nape tak beli telur?"
"Kat sini takde jual telur.."
"Apsal ehh? Agaknya semua ayam kat hulu langat ni mandul kot.."
Adik tu terpinga² jer. Kami hanya senyum, bayar harga burger tu dan berlalu.. Agaknya dia pun tertanya² nape kitorang cakap semua ayam kat hulu langat tu mandul..
Ann - Terkadang benda kecik bagi kita, mungkin perkara besar bagi orang lain...

Nov 14, 2008

Tag Dari Cik Sarina >:)

Hoho saya kena tag lagi. Baguslah. Sebab saya takde idea untuk sapu sawang blog saya ni.. Huhuhu..
Mari kita tengok..

7 fakta tentang saya
1. Nama saya Asmahan.. Hehe
2. Anak ke-2 dari 8 adik-beradik
3. Anak buah saya ada 5 orang sebab adik saya dah langkah bendul saya..
4. Anak jati Kelantan
5. Berdarah O+
6. Obesiti
7. Ada tahi lalat kat tepi hidung :D

7 perkara menakutkan saya di dunia
1. Tinggal sensorang tanpa sebarang alat komunikasi
2. Kehilangan
3. Keterbiasaan
4. Air yang banyak. Saya tak suka laut sebab saya rasa macam nak kena telan jer.. Lagipun saya tak reti berenang :D
5. Bila dah siap makan baru pasan dompet takde..
6. Binatang yang lembik² mcm ulat, cacing, lintah dan sebagainya..
7. Makan ubat air..

7 lagu buat masa sekarang
1. Anytime - Cik Kelly Clarkson
2. Matahariku - Cik Agnes Monica
3. Jauh di sudut hati - Sudirman
4. Timeless - Korean song
5. Tirai semalam - Siti
6. Aku tak mau sendiri - Puan Bunga
7. Mengintai Langit - Coco

7 perkara yang selalu disebut
1. Sepak kang
2. Senget!
3. Aiyyarrkkk
4. Elleh!
5. Kot..
6. Takpelah
7. Ok

7 perkara yang amat bernilai
1. Duet
2. Kasih sayang orang di sekeliling saya
3. Hati yang orang bagi saya
4. Telefon
5. Ingatan saya
6. Kemaafan
7. Keluarga

7 pertama kali dalam hidup saya
1. Pertama kali bercinta umo 14 tahun. Haha tak baek woo.
2. Pertama kali tinggal berjauhan ngan kuarga masa blaja kat kuantan
3. Pertama kali menangis masa dilahirkan pada 18 Oktober 1983
4. Pertama kali menangis masa baca Ujang time ditinggalkan kat asrama Kolej oleh ma + papa saya
5. Pertama kali putus cinta umo 15 tahun
6. Pertama kali dapat keje kat kedai makanan ringan kat the mines masa cuti semester tahun 2003
7. Pertama kali makan KFC masa umo 12 tahun.. Kat Kelantan takde KFC masa saya kecik :D

7 orang bertuah jawab tag ni..
1.
Deq Yonna
2.
Kak Fami
3.
Kak Airynz
4.
Kakak Pu3 - sajer jer nak tag dia banyak kali >:)
5. Kamu² yang berminat, silakan...

Minggu ni minggu yang bz untuk saya. Selasa dan rabu saya menyibukkan diri kat seminar, tayang muka sambil skodeng mamat² ensem >:) Lagipun emosi saya tak stabil, hati saya dingin jadi saya takut ianya terlalu mempengaruhi blog saya.. Tak elok macam tu kan? Tapi sekarang ni pun saya masih lagi dingin :D
Weekend ni saya nak rehat. Rehat bebanyak..

Nov 7, 2008

Bila Menyayangi...


Dalam hidup ni, banyak benda yang saya lupa.
Bila menyayangi, saya mengharapkan hanya saya dalam hati dia.. Tapi saya lupa saya hanya salah seorang insan yang melangkah ke dalam hatinya..
Saya lupa masih banyak ruang untuk diisi oleh orang lain..
Bila menyayangi, saya lupa dia bukan milik saya.. Dia milik orang² sekeliling dia.
Bila menyayangi, saya lupa cintanya bukan satu..
Bila menyayangi, saya lupa perhatiannya beribu..
Bila menyayangi, saya lupa akan hakikat kehilangan yang bila² masa akan hadir di antara saya.. Dan dia.
Bila menyayangi, saya lupa banyak perkara..
Bila tersedar, awan mendung mula menyelimuti hati saya..
Saya kedinginan..
Saat itu, saya akan mengingati sekian banyak perkara..
Yang akan memisahkan saya dan dia..
Kadang saya berterima kasih pada dia..
Pada sikap dia..
Pada setiap perbuatan dia..
Kerana..
Setiap sesuatu yang dia lakukan akan menyedarkan saya tentang semua perkara di atas..
Alangkah bagusnya kalau saya boleh melupakan segalanya..
Tentang dia juga..

Ann - Terima kasih kerana masih menyayangi..

Nov 4, 2008


Cuba kau dengar
Cuba kau cuba
Diam bila ku cuba
Tuk berbicara dengan kamu

Pernahkah kau ada
Bila ku perlu
Tuk meluahkan rasa hati
Dan bila kau bersuara
Setia ku mendengar
Agar tenang kau merasa

Siapa
Sebenarnya aku padamu
Mungkin sama dengan teman lain
Yang bisa kau buat begitu
Dan bila
Tiada lagi teman bermain
Kau pulang tuk dapatkan aku
Itulah aku…padamu

Cuba kau lihat
Cuba kau cuba
Renung ke mata aku
Bila ku kaku melihatmu
Pernahkah kau ada
Bila ku perlu
Tuk menyatakan rasa sakit
Dalam diri
Dan bila kau perlu
Setia ku menunggu
Agar senang kau merasa

Maafkan kerana aku tak pernah
Terlintas tuk menulis pada mu
Salahkan ku
Tak mungkin lagi aku meminta
Untuk kau mendengar..
Untuk kau melihat ke mataku
~ Cuba - Faizal Tahir ~
Antara lagu yang mengisi pendengaran saya saban waktu..
AnNessa - Hari ini langit menangis lagi.. Dan saya masih kedinginan...