May 30, 2008

Tag Sebuah Meja..


*Sudut kiri penghujung meja



*Sudut kiri tgh meja


*Sudut depan

Huhu.. Ini tag dari Kakak Selatan. Kena tunjuk gambar meja kerja. Nasib baik tag ni time saya tak banyak keje, jadi kemas la ckit meja saya. Kalo tak, mcm sarang hamster jadiknya :D


1) Sudut kiri hujung meja
- kat ctu tersusun buku² yang nak kena jilid kat library opis tapi disebabkan ke'rajin'an saya yang melampau, terbiar la jugak buku tu. Tak terusik pun. Huhuhu. Plannya minggu depan nak rekod masuk library. InsyaAllah


2) Sudut kiri tgh meja
- kat ctu tempat saya letak handbag saya, kertas² yang nak kena kitar semula ( yang bersusun tu ). Dalam paperbag tu ada makanan saya. Cekelat pun ada. Hikhik.. Dalam plastik oren tu ada asam boi yang saya beli kat jualan Puspanita kelmarin. Untuk kunyahan time mengantuk. Ada printer utk keje, dan utk print benda² sengal. Ngeh ngeh ngeh.. Atas printer tu ada kalendar tapi saya tak guna sangat kalendar tu. Pendek kata saya mmg tak amik berat pasal kalendar melainkan ada yang tanya pasal cuti. Kadang tak beralih bulan pun kalendar atas meja saya :D

3) Sudut depan
- Ada monitor, telefon, speaker dan benda putih tepi monitor tu charger utk rechargeable battery. Telefon tu saya tak guna sangat sebab takleh nak call out keluar dari KL. Utk panggilan sekitar² cni jer. Tapi lebih kepada penggunaan utk bos saya panggil saya suruh masuk bilik dia. Huhuh.. Kibod saya kaler puteh jugak. Yang kecik kaler merah tu tikus komputer. Dan yang bertampal² tu memo², gambar saya, gambar² anak buah saya. Ada yang menyangkakan tu gambar² anak saya :( Ada juga cenderahati perkahwinan yang saya gantung..


Ok done!
Takde yang menarik pun atas meja saya ni.
Skang saya nak tag...
Ermm takpelah. Saya baek ari ni jadik takmo tag sape².
Nana, u still owe me one >:)

May 29, 2008

Tag.. Tag.. Tag..

The Basics

Hair Color: Pepel *tipu jer*
Eye Color: Cekelat *I wish*
Profession: Kuli cabuk..
Relationship Status: Too complicated (-.-)

My Favorites

Favorite Color: Hitam, putih, pepel dan oren
Favorite Car: Honda CRV.. Hoho kalo dpt volkswagen beetle tu pun ok :D
Favorite Movie: Armageddon
Favorite Hobby: Tido + dengar radio + membaca..
Favorite Song/Singer: Depends pada mood yang menyerang
Favorite School Subject: Matematik + Bahasa Omputeh
Favorite Vacation Destination: Tempat yang ada air banyak².. Air terjun ker..
Favorite Food: Asam pedas ikan paten, sambal kerang, sambal paru.. Haha banyak makan tapi yg penting saya suka pape jer yang mak saya masak :x
Favorite Restaurant: Rumahku Syurgaku..
Favorite Animal: Hamster
Favorite Celebrity : Takde la kot..
Favorite Childhood Friend: Zulkifli..
Favorite Baby Name: Umairah
Favorite Person In Your Life: My beloved persons..

This or That

Chocolate or Vanilla: Vanilla
Big Mac or Whopper: Bubur Mekdi
Coke or Pepsi : Air Limau Kasturi letak asam boi
Beer or Wine: Sah giler..
Coffee or Tea: Neither..
Apple Juice or O.J.: Jus epal ijau tanpa gula..
Facebook or MySpace: Friendster
Summer or Winter: Winter.
Windows or Mac: Windows.
Cats or Dogs: Arnab pun boleh..
Boxers or Briefs: Short pants :D
Rain or Shine : Cuaca selepas ujan..
Chips or Popcorn: Chips.
Salty or Sweet: Asalkan tak mengakibatkan saya kena kencing manis + buah pinggang dah la..
Plane or Boat: Ship. Titanic ngee~~
Morning or Night: Night.. Leh tdo.
Movie or Play: Movie
Walk or Drive: Dok kat sebelah jadik penumpang :D
Money or Love: Maw dedua..
Breakfast or Dinner: Sarap pagi..
Forgiveness or Revenge: Bergantung keadaan dan sekejam mana perbuatan dia kat saya..
Paint or Wallpaper: Cat..
House or Apartment: Umah kat kampung yang ada sawah padi ataw sungai ataw air terjun.. Huhuuhu..

Have You Ever

Stolen Anything: Pernah. Curi duet syiling dlm kereta papa bawak bekal g ngaji nak beli eskrem. Haha nak g ngaji tapi curik duet. Ngee~~
Been Drunk Before Noon: Nonsense!
Had Sex In A Public Place: Adeihh.. Mengong!
Got Caught Telling A Lie: Haha!! Saya bukan penipu yang bagus..
Got A Speeding Ticket: Nope!
Been Arrested: Nauzubillah..
Had A One Night Stand: Tak pernah terfikir :D

Other

Describe Yourself In One Word: Sensitive..
Biggest Fear: Allah S.W.T.
#1 Priority In Your Life: Myself.. Tapi selalunya tak mcm tu. Haih! Terluka dengan keadaan sekeliling..
Dream Job: Pembunuh upahan.. Muekeke. Saya teringin jadik photographer.
Where Are You Right Now: Atas kusi kat opis.
Where Would You Rather Be:
Atas katil kat umah saya, pelok bantal dan tido.
Famous Person You Want To Meet: Takde.. Tak perlu lagipun.
Place To Visit Before You Die: Mekah.

Saya tak nak tag saper² kecuali Nana.. Hahah! Sila yer Kak Nana :P

May 26, 2008

Misi Yang Gagal (-_-)


Lokasi : Sebuah rumah di serdang (depannya ada padang bola yang tak berapa besar)
Waktu: Dalam remang² senja
Suasana : Angin sepoi² bahasa Tamil yang tidaklah agak menyenangkan.
Watak : 1) Ayah 2) Ibu 3) Sang Anak

Ayah : Majlis perkahwinan anak mak angkat Shila (bukan nama sebenar) tu bila?
Ibu : 6 Jun ni.
Sang Anak : Ada terima kad jemputan ke? Kalau takde, tak payahlah pergi >:)
Ibu : Alah, dah macam keluarga sendiri, memang kena pergi..
Ayah : Dia dah banyak kali ajak tu.
Sang Anak : 6 Jun tu Jumaat. Maknanya majlisnya Sabtu laa ehh? Kalau orang tak keje, orang pegi la. Kalau keje, sampaikan salam jer laa nanti ehh..
Ibu : Kalau ko keje, kita pergi malam. Macam² mana pun kena pergi..
Sang Anak : ... (bungkam dalam hati..)

- Misi melarikan diri diisytiharkan gagal sepenuhnya..
- Moral Of The Story - Jangan tipu mak bapak anda >:)

May 23, 2008

Dunia Yang Bisu..


Kalaulah..
Kalaulah saya ada kuasa nak bisukan orang, mesti saya tak rasa bingit macam ni. Haih! Kenapa laa diciptakan manusia² yang tak pernah reti nak diam macam ni ehh? Cakap benda yang sama berulang² kali macam laa yang mendengar ni pekak ataupun terlalu bodoh nak memahami butir percakapan dia. Hoho saya teramat marah waktu ini. Rasa macam nak menjerit jer kat telinga manusia² KE*A**T NI supaya mereka rasa apa yang saya rasa.
Tak boleh ke memberikan sedikit ruang untuk orang² sengal macam saya ni bertafakur? Haha! Bukan bertafakur cuma memerlukan masa untuk bersendirian so just shut your mouth up!!
Kat opis ni saya menjadik mangsa untuk mendengar cerita² pasal laki orang tu, makwe orang ni, bini orang tu, pakwe orang ni. I hate all this!
Warghhhh!!!
Saya amat merindui ruang saya yang dulu..
Alangkah bagusnya andai ruang waktu dapat diputar kembali...

May 20, 2008


Posting pertama selepas sekatan dibuka. Tapi saya rasa macam blur ckit bila nak memulakan bicara. Mungkin saat ini minda saya sedang berkecamuk. Atau jua mungkin terpaksa mencari kembali mood untuk bercerita. Yang saya tahu, sekarang saya sedang dilanda angin monsun. Haha. Ada perkara yang belum selesai. Maw lari laa (-.-)

May 13, 2008

Assalamualaikum buat sesiapa yang masih mengingati saya. Nampaknya hasrat saya untuk berehat dari dunia blog tercapai gak akhirnya bila pihak jabatan mem'block' semua laluan ke semua jenis blog. Jadilah saya pembela sawang yang berjaya..
Musim cuti skola datang lagi, bermakna banyak majlis kahwen akan dilangsungkan. Hate this! Buang masa gi melanguk semata2 nak tgk orang kahwen.. Saya pun tak pernah berhasrat nak buat majlis besar2 kalau nnt saya ditakdirkan untuk kahwen. Itu pun KALAU ada yang nakkan saya nnt.
Buat semua, jaga diri bebaek..

May 3, 2008

Kenangan Di Kuantan...


Sempena cuti hari pekerja tu, saya ke kuantan bertemu kawan2 semasa belajar dulu. Ada yang turun dari Perak & Johor. Rindukan zaman2 masa belajar dulu. Tapi sekarang masin2 dah ada hidup masing2, susah nak spend time together2 lagi.. Wish to c them again..