Apr 24, 2009

Orang-orang tua selalu mengaitkan kehadiran kalkatu dengan hujan. Kata mereka, kalau kalkatu banyak menandakan hari akan hujan. Benarkah? Entah mengapa, sejak kebelakangan ini aku sepertinya memelihara sekumpulan kalkatu di dalam hati aku...

~ AnNessa ~

Apr 21, 2009

Terima Kasih..


Entri untuk kamu.
Aku hanya ingin menyatakan rasa terima kasih.
Untuk semua kasih sayang yang tercurah.
Untuk semua kesabaran.
Untuk semua pengorbanan. Masa dan tenaga.
Untuk keberadaan kamu di sisi aku setiap kali aku memerlukan.
Tak lupa juga..
Untuk setiap kesakitan.
Untuk setiap kelukaan.
Untuk setiap titis airmata yang gugur di pipi.
Aku menganggap itu hanya sebahagian dari pengalaman hidup.
Semoga boleh mengajar aku untuk lebih kuat.
Terima kasih juga..
Kerana masih ada di sini...
Aku tidak pandai menyatakan, namun aku tahu kamu juga tahu..
Segalanya..
Titik!

Apr 16, 2009

Pergi...

Pergi ~ Aizat

Sayu terpisah
hikayat indah kini hanya tinggal sejarah
berhembus angin rindu
begitu nyamannya terhidu wangian kasihmu
hujan lebat mencurah kini
bagaikan tiada henti
kaulah laguku kau irama terindah
tak lagi kudengari
kau pergi.. pergi..
sepi tanpa kata
terdiam dan kaku tak daya kau kulupa
apa pun kata mereka
biarkan kenangan berbunga di ranting usia

I Go - Pete Teo

So long, fare thee well

The dancer and the dancing days have taken leave and fell

So turn down this bed of stone

Quench me with the deadly nightshade from the rose that you belong

The long December rain is falling now

Running down on streets to nowhere

Music is my life youre my sweetest nightingale

But I cant hear it here no more

And I go

I go

Hush now, dont shake or break

Words have fallen silent like soldiers to the grave

No matter what they do or say

Lay me on the sleepy meadow by the tracks upon your face

~ Lagu penutup filem Talentime. Layan lagu ni jer skang... ~

Apr 13, 2009

Memori Hujung Minggu

Laily, Nora a.k.a Bonda, Me & Far

Me, Far, Tim & wife (Kayna), Laily

Sabtu, 7.45 malam, Midvalley Megamall

Ahad, 7.00 malam, KLCC

Hujung minggu yang aku habiskan dengan kawan² sekolej dulu, memang memenatkan. Tapi seronok sebab dah lama aku tak jumpa diorang. Filem Jangan tegur tu kiranya tak rugi la kalo g tengok. Sound effect dia mmg leh wat jantung korang gugur. Tapi yang paling meninggalkan kesan dalam hati aku, filem Talentime ni la. Tak ramai yang leh terima cerita Yasmin Ahmad. Kitorang pun pada mulanya gelakkan jer kawan yang nak belanja kami. Kat dalam panggung pun still gelak, macam salah masuk panggung jer rasa. Tapi bila dah start tengok, mmg best. Ada elemen kelakar, sedih, sengal. Bahasa &%*#@ pun ada dalam tu. Huhu.. Part yang peling menyentuh hati, part last. Memang kitorang menitiskan air mata. Soundtrack pun memuaskan hati. Banyak lagu best.

"Aku boleh berhenti menemui dia, tapi kau kena tolong ajar hati aku macam mana nak lupakan dia.. Sebab hati aku tak tahu macam mana..."
~ TalenTime ~