Jul 21, 2011

Minggu Yang Panjang..


Isnin
Rakan sekerja MC, dan aku kena ambil alih kerja² dia yang aku tahu akan sangat² memenatkan sementelah lagi hari Isnin adalah hari untuk beli stok dan susun stok. Haiyoh pagi² lagi dah menaikkan darah aku laa.. Budak² pulak macam ulat beluncas dan secara automatiknya aku menjadi perempuan pemakan budak minggu ni...


Selasa
Rakan sekerja dah datang bekerja, ringan la sikit beban tugas. Nasib baik la cikgu sekarang ni dah makin ok dengan aku, dah boleh tolak ansur. Makin serasi agaknya. Bekalan air paip pulak buat hal, kena menadah la jawapnya. Tambah lagi satu siksa, ada budak yang 5 6 kali masuk tandas dalam masa 10 minit, memang la kena tengking dan makan cubitan aku. Heh!


Rabu
Kurang memenatkan. Tapi minggu ni mood aku memang la agak kurang menyenangkan hati. Pantang salah sikit, aku akan kecik hati. Dah tiba masanya kot.


Khamis
Hari ini.. Memang menyerabutkan otak, menyakitkan hati. Ramai yang buat hal yang sangat² menyakitkan jiwa raga aku. Ada budak hilang, nak mengadu berkongsi rasa pun tak boleh sebab partner sibuk dengan benda lain yang jauh lagi penting dari aku. Heh! Terpaksa terima kenyataan yang wujudnya aku ni tak sepenting mana. Hahahaha. Damn you laa!


Jumaat
Aku selalu tak sabar untuk menghabiskan Jumaat sebab petangnya nak balik ke serdang, bersenang-lenang bersama keluarga. Ho yeah! Harapnya esok akan berjalan dengan lancar. Aminnn...

No comments: