Apr 25, 2008

Layan Tag Lagik!

Ini tag dari kakak yang tersayang.. >:)

1- Apa superpower idaman anda? Choose only one.
~ Saya nak jadik Jumper. Apa ehh nama kuasa tu? Haha >:)

2- Siapa superhero/watak yang mempengaruhi pilihan itu?
~ Hayden Christensen (Jumper)

3- Kenapa superpower yang itu?
~ Sebab kalau boleh, saya sentiasa nak melarikan diri dari semua orang, dari segalanya. Jadi alangkah baiknya kalau saya dapat kuasa tu. Bolehlah saya ke mana sahaja saya nak dalam sekelip mata =p~

4- Apakah kelemahan kamu? We're never b perfect right?
~ Agaknya kalau saya dapat kuasa tu, saya akan hilang sentiasa. Bosan kat pejabat, saya akan hilang. Gaduh ngan adik badik, saya akan hilang. Silap haribulan, saya akan rompak bank jugak macam watak tu. Sape tak nak jadik kaya whooaaa dengan keadaan zaman skang ni >:)

5- Apakah nama superhero kamu?
~ Adeihh bab nama ni saya lemah ckit. Jumpy Girl. Muahahahah :)) <>

6- Motto superhero kamu pula?
~ Takyah laa motto2 ni. Motor pun takyah. Lompat jer ke sana ke mari :)) Hakhak!

Saya tak nak tag sape2. Saya nak jadik budak baek. Haih! Tersangatlah tension bila blog pun kena block kat opis ni. Saya sedang menggunakan Broadband Bos saya skang ni >:)
Moga ketemu lagi (T_T)

Apr 21, 2008

The Journey..


~~ Sometimes the greatest journey is the distances between two people... ~~

- Pagi tadi saya bersarapan dengan salah seorang member Blues, Sang. Saya hanya menemankannya makan, saya minum barli ais. Haha! Pagi² minum ais. Tapi masa saya suntuk, sebelum bos saya meroyan, saya terpaksa pulang ke opis. Itu pertama kali saya jumpa dia. Mekasih belanja minum. Utang tetap utang yer sang >:)

>>> 'Gejala' itu datang lagi. Argghhh!! <<<
~ AnNessa - Hari ini saya memakai baju kaler oren ke pejabat. Sedang berusaha meng'ok'kan keadaan diri (^_^) ~

Apr 20, 2008


Terkadang saya terlupa, tak semua yang saya nak akan saya dapat..
Mungkin takdirnya pertemuan itu sekadar pinjaman untuk saya...

Apr 18, 2008

$&^((&^%#$%$E())(&&%%@%&^^*(*&$%$##$


Hari ni saya sakit..
Sakit hati..
Sakit jiwa..
Dan macam² lagi..
Kalaulah membunuh itu dibenarkan, pasti ramai yang menjadi mangsa saya hari ini..
Alangkah bagusnya..
Haih!!
Kenapa manusia² zaman skang ni ramai yang tak reti nak menghormati hak orang lain?
Kadang² kita tak mintak budi kita dibalas tapi sekurang²nya hargai apa yang kita dah buat.. Tolonglah jangan menjadi manusia yang bila ditolong, boleh diibaratkan bagai melepaskan anjing yang tersepit!
Arrghhhh!!!

~ AnNessa - Once upon a time I was falling in love, now I just falling apart... (T.T)

Apr 14, 2008

Kena Tag Lagik!


Nana telah membalas dendam tag ke atas saya.. Ngeee~~ Meh kita layan!

@ Orang yang BAIK adalah..
~ yang selalu bedanjer saya eskrem. Ngeee~~ Taklah.. Orang yang baik adalah orang yang selalu ikhlas dlm setiap perbuatan dia.

@ SAHABAT selalunya..
~ Akan sentiasa di sisi saya. Saat saya nak marah, maw nanges ataw maw ketawa hepi²..

@ MenCINTAI adalah..
~ Kemaafan yang tiada berpenghujung..

@ Putus CINTA bila...
~ Ada yang ditinggalkan tanpa kerelaan hati (T_T)

@ DUIT buat saya tiba-tiba jadi...
~ Geram! Nape dunia skang makin materialistik? Huh!

@ Saya RINDU..
~ Kesengalan dia..

@ Cara saya menunjukkan KASIH SAYANG..
~ Sentiasa ada bersama dia, susah ataw senang.. Me sayang dia.

@ Bila saya DIKHIANATI...
~ I will never forget it. >:)

@ Saya pilih BUNGA apabila...
~ Bunga itu boleh dimakan seperti cekelat :D

@ Tiga orang yang saya ingin katakan I LOVE U setiap hari ialah...
~ Saya tak mempunyai ramai orang yang saya sayang hinggakan nak cari 3 dalam senarai pun susah..
1) Papa
2) Ma
3) Dia

@ Waktu saya 13 tahun, saat paling tak dapat dilupakan...
~ 1st time berjauhan dari keluarga sebab kena tinggal kat asrama.

@ Waktu saya 21 tahun, saat paling tak dapat dilupakan...
~ Saya kenal somebody yang pernah menghancurkan harapan saya. I wish saya tak pernah kenal dia..

@ Saya MENANGIS bila...
~ Rindu & maw marah..

@ CANTIK pada kacamata saya…
~ Subjektif!

@ Tak ada yang paling mengGEMBIRAkan saya melainkan...
~ Dapat menggembirakan orang yang saya sayang..

@ Jika saya boleh UBAH sesuatu, ia adalah...
~ Oleh kerana saya taw takleh ubah apa yang dah berlaku, takde guna bgtaw. :D

@ Jika SENYUMAN tidak boleh dihentikan, saya akan…
~ Lenguh laa rahang saya..
@ Tiga orang INSAN paling penting dalam hidup saya...
~ Saya
~ Certain² people dalam keluarga saya
~ Dia

@ Jika saya ada RM 1 JUTA, saya akan berikan kepada...(selain 3 orang di atas)...
~ Kali ini saya nak jadik selfish.. Saya akan bg 3/4 bahagian kat jabatan kebajikan masyarakat, yang lain saya akan bagi pada Cik Asmahan yang paling saya sayang. Lalalala >:)

@ Jika kamu ingin BERJAYA, maka kamu mesti….
~ Usaha + doa bebanyak.

@ Warna yang memberi saya INSPIRASI...
~ Hitam + puteh + pepel + oren

@ Duit bukan segala-galanya, TETAPI…
~ Saya tetap perlukan duet. Maw jadik Mr. Crab laa gamaknya..

@ Saat paling MENYENTUH PERASAAN pernah saya lalui adalah…
~ Bila orang yang saya sayang pun sayangkan saya..

@ Saya akan TERSENYUM PANJANG bila…
~ Dia sms saat saya ingat kat dia

@ Dan..bila saya GEMBIRA, saya…
~ senyum. Hari akan terasa lebih indah dari biasa.

@ Jika saya tak dapat CINTA si dia, maka saya…
~ tahu dia tak tercipta untuk saya..

@ Perkara yang paling INDAH telah saya lakukan SEMALAM adalah…
~ Semalam saya seharian bertekak dengan dia. Haih! Tiada keindahan.

@ Jika saya boleh menulis sebuah buku, TAJUKnya adalah…
~ Takdir Cinta

@ Sebelum saya PERGI buat SELAMA-SELAMANYA..saya ingin..
~ 1) Saya nak mintak ampun maaf dengan ma+papa saya, dengan insan² sekeliling saya.
2) Bagitaw dia, saya sangat sayangkan dia dan saya nak mintak maaf andai kehadiran saya di sisinya selama ni banyak menyusahkan hati dan hidupnya..
3) mencukupkan segala amalan yang compang-camping selama ni..

@ Saat melakukan semua 30 SOALAN ini, saya rasa…
~ Sengal. Dok pk bila laa maw abis soklan ni.. :p

Maw pass pada :
~ IN

Itu sahaja. Hikhik. Saya budak baekk!

Tabiat Pelik..

Pagi tadi dalam perjalanan ke pejabat, saya mendengar radio HotFM dan HotChat berkisar tentang tabiat pelik seseorang. Fafau menceritakan tabiat kawan adiknya yang suka makan nasi dulu sebelum menyentuh lauk yang dalam pinggan tu. Hoho! Itu pelik ker?
Kalau itu pelik, saya baru tersedar yang tabiat saya selama ni pun pelik la (kot (^_^)).. Sebab tabiat saya lebih kurang macam tu laa. Saya akan menghabiskan nasi+sayur (kalau ada), barulah saya akan makan lauk yang ada dalam pinggan saya. Sebab saya suka ratah lauk. Dari kecik mmg tulah perangai saya. Hingga mak saya memanggil saya kucing kepala hitam sebab suka ratah lauk. Jadi satu²nya cara saya nak ratah lauk tanpa kena marah ialah menghabiskan nasi saya dan ratah lauk sepuasnya selepas itu. Dan perangai itu terbawa² hingga sekarang.. Jadi orang yang rapat dengan saya dah memang paham+masak dengan perangai sengal saya tu..
>> Selesai entry ini saya taip, saya menerima berita kematian salah seorang rakan sekerja (dia bekerja di aras 11 bahagian pengurusan). Kemalangan dilanggar bas. Arwah suka mengusik, peramah. Arwah jugak laa yang memanggil papa saya tu Pak Misai. Terakhir kali saya melihatnya pada petang Jumaat lepas, dia sempat melambai dan memberikan flying kissnya. Rupanya itulah kali terakhir saya melihatnya. Al-Fatihah.. <<
~ AnNessa - Hari sabtu saya sekali lagi ke Pesta Buku. Dan saya ada beli buku yang bertajuk Don't Be Sad karya Dr Aidh Al-Qarni. First time nampak buku tu, hati saya tertarik tapi setakat ni saya hanya sempat melihat² isi kandungannya, belum sempat untuk membacanya. Tunggulah.. ~

Apr 11, 2008

Pesta Buku 2008

"Terbanglah sejauh mungkin dan jangan pulang lagi ke sini. Aku doakan kau bahagia, sayang. Semoga kita akan bertemu suatu hari nanti di dunia yang lain pula.."
~ Fatinilam Sari ~

"Aku sering membina angan, membina istana indah. Dia sebagai raja dan aku sebagai ratu. Biarpun istana kami hanya sekadar pondok kecil, namun aku tahu.. Dia akan sentiasa di sisi dan mencintaiku selamanya.."
~ Aisya Sofea ~
Hari ini saya ke Pesta Buku 2008 kat PWTC. Sempat membeli 2 buah novel. Dah lama tak beli. Last saya beli novel kat Pesta Buku tahun lepas. Haha! Hampir setahun dah rupanya.
Penat gak berjalan tawaf 2 bangunan. Tempatnya lagi luas dari tahun lepas. Malam ini hajatnya maw pengsan memeluk bantal bucuk. Rindu :D

Apr 10, 2008

Diskriminasi..


Ini kisah seorang teman.. Teman rapat.

Kebelakangan ni, saya melihat satu diskriminasi di depan saya. Semakin kronik kelihatannya.. Anak lelaki dimanjakan, diberi apa saja yang dipinta. Tidak bekerja untuk menolong menyara keluarga pun takpe. Nak beli rokok, duet akan dihulur. Kain baju akan dibasuh, makanan akan dihidang depan mata. Air basuh tangan akan diambil. Hanya tunggu nak suap makanan ke mulut jer. Itu pun rasanya kalau boleh disuap, akan disuap dengan tangan sendiri sampai anak lelaki itu kenyang. Kalau anak lelaki itu berumur 7 tahun, masih boleh dimaafkan tapi itu akan menjadi satu kesalahan bila anak lelaki itu sudah berumur 20 tahun. Manakala anak perempuan akan dikerah sampai habis. Pagi ke pejabat, bekerja. Petang balik rumah, harus tinggal di rumah. Hujung minggu juga kadangkala kena bekerja kerana kata ibu dan bapa, rugi andai membazirkan waktu cuti itu kalau sekadar ingin berehat di rumah. Ada baiknya ke pejabat, ada jugak hasilnya hujung bulan. Kalau nak keluar jalan² dengan kawan², harus pulang awal ke rumah. Masih ingin dihantar ke mana saja anak tu nak pergi. What the heck! Memang bagus melindungi namun jangan sampai mengongkong, menyiksa jiwa anak perempuan. Kalau anak lelakinya mengusung anak gadis orang ke sana ke mari, katanya takpe sebab anak kita lelaki. Takkan ada apa² yang berlaku. Kalau rosak pun, anak gadis itu yang akan menerima kesannya. Kenapa begitu? Adakah anak gadis itu bukan anak manusia? Jangan kerana kita di pihak lelaki, semuanya dihalalkan... Tapi bila anak perempuan ingin keluar walau hanya sekadar ingin makan², muka yang mencuka akan dihidangkan. Apa yang difikirkan, bila anak gadis sendiri keluar rumah, hanya benda jahat yang akan dilakukan. Bila hujung bulan, anak gadis akan dikikis sehingga kadang tiada apa yang tinggal untuk empunya diri. Anak lelaki ibarat raja, anak perempuan ibarat hamba yang dikerah mencari rezeki walau sudah termaktub tanggungjawab menolong keluarga lebih besar bebannya atas bahu anak lelaki.

Pernah terdengar keluhan dia..
"Agaknya kalau aku dilahirkan pada zaman Jahiliah, dah lama aku dikuburkan hidup².."
"Kenapa?"
"Sebab aku perempuan"
~~~

~~ AnNessa - Andai suatu masa nanti saya ditakdirkan untuk menjadi ibu, saya berharap anak saya tak akan menerima nasib sedemikian.. Pedihnya bila segala usaha tak pernah dihargai. ~~

Apr 9, 2008

Demam SMS..

Minggu lepas, HOTLINK ada membuat promosi sms. 1500 sms untuk ditebus dengan hanya RM1. Saya pasti ramai yang mengetahui. Dan hari ni adalah hari terakhir untuk menghabiskan sms yang ditebus. Bertalu-talu sms jatuh dlm peti masuk enpon saya. Bermacam-macam cara yang dilakukan untuk menghabiskan stok. Adik² saya yang sengal dan senget hanya menghantar sms yang berisi nama saya sahaja. Hampir 30 sms dihantar. Saya hanya tergelak. Saya juga byk memforwardkan sms untuk hampir semua nombor Hotlink dalam enpon saya. Tapi tak semua orang boleh menerima cara begini.. Untuk sesiapa sahaja yang rasa terganggu,

SAYA MINTAK MAAF...
~ Hari ni saya sengal. Sangat² sengal dengan keadaan sekeliling. Terasa nak mengamuk. Mungkinkah masa itu telah tiba? ~~

Rahsia Mata Wanita..


Skang ni keadaan saya kat opis tersangatlah kronik tahap kebosanannya. Kenapa? Sebab keje takde.. Tapi bila ada keje, sampai tak sempat nak bercuti jadiknya. Inilah keje yang bermusim. Huh! So tanpa membuang masa, saya surf internet jerlah ;) Ini yang saya jumpa pagi tadi..

RAHSIA MATA WANITA

SAIZ MATA KECIL
Peramah, banyak cakap, kurang pertimbangan.
Lelaki boleh jadi kelam kabut akibat mulutnya. Bersikap periang tapi bila marah lambat sejuknya. Bila bercinta suka tukar pasangan kerana hatinya tidak pernah puas. Boleh bahagia dengannya jika dapat penuhi kehendak duniawinya dan melayan syahwatnya dengan baik.

SAIZ MATA SEDERHANA
Sederhana, tidak banyak berahsia, ada pertimbangan, bertanggungjawab serta
perlukan belaian mesra suami.

SAIZ MATA LEBAR
Cukup kuat berahsia, otak kurang cergas, pemarah, bertindak tanpa fikir panjang, kurang teratur, tiada arah tujuan dan putus asa. Tapi boleh setia. Nafsu syahwat tinggi.

MATA SELALU BERKEDIP
Pemaaf, senang dibawa berbincang, memahami dan sabar. Wanita ini baik.

MATA JARANG BERKEDIP
Wanita ini istimewa, bijaksana, baik pekerti, setia, adil, bertanggungjawab, tidak cerewet, membantu dan membahagiakan.

MATA CENGKUNG
Kurang memuaskan, materialistik, hidup dengannya boleh sengsara, kata manis tapi bohong, mahu senang, mudah curang, bila anda susah dia tidak peduli.

MATA REDUP
Wanita ini mudah dipermainkan, tidak dapat kawal emosi, hati tidak tetap, banyak kenalan kurang sahabat, mengumpat, irihati, kejam, kasar, mencemuh, pemarah.

MATANYA SEOLAH TERSEMBUL KELUAR
Sifatnya baik, rela, tabah, menyenangkan, ikut kata. Tapi mungkin tidak tepati janji, pendendam, tamak dan marah bila tidak puas nafsu syahwatnya.
~~ AnNessa - Ramai yang mengatakan saya mempunyai sepasang mata yang redup.
Erkk! Mungkin_
Ngeeee...
Yang ada ni hanyalah kajian. Mungkin ada yang kebetulannya sama ;)

Apr 8, 2008

Handphone Punya Hal..


Itu gambar handphone..
Yer handphone saya yang membuat tunjuk perasaan semalam..
Sampai hati dia wat saya macam ni..
Dia merosakkan dirinya..
Membuatkan poket saya yang dah sedia nipis ni maken rabak..
Huh!
Tersangatlah menyakitkan hati..
Macam menggigil jer tangan masa nak bayar kos membaik pulih enpon tu..
Takde la banyak nau nak kena bayar tapi dengan keadaan kewangan yang mencekik leher ni, saya terasa tersangatlah sakit jiwa!
Bila dah siap bayau, saya menggodek enpon ni dlm kereta..
Wah.. satu lagi kejutan untuk saya.
Hilang!
Semua hilang.. Gambar, video, lagu, themes..
Huhuhu. Macam mana saya tak terfikir yang kalo dah jadik kes macam ni, kemungkinan besau enpon kena format balik.
Haih! Cakap banyak pun tak guna. Yang penting memang semuanya dah hilang..
Untuk enpon kesayangan aku ni, tolonglah jangan buat hal lagi.
Rasa macam nak cekik diri sendiri jer skang ni.

Ann - Alangkah bagusnya kalau idup kita ni pun leh diformat macam tu. Ngeee~~

Apr 4, 2008

Tertarik!


Hari ni serba tak kena..

Ada rasa nak mengamuk..

Ada rasa nak menjerit marah orang..

Ada rasa nak humban pc saya ni ke bawah..

Ada rasa nak menangis..

Akhirnya saya tertido..

Dan saya mengigau..

Tentang dia!..

~ EnD ~

Mungkin..

Ini bukan hari saya (T_T)

~ Ann-nessa : Saya telah melepaskan tali yang saya pegang kukuh selama lebih kurang 5 tahun. Satu waktu yang cukup lama. Saya dewasa bersama ikatan itu. Namun saya sedar, ada waktunya kita perlu melepaskan. Dan... Dia datang kembali! ~

Apr 2, 2008

Senyum..


Ini kisah pagi tadi..
On the way datang opis. Saya dan kawan saya menaiki kereta Wira dan di hadapan saya ada sebuah kereta Brabus. Hoho besaunya kereta. Bila melintas di hadapan seorang pak gad ni, siap lambai dan senyum lagi pada pemilik Brabus tu sedangkan kami yang naik kereta Malaysia ni, usahkan nak dilambai tangannya, senyum pun tak. Huh! Mental betul...
Apa yang saya perhatikan skang ni, itulah perangai pak gad mak gad ni. Bukan semua tapi KEBANYAKAN laa.. Kalau kat opis ni, pada pegawai² yang berkot, lebarnya senyuman yang dihadiahkan tapi kalau pada kuli² cabuk macam kami ni buat² tak nampak jer. Haih! Apa nak jadi la yer.. Mana kempen budi bahasa yang rakyat Malaysia dok laung sana sini tu...

Saat bersendirian melayan perasaan, terngiang² bait lirik lagu yang pernah popular satu ketika dulu..
"It's tearing up my heart when I'm with u
But when we are apart I feel it too..
And no matter what I do
I feel the same
With or without u.."

~ AnNessa - Sesekali terfikir, benarkah lelaki semua sama? Kalau tidak, kenapa semua orang buat saya macam ni. Saya jumpa orang yang salah pada masa yang salah. Mungkin... ~