Aug 26, 2008

Kerapuhan Hati..

Putrajaya 26 Ogos 2008
3.24 petang

Seorang teman menangis. Saya hanya memerhatikannya tanpa bertanya apa², kerana saya tahu dia akan bercerita bila dia terasa ingin bercerita. Tidak lama, dia menghampiri. Kekasih lama datang kembali, itu katanya. Di saat dia sedang belajar untuk mencintai orang lain. Kejamnya. Kenapa tidak dibiarkan insan yang ditinggalkan itu membina hidupnya kembali.. Walaupun sendirian, itu mungkin lebih baik.
"Aku ingatkan selama ni hati aku dah cukup kuat untuk berhadapan dengan dia kalau² dia datang balik, tapi aku silap. Hati aku rapuh. Aku masih sayangkan dia. Dan aku sendiri masih tak berupaya untuk mencintai orang baru ni sepertimana aku pernah mencintai dia.."
Saya hanya mendiamkan diri. Saya faham. Bukan mudah. Saya juga menghadapinya. Bukan mudah untuk mengumpul kekuatan.
Dan saya hanya membiarkannya menangis. Saya tak pandai untuk berhadapan situasi seperti ini..

Benar. Bukan mudah... :tsk:
Hari ini, hati kecil saya masih lagi menangis..

Aug 22, 2008

"Ann, nape minggu ni ko nampak lesu jer..."
"Kak Ann nampak marah jer.. Moody. Anything wrong?"
"Ko nampak macam tak terurus jer ni kenapa?"
"Adik nampak penat jer.."
:tsk:
Teguran² yang membolosi gegendang telinga saya sepanjang minggu ni..
Nampak sangat ke kekacauan jiwa saya di mata mereka?

:argh:

Aug 21, 2008

Jom Jenjalan Ke MAHA 2008

Dikelilingi mak, kakak dan adik².

Adik beradik..

Along saya..

Orang tembam..

Tak sempat nak snap perkataan MAHA @nggaya

Me.. As always. Ada yang cakap saya 'kena' ngan kaler putih. Huhu..
Semalam. Hati saya basah. Bantal saya pun basah. Dibasahi cecair yang mengalir dari tubir mata saya. Laju. Hangat. Tapi hati saya dingin. Beku. Entah mengapa, I feel bad about everything & everyone in my life. @nyerah
Bantal yang basah membuatkan saya tidak selesa. Lalu saya letakkan bantal² saya kat tepi katil. Kat bawah. Selimut saya pun. Menjadikan saya satu²nya makhluk di atas katil. Lapang. Katil itu lapang. Tapi bukan hati saya. Bukan otak saya. Hati saya. Otak saya. Masih berselirat dengan persoalan. Saya sedih. Benar saya sedih. @nangis Ditambah lagi dengan keadaan hati saya yang semakin mengecil. Kadang tertanya, sampai bila hati saya akan terus mengecil? Agaknya bila jantung saya dah tak berdegup nanti baru hati saya akan berhenti mengecil.


Saat entry ini dimasukkan, hati saya masih dingin.. Perasaan saya beku. :tsk:

Aug 18, 2008

Minggu lepas, ada yang bertanya..
"Y so sad lately? Am i related to your sadness?"
Saya tak sangka coretan saya selama ni membuatkan ada yang berasa dirinya menjadi salah satu sebab kesedihan saya.
Utk yang bertanya tu, don't worry dear @peluk
Skang ni saya dah menerima segala kesakitan dan kesedihan tu sebagai sebahagian dari diri saya. Mungkin dah memang takdir-Nya saya harus menghadapi semua ni.. Kalau ditanya soal kecil hati, hati saya dah memang cukup kecil. Untuk apa lagi dikecilkan? Oleh kerana hati saya yang kecil ni jugak laa saya terpaksa menghadkan bilangan manusia yang menghuni hati saya.
Masih berkira-kira maw membuang siapa :mThinking:
Ataw mungkin saya harus kecikkan ruang utk yang menghuni sebahagian besar hati saya tu..
Bagi² la yer :tsk:

Seandainya ombak laut surut lagi, aku pergi...

~Nota kaki..
Pape jelah. Yang penting saya mmg tengah sakit ati.. Dengan kamu, kamu dan kamu..

:sigh:

Aug 15, 2008




Your Sensitivity Score: 89%



You are an extremely sensitive person. You notice everything.
You've probably been called overly sensitive before, and it's partially true.
Highly sensitive people tend to be highly intelligent. And you just can't turn off that part of you.

:tsk:
Hari ini pagi² lagi semangat saya dah terbang ntah ke mana.. Need somebody right now. Tapi biasalah. I'm alone, as always..
Dalam seminggu ni mmg mood saya tahap negative (-) dah. Semalam saya lempang / tampar sorang budak. Takde la kuat sangat tapi cukup utk tinggalkan bekas jari saya kat pipi beliau.. Jahat kan saya? Memang saya jahat :argh:
Cian budak tu. Dia tak taw pape cuma tersilap masa utk mengusik saya.. :sorry:

Terasa maw menangis skang. Ada sesiapa yang sudi meminjamkan bahu? :puteh_21:

Aug 13, 2008

Dulu..
Saya pernah ke sana..
Menikmati chicken chop..
@ayuk
Bersama yang tersayang..
Minggu lepas saya ke sana lagi..
Dengan manusia yang berbeza..
Menikmati hidangan yang sama..
Tapi ada yang berbeza..
Rasanya juga dah tak sama..
Nape yer?
Mungkin perasaan saya yang berbeza..
Saya rindukan saat² itu :puteh_25:

Aug 8, 2008

Saya nak wat entry pendek utk ari ni tapi nnt kita tgk adakah ianya sependek yang saya mahukan... @ayuk
Pagi tadi saya mengajukan satu soalan utk seseorang yang saya anggap seperti abang saya..
"Bila satu hubungan dah tak terasa kemanisannya, patut ke kita akhirinya atau berusaha nak kembalikan kemanisan tu?"

Jawapannya..
"Biar jelah. Kita nakkan kemanisan tu kita makan gula tapi bila gula pun dah rasa masin, apa lagi yang kita boleh buat...":mThinking:

*Nota tangan saya..
- Saat ni saya dah mula terasa kepahitan gula yang saya telan selama ni @nyerah

Aug 7, 2008

Ini kisah semalam, tentang adik saya yang umonya 6 tahun.. Sangat teruja untuk membaca walau merangkak. Dan saya seronok mendengarnya.. Tapi saya hangen satu badan kalau bahan bacaannya tak bertepatan. Pernah satu hari dia ambik majalah Ujang utk belajar membaca. Adeihhh.. Belum masanya dia belajar mengeja perkataan² sengal dalam majalah tu.. Pernah dia terjumpa perkataan HOK ALOH.. Haha.. Sengal saya nak mengajar *saya bukanlah tenaga pengajar yang baek @males*

Berbalik pada kisah semalam.. Kami tgh menonton berita dan dia sedang belajar membaca. Tetiba dia terpandang perkataan DAP kat skrin tv..
"Ma, kalo D.A tu bunyinya DA, tapi ada P kat belakang tu mcm mana nak sebut?"
Saya tersengih kat mak saya. Mak saya hanya menjawap D.A.P.. Nampak dia terpinga². Miahahah.. Tapi saya tak menyampuk pun sebab saya sendiri tak taw nak cakap apa.. :mThinking:

..Sejak semalam, keadaan mood saya mmg agak membimbangkan. Kadar penurunannya mencecah ke paras negatif. Saya bimbang nanti ada yang menjadi mangsa kemarahan saya yang agak kurang bertempat ni. Yang pastinya saat ini saya tidak ingin mendengar apa² pun @senamso please!! Don't say a a word :please:..

~ Untuk kamu² yang masih saya sayang, I Wuv U! :sitturtle:

Aug 6, 2008

Pertemuan..


Ini hanya sebahagian kecil..
Bahagian yang teramat kecil..
Bila agaknya bisa ketemu lagi..
Dengan bilangan yang lebih besar
Atau sememangnya ruang antara kita yang menjadi semakin besar..
Saya..
Saya hanya salah seorang dari komuniti yang semakin kecil ini..
Kehadiran saya juga sedikit terlambat..
Dan saya tidak begitu merasai kehilangan yang lain..
Tapi ada yang terasa amat² kehilangan..
Saya tiada hak untuk mengatakan apa²..
Kerana saya bukanlah sesiapa..
Dan saya tidak berminat untuk mengatakan apa²...
~ End of the story ~
:sleep:

Aug 1, 2008

Temuduga..

Semalam..
Pukul tengahari..
Terima surat dari SPA..
:fatpanda:

Panggilan temuduga untuk jawatan Pembantu Penguasa Kastam..
Aiyarkk..
Tetiba terpk ada ke saya mintak jawatan ni yer?
:ha?:
Tapi saya hepi..
Rasa macam maw juget² jer kat opis ni..
Tapi saya takut gak..
Ada pemeriksaan fizikal..
Haiyya!!
Saya sudah gemok..
Apa maw bikin?
:sigh:
Saya TERPAKSA memulakan diet tanpa nasik saya kembali..
Dengan harapan saya tidak akan kelihatan seperti ini >>> :fatpanda:di hadapan panel penemuduga nanti..
So chaiyuk²..
Semoga berjaya kurus..
Dan berjaya dalam temuduga 19 Ogos nanti..
@doa
Teman²..
Doakan saya juga yer..

:tareflower: