Jul 31, 2008

:hi: Haha!! Hepi saya ari ni sebab berjaya meng'install' ikon² comei ni kat blog saya. Mekasih utk blog cik choki yang banyak membantu.. @nggaya

Ini kisah semalam..
Balik dari keje, saya terus mandi. Perkara yang amat jarang saya lakukan.. Haha! Malas ok.. Selalunya saya lepak dulu, layan anak buah dulu, usik² dia sampai dia nangis @setan Tapi semalam tabiat saya berlainan sedikit. Mungkin kesan dari stress yang saya hadapi.. Selesai mandi saya terus ke dapo. Kuarkan ayam, cuci ayam² tu dan mula memasak. Walaupun hanya menggoreng ayam, itu mmg janggal bg saya sebab saya ni mmg laaa 'rajin' kat umah.. :woooh:Sambil² tunggu ayam + nasi masak, saya kutip all the dishes dan membasuh semuanya.. Rajin kan? Huhu.. Mak saya jenguk ke dapo dan ini yang dia cakap...

:okay:"wah tolong basuh pinggan.. Terima kasih.."
Huhu.. Ini buat saya terharu. Saya terasa dihargai. Mungkin ucapan terima kasih tu bg orang lain dah biasa tapi bg saya, teramatlah mem'bunga²'kan hati saya :inlove:.. Lepas masak, panggil adik² + ma + papa saya makan. Hepi tgk diorang makan. Hepi jugak bila tgk ma saya makan tanpa dia dok dapo. Agaknya apa perasaannya org makan apa yg kita susah payah nak masak yer? Mesti puas ati @gatauKan? Kan? Kan? Pasni kalo saya ada masa, saya nak masak kat umah.. Saya mmg suka memasak tapi saya malas :err:*alasan*

*Nota saya..
- Saya adalah orang yang terlalu susah untuk memaafkan. Selalunya saya akan buat tak tahu jer atas apa yang orang lain buat pada saya. Tapi buat² tak tahu tak semestinya saya maafkan + lupakan semua tu.. Jadi andai satu masa nnt saya marah :puteh_9: terima la nasib masing² yer :mBom:

~ End ~

Jul 30, 2008


Terjumpa ni kat blog kakak..
Just mencuba nasib :D

You Are Sudoku



You are simple, modern and elegant.

You're not that difficult to figure out, but very few people truly get you.

You approach the world with a pure logic that most people will never grasp.

What Kind of Puzzle Are You?

'Sudoku'kah saya?
:D

Jul 28, 2008

Diam..


Bahasa diamlah bahasa yang paling sukar.
Dalam diam ada seribu pengertian.
Dalam diam ada seribu persoalan.
Dalam diam ada seribu jawapan.
Dalam diam ada seribu tafsiran.
Dengan diam orang boleh berkata, aku cinta padamu..
Dan dengan diam juga orang boleh berkata, kita tidak lagi sehaluan..

~~ Labyrinth ~~
- Imaen -

Lantas diam bagaimanakah antara aku dan kamu?

*Nota saya-
Mungkin saya harus lebih banyak belajar membutakan mata, memekakkan telinga, mendiamkan diri dan mematikan perasaan..
Hanya untuk merasa bahagia...

Jul 25, 2008

Kakak Punya Kerja..

Ini tag dari kakak.. Maw tambah utang yer kak? >:)

1. nama-nama timangan oleh org tersayang
- ann - nama panggilan kawan² skang ni. Kawan² baru la maknanya..
- angosh - nama panggilan kat skola menengah dan zaman² kolej dulu. diberi oleh seorang kakak yg masih saya ingat sampai skang. Kak sophie.. Mekasih kak :p
- angah - nama panggilan kat umah..
- adik - Dia yang panggil saya dengan nama ni. ai laik it :x

2. anda seorang yang...
- panas baran - cepat sangat mengamuk. org² yg terdekat dengan saya dah masak ngan pangai tak baper elok saya ni.. tapi cepat sejuk.
- cepat merajuk - pepandai laa nak pujuk yer. tapi saya cepat jer pulih dari 'ketidaksedaran' saya tu..
- suka pendam sendiri².. last² bila dah tak tahan, saya akan meraung sorang² dalam bilik. waktu terbaik nak meraung adalah masa nak tdo :D
- bila dah sayang seseorang, i'm willing to 'terluka' even setiap hari. jgn tiru yer, tak baek utk kesihatan mental :(

3. insan teristimewa. describe apa yg membuatkan die terlalu istimewa di mata anda.
- sebab dia adalah dia. hanya dia yang mampu membuatkan saya menangis hampir setiap malam. hate that!!

4. makanan favourite anda
- eskrem vanilla
- cekelat van houten
- asam pedas patin
- semua masakan mak saya :D

5. favourite kaler
- hitam
- puteh
- pepel
- oren ( some says i look nice in this colour :D )

6. favourite song
- takde yang spesifik gak. depends on my mood. tapi prefer yang tak sakitkan telinga.

7. sikap yg membuatkan anda stress
- paksa saya buat keje yang saya tak suka
- banyak cakap ( saat saya inginkan ruang saya sendiri )
- banyak tanya *take it as a note*
- bossy *org ini harus ditendang!!*

8. 3 benda yg mesti ada dalam handbag anda
- enpon
- ubat saya
- beg duit ( kdg² takde duit gak ni :p )
- losyen tangan saya

9. kali terakhir anda menangis beriya-iya..kenapa??
- lately saya terlalu kerap menangis.. *remember, what goes around comes around.*

10. tag 5 rakan anda
- archiq
- chii
- dek noi
- lalink yan >:)
- mawar ( dah takde pilihan la dik :p )

*nota saya untuk kakak..
- mekasih sebab bagi saya tag ni. at least saya ada benda laen nak diapdet selaen dr citer sengal saya tu. bila maw jumpa yer :p utang eskrem saya tu jgn lupa.. ngee ~~

Jul 24, 2008

Semalam yang dingin..

Ini kisah semalam dlm hidup saya.. Lepas Maghrib saya banyak menghabiskan masa dalam bilik saya, menyelongkar kembali laci yang dah lama tak berusik. Ternampak sebuah diari, kaler hitam. Bila saya tgk, jeng jeng jeng... Itu diari adik saya yang umonya 10 tahun skang ni. Pandai dia sorok, kat tempat yang saya dah lama tak bukak. Saya kunci pintu lalu membaca tanpa keizinan.. *jgn tiru ini kat umah* Page pertama merupakan biodata dia. Haha. Lawak lak adik saya ni. Biasa laa bebudak, ayat tunggang langgang. Yang paling wat saya senyum adalah...

Nama kawan baik : si polan, si polan dan si polan ( namanya saya tak ingat )
Nama kawan jahat : si polan, si polan, si polan... bla.. bla..

Adakah seseorang yang jahat itu masih boleh kita anggap sebagai kawan?

*3 malam lepas, saya mimpikan seekor ular. Kata orang, ada banyak jugak tafsirannya. Semoga hanya yang baik akan menghampiri saya. Aaminnn..


*Nota saya...
Alangkah bagusnya menjadi budak², boleh berangan setinggi langit tanpa memikirkan benda² sengal di sekeliling.. Saya, masih teringin menjadi rama² yang hodoh...

Jul 23, 2008

Pelangi Petang..


ku meniti awan yang kelabu
ku tempuhi lorong yang berliku
mencari sinar yang menerangi
kegelapan ku…

ku percaya nanti suatu masa
sang suria kan menyinar jua
membawa harapan yang menggunung
bersamanya…

engkau tiba bagaikan pelangi
tak bercahaya namun kau berseri
tapi cukup menghiburkan
hati ini…

seharian waktu bersamamu
tak terasa saat yang berlalu
bagai pelangi petang kau kan pasti
pergi jua…

Lagu ini terngiang² di telinga saya sepanjang hari ini...

Hati saya semakin dingin..

Perlukah dihangatkan kembali apa yang semakin beku..

Perlukah dinyalakan kembali apa yang semakin malap...

*Nota saya - Awan yang berarak mendung tidak menjanjikan langit akan menangis...

Jul 21, 2008


Ini kisah seorang budak. Dulu dia budak tapi skang dah boleh jadik mak budak. Budak yang menjadi kesayangan mak ayah. Ramai yang mengatakan dia bertuah kerana jadik anak kesayangan. Bertuah sangat ke?.. Bertuah la sebab apa yang dia nak semua dia dapat.. Tak jugak sebenarnya.. Sebab dia bukan jenis yang meminta².
Dipendekkan cerita, budak ni meniti alam remaja jauh dari mak ayah. Sambung belajar la kononnya.. Habis belajar, kembali menetap bersama keluarga. Dijaga dengan penuh pengawasan. Kemana² sajer akan dihantar, pulang berjemput. Senangnya hidup kan? Tak payah bersesak² naik perkhidmatan awam, berebut² dengan segala makhluk asing :p
Hidupnya macam senang jer tapi nasib manusia, tak siapa yang tahu.. Selalu diketemukan dengan lelaki yang salah. Atau lelaki yang betul tapi mungkin waktu yang salah..
Tiba satu masa, jiwanya memberontak.. Memberontak dengan segala pengawasan yang diterima, ingin punya kehidupan sendiri.. Tekad untuk merosakkan hidup sendiri, sebagai membalas dendam terhadap mak ayah.. Akhirnya yang merana, diri sendiri jugak. Hidup makin tertekan, tersepit.. Menyesal? Takde guna dah. Mula laa nak salahkan keadaan sekeliling padahal diri sendiri yang bodoh, macam takde otak jer gayanya. Skang terima jer laa apa yang mendatang. Masa takkan boleh diputar kembali...

~ End ~

Cerita sengal tersebut hanya direka untuk mengapdet blog saya.. Tapi apa perasaannya kalau berada di tempat budak tu yer?...

*Bayangkan situasi ini...
Mak ayah anda takut untuk mengahwinkan anda dengan sesiapa pun hanya kerana kegagalan perkahwinan adik-beradik anda yang dahulu.. Haha!! Ini ada potensi nak jadik anak dara tua la kot. Kan? *wink*

*Nota saya..
- I just hate myself for loving You.. That Much!!

Jul 18, 2008

Hari Jumaat...



Pagi tadi masa nak datang kerja, banyak yg saya nak coretkan kat cni. Tapi bila ngadap, idea semua dah ilang.
Diringkaskan..
Ari ni idung saya berdarah 2 kali..
Sempat kotorkan kertas bos saya dengan darah tu..
Ngeh ngeh ngeh..
Dan sempat jugak guna sapu tangan dia..
Sori yer bos kalo sapu tangan tu mahal :D
Perut saya masih terasa sengal² akibat dr diarrhoea yg saya hidapi sejak 3 hari yg lalu tapi Alhamdulillah semakin pulih..
Tapi selera makan saya masih lagi mati..
Hanya berselera utk makan asam jer.
Yang laen tolak tepi..
Oppss!! Jgn pk bukan² yer. Tak baek utk kesihatan mental :p
Tekak saya saket..
Mungkin kalo tak kena gaya, saya demam ujung minggu ni..
Haih!!
This is just NOT my day..
And a lil' bit stress ngan masalah kat umah saya..
Mempengaruhi perhubungan saya dan dia..
Bila ada perbualan, pasti diselangi bunga² 'indah' pergaduhan..
Mungkin tidak bg dia tapi bg saya, itu sudah menuju ke arah satu perdebatan..
Haha!!
Hate this actually..
Setiap orang punya kekuatan jiwa yg berbeza dan tidak adil utk membandingkan sesiapa sahaja..
Hidup memasing juga tak sama..
Seperti jua nasib setiap insan..

Ann - Adakah destinasi kita jua ada bezanya?
Pelayaran ini serasanya seperti sudah semakin hilang kemanisannya..

Jul 14, 2008

Duet duet duet...


Sejak kebelakangan ini, seringkali terdengar keluhan orang² sekeliling saya tentang duet..
Sekeliling anda juga pastinya..
"Beli barang² ciput macam ni pun dah habis 30RM"
"Skang ni bawak duet 100RM ke kedai, tak tahu nak capai apa, semuanya mahal.."
"Duet maken cair la skang, macam air.. Ari ni gaji, esok dah tinggal suku.."
Itu pun nasib baek kalo ada yang tinggal.. >:)
Nilai duet makin susut, nilai barang makin naik..
Agaknya kena wat keje part time la kot nak menampung hidup..
Bagi yang berkahwin dan dedua berkerjaya, masih ok lagi kot jika nak dibandingkan dengan hanya suami atau hanya isteri ( >:) ) yang bekerja.. Pasti peritnya menekan anak tekak.
Teringat satu kisah..
Zaman kanak² saya..
Masih di Kelantan..
Suka sangat ikut papa + ma ke pasaraya nak beli barang..
Ada sorang makcik, banyak barang yg dia beli..
Teramat banyak..
Kami beratur di belakang dia masa nak membayar..
Bila dihitung harga semua barang yg dia beli, mencecah 300RM..
Saya tengok kat tangan dia hanya sekeping not 5RM yg dia pegang..
Tapi biasa laa bebudak, apa sangat laa yg saya pk..
Masa cashier tu dok tunggu dia bayar, tetiba dia ckp mcm ni..
"Err dik.. Boleh ke kalo makcik utang dulu? Makcik bayar 5RM jer dulu, nnt bulan depan makcik dtg bayar lagi. Suami makcik takde kat cni, dia pegi outstation"
Aiyarkkk..
Agaknya apa perasaan cashier tu ehh?
Huhuh..
Last² manager dipanggil..
Dan membetulkan keadaan..
Barang² tu semuanya diambil balik..
Kesian gak tgk makcik tu..
Agaknya dia biasa berhutang ngan kedai² runcit kat kampung dia la kot..
Haih.. Saya pun banyak gak hutang ni..
Ada sesiapa rela hati nak jadik cheti saya?
Ngeeee ~~

~ Ann - Rasanya skang ni pun makin banyak mak² mertua yang mata duetan.. Tak kawen laa mamat² semekin kat luar sana :D
Kalo jual orang, leh kaya tak? >:)

Jul 9, 2008

Aku Tidak Dimatamu...


Lagu ni kakak yg bg saya..

Mungkin dengan keadaan saya skang ni, cepat pulak saya melekat dengan lagu ni..

Masih panjangkah langkah perjalanan saya ni?


Aku Tidak Di Matamu - Nora

Pergilah jika kau mahu
Pergilah tak usah kembali
Takkan ku pujuk lagi
Tak perlu merayu lagi

Biarkan saja semua berlalu
Usah dipanjangkannya..
Makin dalam sedih yang kusimpan..

Kau pinta ku memahami
Apa yang terlintas dihati
Sedang kau tidak cuba luahkan malah
Kau sengaja menyembunyikan

Apakah erti
Apakah yang engkau mahu dariku…

Rindu akan terus mengusik hatiku
Rindu akan mencungkil kemesraan yang lalu…
Biarlah aku simpan secebis
Kenangan yang manis walau hakikatnya payah untuk aku terima…

Jika benar ataupun sungguh bagaikan dikata
Tak akan aku halang keputusanmu itu..
Usah ditanya apakah sudahnya selepas ini..
Biar aku dengan cara sendiri…

Merajuk biar bertempat..
Memujuk ada batasannya..
Tak akan ku rujuk walau terpaksa
Tak akan ku pujuk andai dipaksa
Pandai-pandailah engkau bawa haluanmu
Tanpaku menemani…..(mu)

Jul 8, 2008

Hugs tiem


Saya ingin tido..
Dan takmo bangun..
Itu tandanya saya sedang mengalami stress yang kritikal..
Huhu..
Di mana ubat saya yer? :((

Jul 4, 2008

Terima Kasih...


Terima kasih..
Untuk semua..
Teman² yang masih bersama saya di saat kesengalan semakin rancak mengiringi setiap langkah perjalanan hidup saya..
Saya tak sangka masih ada yang sayangkan saya..
Masih ada insan yang berhati perut..
Hanya Tuhan yang boleh membalasnya..
Saya terharu hari ini..

Teringat kembali bait² kata seorang teman pada saya..
Kadang² pertolongan Tuhan
kepada kita adalah menerusi asbab orang lain..

Untuk kamu²..
Saya sayangkan kamu..
Tetaplah bersama saya kerana saya memerlukan kamu² sebagai kekuatan utk saya..

~~ End ~~

Jul 3, 2008


Hari ni saya sedih.
Sedih sebab dia.
Saya memang tak nak berselindung.
Banyak yang saya fikirkan.
Saya dah hampir bertemu jawapan.
Keputusan telah saya ambil.
Saya cuma memerlukan sedikit masa dan kekuatan...
Kekuatan yang bukan sedikit..
Tapi saya tahu saya akan dapat kekuatan itu..
Semoga..

~ End ~