Jul 21, 2008


Ini kisah seorang budak. Dulu dia budak tapi skang dah boleh jadik mak budak. Budak yang menjadi kesayangan mak ayah. Ramai yang mengatakan dia bertuah kerana jadik anak kesayangan. Bertuah sangat ke?.. Bertuah la sebab apa yang dia nak semua dia dapat.. Tak jugak sebenarnya.. Sebab dia bukan jenis yang meminta².
Dipendekkan cerita, budak ni meniti alam remaja jauh dari mak ayah. Sambung belajar la kononnya.. Habis belajar, kembali menetap bersama keluarga. Dijaga dengan penuh pengawasan. Kemana² sajer akan dihantar, pulang berjemput. Senangnya hidup kan? Tak payah bersesak² naik perkhidmatan awam, berebut² dengan segala makhluk asing :p
Hidupnya macam senang jer tapi nasib manusia, tak siapa yang tahu.. Selalu diketemukan dengan lelaki yang salah. Atau lelaki yang betul tapi mungkin waktu yang salah..
Tiba satu masa, jiwanya memberontak.. Memberontak dengan segala pengawasan yang diterima, ingin punya kehidupan sendiri.. Tekad untuk merosakkan hidup sendiri, sebagai membalas dendam terhadap mak ayah.. Akhirnya yang merana, diri sendiri jugak. Hidup makin tertekan, tersepit.. Menyesal? Takde guna dah. Mula laa nak salahkan keadaan sekeliling padahal diri sendiri yang bodoh, macam takde otak jer gayanya. Skang terima jer laa apa yang mendatang. Masa takkan boleh diputar kembali...

~ End ~

Cerita sengal tersebut hanya direka untuk mengapdet blog saya.. Tapi apa perasaannya kalau berada di tempat budak tu yer?...

*Bayangkan situasi ini...
Mak ayah anda takut untuk mengahwinkan anda dengan sesiapa pun hanya kerana kegagalan perkahwinan adik-beradik anda yang dahulu.. Haha!! Ini ada potensi nak jadik anak dara tua la kot. Kan? *wink*

*Nota saya..
- I just hate myself for loving You.. That Much!!

No comments: