Oct 24, 2007

Kehampaan Hati...

Kehampaan Hati - Acha Septriasa


Lagu ni 1st time dengar masa tengok cerekarama. Lupa dah tajuk ceritanya. Rusdi Ramli berlakon jadik anak yang kurang cerdik. Suka dengar lagu ni walau tak tahu tajuk. Berusaha menggodek multiply mencari, akhirnya aku jumpa jugak lagu ni. Yeayy!

****

2 3 hari ni aku berusaha untuk tido awal, merehatkan diri + palotak yang semakin tak tentu hala. Dan aku berjaya. Pukul 9 dah belayar ke alam mimpi. Semalam pukul 11 dah mintak tido. Sepanjang ketensenan aku ni, rutin harian aku berubah. Semalam balik dari opis, aku lepak jap terus mandi. Yang bagusnya, aku makin rajin =) Sebelum mandi, aku kutip semua baju-baju kotor untuk dibasuh. Yang nak kena hand-wash tu aku kutip, yang tak kena hand-wash pun aku basuh sekali. Ringan tugas mak aku sikit. Semua tu aku buat semata-mata nak menyibukkan diri, tak nak fikir benda-benda yang akan lagi menyesakkan fikiran. Yang tak bagusnya, makan makin bersemangat. Ajak ma+papa ke pasar malam beli stok lauk, aku beli segala jenis kuih yang aku rasa nak makan. Hish! Buruk perangai.. Diet musnah. Takpe. Next week start balik diet. =)

Masa nak tido semalam, termenung jap. Teringat balik kata-kata seorang lecturer dulu. "Sorry No Cure".. Perkataan yang selalu diucapkan setiap kali kitorang lambat datang kelas pastu sesenang mintak maaf ngan dia. Memula terpinga-pinga tak paham. Bila diamati, baru la paham maksudnya. Melafazkan maaf memang senang namun untuk memaafkan, akan ambil masa. So jangan sesenang buat salah pastu say sorry mcm tu jer. Kan? Sejak kebelakangan ni aku makin susah untuk memaafkan setiap kesalahan orang-orang sekeliling aku. Penat barangkali. Tiba masa untuk memikirkan perasaan sendiri. I'm not that same girl anymore... <<
pinjam ayat ko ehh yan =)

Semalam time merayap ke blog-blog, tersinggah kat blog daknakal ni. Ada lagu yang pernah ditujukan seseorang untuk aku.. I Don't Wanna Miss A Thing - Aerosmith. Teringat kata-katanya, "tiap kali saya dengar lagu ni saya akan ingat kat awak..." Aku tak pasti apa kena-mengena lagu ni ngan kisah kitorang tapi whatever pun mekasih kerana selalu mengingati saya.

*********

Naluri atau hati? Buat masa ni, aku semakin keliru dengan perasaan aku sendiri. Hati tetap berdegil namun naluri mengatakan yang sebaliknya. Haih! Penat melayan perasaan sendiri. Hajatnya nak melakukan sunat istikharah. InsyaAllah....

Terpanjang lak entry kali ni. =)


Nessa - Penat jugak berperang dengan perasaan sendiri ni ehh.. Haih! ^.^

No comments: