Oct 23, 2009

Kurniaan Dalam Samaran


Kiambang hanyut ke muara
Perahu pulang ke penambang
Lambat laun kan bersua
Biarpun digulung gelombang

Dugaan yang tak disangka
Perpisahan yang dipaksa
Kurniaan yang dalam samaran
Itu yang ku harapkan

Korus
Berpijak pada bumi nyata
Bak meniti jambatan bara
Jalan yang mana harus kami lalui
Jalan lurus mereka halangi

Kita dibiar terapung
Di awangan cinta
Diperbudak-budakkan saja
bagaikan boneka cinta

Kerana kebangsawanan
Dan sandiwara mereka
Dua hati menjadi beku
Rela dilempar ke gurun debu...
Walau apa hadapi bersama
Demi cinta..
Cinta kita.

~ Siti Nurhaliza ~

Sep 18, 2009

Salam Aidilfitri...



Salam Aidilfitri aku ucapkan untuk semua yang menyambutnya. Ampun maaf kalau ada salah silap sengaja ataupun tak. Raya ni aku just sambut kat serdang, takde plan nak pergi memana pun. Bangun pagi, makan apa patut pastu tengok tv sambil merehatkan otak dan badan. Aku dah bercadang nak menutup pintu umah. Haha. Malas nak melayan bebudak yang datang. Biarlah. Aku bosan tahun ni. Titik!
Dalam hidup ni, aku jarang meminta. Kadang benda yang aku dapat ni pun sebab orang nak bagi aku, bukan sebab aku yang mintak. Aku takut kalau² bila aku mintak, tak dapat. Lagi satu, kalau aku mintak pun, sekali jer. Kalau tak dapat, aku takkan mintak untuk kedua kali. Dengan sesiapa pun, macam tu la perangai aku, even dengan ma dan papa aku dan orang² sekeliling. Biasalah. Tak semua benda yang kita nak tu kita akan dapat. Untuk Aidilfitri ni, ada satu wishlist aku yang tak tercapai. Biarlah. InsyaAllah ada rezeki aku nanti, even tak tahu bila. Dan untuk Aidilfitri yang bakal menjelang ni jugak, aku berharap sangat aku akan bahagia, walau dengan cara aku sendiri.

Semoga kamu semua juga akan berbahagia...

Sep 8, 2009

Raya tahun ni...


Raya tahun ni, tak banyak yang berubah. Hati aku makin terluka.


Raya tahun ni, aku tidak membuat sebarang persiapan untuk diri sendiri. Senang cakap, aku tak beraya.


Raya tahun ni, aku berjaya meloloskan diri dari paksaan untuk balik Kelantan.


Dan raya tahun ni, aku masih tidak akan memaafkan...

Sep 1, 2009

Rasa..

Sejuta rasa sukar untuk ku mengertikan
Menghimpit di hati meresahkan fikiran
Aku sememangnya insan tiada daya
Untuk memutar masa menebus segala
Mengapa ini terjadi di akhir waktu
Kala percintaan kita menuju ke gerbang
Berkali ku memujuk berkali ku rayu
Teguh pendirian sukar digoyah
Ku tangisi khilafnya diri
Sungguh aku bukan insan sempurna
Ku akui sakitnya hati
Menyakiti hatimu berulang kali
Penyesalan kini tiada berguna
Ku melangkah dengan sejuta rasa
Rasa yang hanya ku seorang tahu
Semoga pengajaran bererti ini
Bisa membuatkan diri dan hatiku
Merenung hikmah di sebaliknya
Walaupun jauh di sudut hati
Ingin kembali bersamamu
Berkongsi waktu
Namun ku serahkan pada Ilahi
Menentukan semua akan berlaku.
~ Rasa - Azharina ~
- Aku tak tahu apa yang patut aku rasa sekarang ni. Secara rasionalnya, benda tu memang tak masuk akal. Dem! -

Aug 27, 2009

Bosan!

Hari ini aku rasa sangat malas bosan nak buat keje kat opis ni. Ingat kat dia bantal peluk aku jer. Aku nak tdo! So kalo aku melanguk jer, haruslah aku kena kiss pelangkung dengan bos aku. Then, aku wat la bebanyak kuiz. Haha..


Satu..






You Are "Hey"




You are a bit of a wallflower. You're not a big fan of small talk and pointless conversation.

You tend to be more of a listener than a talker. You especially hate talking to strangers.



You are independent and very creative. You are good at expressing your thoughts, even if you keep most of them private.

Some people may see you as standoffish, but you're really a friendly person. It just takes you a while to warm up.





Dua..






You Are Likely A Fourth Born




At your darkest moments, you feel angry.

At work and school, you do best when your analyzing.

When  you love someone, you tend to be very giving.



In friendship, you don't take the initiative in reaching out.

Your ideal jobs are: factory jobs, comedy, and dentistry.

You will leave your mark on the world with your own personal philosophy.





- Tapi saya anak ke-2. Huhu..


Anyway, Selamat Berpuasa Untuk Semua..

Aug 20, 2009

DilBert Says...

NI aku petik dari email yang aku dapat semalam. It makes me smile through my rainy day..

Here are some nice Dilbert's one liners:

1.
I say no to alcohol, it just doesn't listen.

2.
A friend in need is a pest indeed.

3.
Marriage is one of the chief causes of divorce.

4.
Work is fine if it doesn't take too much of your time.

5.
When everything comes in your way you're in the wrong lane.

6.
The light at the end of the tunnel may be an incoming train..

7.
Born free, taxed to death.

8.
Everyone has a photographic memory, some just don't have film.

9.
Life is unsure; always eat your dessert first.

10.
Smile, it makes people wonder what you are thinking.

11.
It's not hard to meet expenses, they are everywhere.

12.
I love being a writer......what I can't stand is the paperwork.

13.
A printer consists of 3 main parts: the case, the jammed paper tray and the blinking red light.

14.
The guy who invented the first wheel was an idiot. The guy who invented the other three, he was the genius.

15.
The trouble with being punctual is that no one is there to appreciate it.

16.
In a country of free speech, why are there phone bills?

17.
If you cannot change your mind, are you sure you have one?

18.
Beat the 5 O'clock rush, leave work at noon!

19.
If you can't convince them, confuse them.

20.
It's not the fall that kills you. It's the sudden stop at the end.

21.
I couldn't repair your brakes, so I made your horn louder.

22.
Hot glass looks same as cold glass. - Cunino's Law of Burnt Fingers

23.
The cigarette does the smoking you are just the sucker.

24.
Someday is not a day of the week

25.
Whenever I find the key to success, someone changes the lock.

26.
To err is human; to forgive is not a Company policy.

27.
The road to success......Is always under construction.

28.
Alcohol doesn't solve any problems, but if you think again, neither does Milk.

29.
In order to get a Loan, you first need to prove that you don't need it.

......and here's the best of the lot


30. All the desirable things in life are either illegal, expensive, fattening or in love with someone else.

Aug 12, 2009

Utang Lagi..


Ini pun tag dari My Sis. Fuh! Rajin dia mengeTAG orang eh

5 Fakta Tentang Pemberi Award
1. Anak kedua bongsu dalam family
2. Seorang yang amatlah busy sampaikan nak jumpa dia setahun sekali pun payah. Ngaa..
3. Seorang yang memakai spek mata
4. Sukakan kanak-kanak. Bagus dia ni
5. A good listener

10 Fakta Tentang Diri Sendiri
1. Orang yang payah untuk diajak berbincang. Too bad!
2. Tak suka bercakap bila dalam kereta. Dengar orang bebel dalam kereta takpe cuma aku nyampuk cket² jer la.
3. Anak ke-2 dalam keluarga. Degil dalam cara aku tersendiri.
4. Suka makan coklat dan aiskrim vanilla. Pergh lama tak makan aiskrim tu.
5. Aku sukakan baby dan budak² berumur dalam lingkungan 4 tahun ke bawah. Other than that, payah la cket. Mungkin sebab budak² umo atas 4 tahun ni dah byk pandai benda² lain.
6. Boleh jadi kurang ajar kalau time mood aku meroyan.
7. Suka makan masakan mak aku + dia. Huhu sedap.
8. Boleh jadi manusia paling emosional kalo kena masa + tempat
9. Abang aku kata, aku manusia paling senang dibuli sebab aku tak melawan
10. Suka layan drama² Korea, Jepun, Kantonis. Hindustan pun aku layan... Pokoknya aku suka tengok tv

10 Penerima Award
- Belum cukup 10 eh? Haha. Cukup dah tu

Aug 3, 2009

Sesi Melangsaikan Hutang




Ini tag dari my sis..

1. Nama timangan anda?
- Angah - kalangan keluarga dan orang² kampung yang panggil aku cenggini
- Angosh - geng² time blaja kat kolej yang guna panggilan ni
- Ann - ni nama skang.

2. Anda seorang yang?
- Suka merajuk
- Cepat marah tapi cepat cool down
- Tak suka cakap banyak dan memang alergik dengan orang yang banyak cakap. Tambah² kalo kebetulan dengan mood meroyan aku.
- Selalu mengalami gejala² PMS yang kadangkala agak keterlaluan.

3. Insan teristimewa?
- Sesiapa sahaja yang masih sayangkan aku. Mekasih..

4. Lagu kesukaan?
- Buat masa ni aku layan lagu ST12 - Jangan Pernah Berubah

5. Makanan kegemaran?
- Aku tak pernah memilih bab² makan ni. Sebab tu badan aku demok. Haha..

6. Yang membuatkan aku stress?
- Orang yang cakap banyak
- Suasana yang bising
- Manusia yang tido lasak. Huh!

7. Warna kegemaran?
- purple dan putih. Buat masa ni la..

8. Benda yang mesti ada dalam beg?
- Handphone + duit.. Tapi selalu gak ada handphone jer. Lalala..

9. Kali terakhir anda menangis?
- Semalam.. Lili Buat Najah punya cerita.. Huhu

10. Tag untuk 6 rakan anda.
- Sesaper jer yang terasa nak buat..

Jul 21, 2009

Sehari Di Melaka Tropical Fruits Farm

Ini namanya unta

Buah mata kucing yang boleh dimakan dalam masa 2 minggu lagi

Rambutan.. Huhu giler banyak tak hengat


Anak jiran aku

Irfan, my little bro.

18 Julai 2009. Sabtu. Jabatan Pertanian mengadakan Family Day bertempat di Malacca Tropical Fruits Farm, Sg. Udang. Aku ke sana menaiki bas yang disediakan oleh pihak jabatan. Aku tak ambil bahagian dalam mana² acara pun. Masa yang ada aku habiskan dengan berjalan² di sekitar kawasan, tgk binatang² yang ada. Burung unta pun ada tapi aku tak snap gambar dia. Gerak balik pukul 5.30 tapi pukul 5 aku dah pengsan tido pengsan dalam bas. Penat! Nama aku naek dalam cabutan bertuah, aku dah balik masa tu. Ada opismate yang tolong ambilkan. Mekasih la bebanyak. Dapat Toaster Oven. 1st time aku rasa bertuah. Haha...

Jul 12, 2009


Weekend..
Bertapuk kat opis. Keje di hujung minggu laa benda yang paling memenatkan. Plus membosankan. Tapi semalam dapat jugak aku tengok wayang citer Transformers tu. Ho yeah.. Sangat best la itu muvie. Macam nak tgk lagi 40 kali. Haha. Sengal.. Si kembar hijau dan merah itu sangat cute.
Okeh, sambung keje...

Ann - Apa lagi yang aku tunggu? Terkadang hati mendesak inginkan jawapan...

Jul 7, 2009

Weekend..
Not bad. Cuma ada sesetengah perkara yang aku silap buat keputusan. Menyesal? Tak. Benda dah terjadi. Cuma benda ni memang akan meninggalkan kesan kat hati aku. Mungkin hanya sementara, atau mungkin juga akan memakan masa yang lama untuk pulih. Aku tak berani nak katakan apa².. Yang pasti, waktunya bukan sekarang..
Saat² bersendirian, aku tersedar yang tempat aku bukan kat situ. Aku tak sepatutnya berada kat situ, waktu itu. Wrong time at the wrong place.. Haih...
Niat nak tengok Transformers terpaksa dipendam dulu sebab tiket memang macam goreng pisang panas. Atau mungkin jugak filem tu akan jadik macam cerita GENG yang aku masukkan ke dalam senarai BLACKLIST aku semata² sebab aku tak berpeluang nak menonton. Keinginan meluap² nak tgk filem tu waktu itu terpaksa aku batalkan sebab takde orang ajak aku. Atau lebih tepatnya takde orang nak bawak aku gi tonton filem tu. Takpelah. Benda dah lama lepas. Aku dah simpan jadik sejarah. Dan sejarah mungkin berulang...

Untuk kakak - Terima kasih la bebanyak atas kesudian awak nak pam balik hati saya yang dah kecik tu. Tapi bila dah besau, awak nak cucuk tu tak takut saya meletup ke?

Ann - Terima kasih untuk segalanya. Yer segalanya. Dan maafkan aku sebab masih lagi berkecil hati, jua berjauh hati..

Jul 1, 2009

Ulser

Minggu ni aku dapat 2 bijik ulser dalam mulut, tapi yang sebelah ni aku guna inche Gugel untuk carik gambar, bukan gambar mulut aku even tempat ulsernya sama. Lagi satu ada kat sebelah dalam pipi kanan. Ditambah dengan kerja yang menimbun, mmg menambah semangat aku untuk marah orang. Dengan keadaan sakit mulut macam ni (gigi pun jadik sakit kesan dari ulser ni), aku tak suka orang ckp banyak² dengan aku. Tak suka! Haih...

Jun 24, 2009

Menanti Cinta - Kris Dayanti

Sejak lama aku berdiri
Dalam sepinya rongga hati
Tak satupun guru mampu menjawab

Hanya padaMu ku bertanya
Lewat setiap sujudku ini
Siapakah nanti cinta untukku

Wahai penilai hati lihat batinku
Nyaris bernanah karna luka tersayat
Merana menantikan kisah dan kasih hidupku

Rahasia itu hanya Kau yang tahu
Namun aku tak mau jadi tuna cinta
Tuntun hatiku dalam sabar menanti jodohku

Hanya padaMu ku bertanya
Lewat setiap sujudku ini
Siapakah nanti cinta untukku

Wahai penilai hati lihat batinku
Nyaris bernanah karna luka tersayat
Merana menantikan cinta dan kasih hidupku

Rahasia itu hanya Kau yang tahu
Namun aku tak mau jadi tuna cinta
Tuntun hatiku dalam sabar menanti jodohku

Rahasia itu hanya Kau yang tahu
Namun aku tak mau jadi tuna cinta
Namun harus ku ihklaskan semua nasib cintaku...
PadaMu...

Jun 23, 2009

Apdet Dengan Cepat..

You Are Conditioner
You are naturally nurturing and calming. You smooth things over.
You can have a neutralizing effect. You can deal with chaos well.

You are encouraging and supportive. You have a gentle touch.
You are generous and bighearted. You have a lot to give.

Generous and bighearted.. Huhu. Tapi skang ni hati aku dah makin kecik.

You Are a Carnation
You are down to earth and grounded.
You tend to be more traditional than trendy.
Your confidence gets you through anything.
People trust you and are very loyal to you.

What Your Name Says About You
Your name says that you are mostly:

Ambitious but stubborn

Your name also says you are:

Charismatic but impulsive
Energetic but impatient
Independent but distant

Pepagi morning merayau kat blog kakak then terjumpa kuiz ni. Lama tak layan + lama tak apdet blog, so try jer buat. At least boleh apdet blog dengan cepat.
Skang ni tak banyak masa leh diluangkan dengan kawan². Time kat opis mmg dah takleh nak berYM mcm dulu. Sesekali mencelah boleh je. Tapi kalau nak spend borak panjang, mintak ampun la

~ Ann - Sesekali terasa seperti aku sedang menipu diri sendiri, tetap menganggap aku sedang berbahagia even hati aku ni kadang² rasa macam kena toreh dengan pisau toreh getah tu. Tapi hidup ni bukan panjang mana pun kalau nak dibebankan dengan segala macam permasalahan tu. Kan kakak?

Jun 8, 2009

Weekend..


Semalam pergi menonton Jangan Pandang Belakang Congkak bersama abang dan adik² saya. Ok gak laa kalo nak tonton sebagai hiburan nak melupakan kesengalan otak untuk sementara. Memang sengal watak 3 ekor tu time nak bertukar. Haha.. kiranya weekend ni quite good la for me. Hari ni aku akan out station ke PD - Tiara Beach Resort. Khamis akan kembali ke Putrajaya. Haih.. Aku pasti akan rindukan dia. Sangat²...

Untuk dia..
Aku sayang Kamu.

Jun 1, 2009






Apakah ini perasaan yang dikatakan sebagai 'mati' sebelum mati?...

May 26, 2009

dIskRimINasI >:)

Semalam aku terbaca pasal dabel standard kat blog kakak, aku setuju sangat² tentang perkara tu. Dah jadi kat mana² dah pun benda ni. Kat rumah pun ada. Diskriminasi antara adik-beradik, perbezaan kasih sayang ibu bapa antara anak² mereka. Haih! Kebanyakannya berkisar tentang anak lelaki akan dilebihkan berbanding anak perempuan walaupun anak lelakinya bukanlah boleh diharap sangat. 
Kalau anak perempuan hulurkan RM200 sebulan dan anak lelakinya hulur RM100 sebulan, belum tentu apa yang dihulur anak perempuan akan disebut. Kadang tak mengharapkan untuk disebut depan jiran² pun, cukuplah sekadar kalau apa yang dihulur tu diingati
Tapi kalau nak dicakap² benda ni pun, diskriminasi lelaki perempuan ni dah berlaku pada zaman jahiliah lagi. Sekarang ni pun dunia dah akhir zaman, so tak mustahil pun benda² macam ni timbul balik. Jangan nanti ada yang sanggup buang anak perempuan semata² sebab tak dapat anak lelaki dah laa
Haih. Aku sangat emo hari ini. Ada bahu yang sudi dipinjamkan?

May 14, 2009

Lamanya tak mengapdet. Sedikit kelam kabut dengan hambatan waktu yang tak pernah cukup sebenarnya. Dah 2 minggu tak masuk opis, membontoti bos aku out station. Haha.. Minggu ni aku dah kat opis. Penat tapi happy sebab leh lari dari suasana opis sekejap. Walau keadaan jiwa masih sakit, aku masih boleh berpura-pura senyum dan ketawa. Bukan susah pun. Sengih jer walau hati menangis. Lagipun aku dah terbiasa dengan keadaan macam tu. Dan mulai esok, aku tahu aku akan semakin tension.. Haih!

~ Saat Menghirup keenakan kopi panas pagi tadi, hati tiba-tiba merindui seseorang yang mengajar aku untuk menikmati minuman ketika masih panas... ~~

Apr 24, 2009

Orang-orang tua selalu mengaitkan kehadiran kalkatu dengan hujan. Kata mereka, kalau kalkatu banyak menandakan hari akan hujan. Benarkah? Entah mengapa, sejak kebelakangan ini aku sepertinya memelihara sekumpulan kalkatu di dalam hati aku...

~ AnNessa ~

Apr 21, 2009

Terima Kasih..


Entri untuk kamu.
Aku hanya ingin menyatakan rasa terima kasih.
Untuk semua kasih sayang yang tercurah.
Untuk semua kesabaran.
Untuk semua pengorbanan. Masa dan tenaga.
Untuk keberadaan kamu di sisi aku setiap kali aku memerlukan.
Tak lupa juga..
Untuk setiap kesakitan.
Untuk setiap kelukaan.
Untuk setiap titis airmata yang gugur di pipi.
Aku menganggap itu hanya sebahagian dari pengalaman hidup.
Semoga boleh mengajar aku untuk lebih kuat.
Terima kasih juga..
Kerana masih ada di sini...
Aku tidak pandai menyatakan, namun aku tahu kamu juga tahu..
Segalanya..
Titik!

Apr 16, 2009

Pergi...

Pergi ~ Aizat

Sayu terpisah
hikayat indah kini hanya tinggal sejarah
berhembus angin rindu
begitu nyamannya terhidu wangian kasihmu
hujan lebat mencurah kini
bagaikan tiada henti
kaulah laguku kau irama terindah
tak lagi kudengari
kau pergi.. pergi..
sepi tanpa kata
terdiam dan kaku tak daya kau kulupa
apa pun kata mereka
biarkan kenangan berbunga di ranting usia

I Go - Pete Teo

So long, fare thee well

The dancer and the dancing days have taken leave and fell

So turn down this bed of stone

Quench me with the deadly nightshade from the rose that you belong

The long December rain is falling now

Running down on streets to nowhere

Music is my life youre my sweetest nightingale

But I cant hear it here no more

And I go

I go

Hush now, dont shake or break

Words have fallen silent like soldiers to the grave

No matter what they do or say

Lay me on the sleepy meadow by the tracks upon your face

~ Lagu penutup filem Talentime. Layan lagu ni jer skang... ~

Apr 13, 2009

Memori Hujung Minggu

Laily, Nora a.k.a Bonda, Me & Far

Me, Far, Tim & wife (Kayna), Laily

Sabtu, 7.45 malam, Midvalley Megamall

Ahad, 7.00 malam, KLCC

Hujung minggu yang aku habiskan dengan kawan² sekolej dulu, memang memenatkan. Tapi seronok sebab dah lama aku tak jumpa diorang. Filem Jangan tegur tu kiranya tak rugi la kalo g tengok. Sound effect dia mmg leh wat jantung korang gugur. Tapi yang paling meninggalkan kesan dalam hati aku, filem Talentime ni la. Tak ramai yang leh terima cerita Yasmin Ahmad. Kitorang pun pada mulanya gelakkan jer kawan yang nak belanja kami. Kat dalam panggung pun still gelak, macam salah masuk panggung jer rasa. Tapi bila dah start tengok, mmg best. Ada elemen kelakar, sedih, sengal. Bahasa &%*#@ pun ada dalam tu. Huhu.. Part yang peling menyentuh hati, part last. Memang kitorang menitiskan air mata. Soundtrack pun memuaskan hati. Banyak lagu best.

"Aku boleh berhenti menemui dia, tapi kau kena tolong ajar hati aku macam mana nak lupakan dia.. Sebab hati aku tak tahu macam mana..."
~ TalenTime ~