Jul 21, 2011

Minggu Yang Panjang..


Isnin
Rakan sekerja MC, dan aku kena ambil alih kerja² dia yang aku tahu akan sangat² memenatkan sementelah lagi hari Isnin adalah hari untuk beli stok dan susun stok. Haiyoh pagi² lagi dah menaikkan darah aku laa.. Budak² pulak macam ulat beluncas dan secara automatiknya aku menjadi perempuan pemakan budak minggu ni...


Selasa
Rakan sekerja dah datang bekerja, ringan la sikit beban tugas. Nasib baik la cikgu sekarang ni dah makin ok dengan aku, dah boleh tolak ansur. Makin serasi agaknya. Bekalan air paip pulak buat hal, kena menadah la jawapnya. Tambah lagi satu siksa, ada budak yang 5 6 kali masuk tandas dalam masa 10 minit, memang la kena tengking dan makan cubitan aku. Heh!


Rabu
Kurang memenatkan. Tapi minggu ni mood aku memang la agak kurang menyenangkan hati. Pantang salah sikit, aku akan kecik hati. Dah tiba masanya kot.


Khamis
Hari ini.. Memang menyerabutkan otak, menyakitkan hati. Ramai yang buat hal yang sangat² menyakitkan jiwa raga aku. Ada budak hilang, nak mengadu berkongsi rasa pun tak boleh sebab partner sibuk dengan benda lain yang jauh lagi penting dari aku. Heh! Terpaksa terima kenyataan yang wujudnya aku ni tak sepenting mana. Hahahaha. Damn you laa!


Jumaat
Aku selalu tak sabar untuk menghabiskan Jumaat sebab petangnya nak balik ke serdang, bersenang-lenang bersama keluarga. Ho yeah! Harapnya esok akan berjalan dengan lancar. Aminnn...

Jul 11, 2011

Setia..


Setia..
Cuma satu perkataan..
Tapi besar ertinya..
Dulu selalu doa kat Tuhan..
Moga dipertemukan dengan lelaki macam ni, lelaki macam tu..
Banyak jugak ciri-ciri yang aku letak..
And most of the ciri-ciri tu fulfilled laa..
Tapi...
TAPI...
Aku lupa nak masukkan satu ciri ni..
Setia..
Salah aku la kot kan kalau-kalau dipertemukan dengan lelaki yang tak setia?
Payah sangat ke nak setia?
Entahlah.. Semuanya bergantung pada kehendak hati..
Kalau nak kira bab manusia, semuanya manusia..
Semuanya ada perangai yang tak pernah cukup dengan apa yang dia dah ada..
Lumrah la tu sebagai manusia..
Tapi ada manusia yang boleh kawal perasaan..
Dan ada yang tidak..
Pada perempuan yang dikurniakan seorang lelaki yang setia, bersyukurlah...

..::  Aku harus belajar menerima hakikat bahawa kamu juga manusia biasa.. Punya lumrah seorang manusia biasa... ::..

Jul 8, 2011


Benarlah kata orang tua²..
Bila orang tua kata tidak, mesti ada sebab..
Dan semestinya sebab itu adalah buruk..
Bila cinta tak direstui, mesti ada something wrong yang mak ayah nampak - yang tak elok pada matanya dan mungkin akan membawa kemudaratan - tapi selalunya kita akan menentang..
Sebab kononnya fikiran kolot mak ayah mana nak sama dengan fikiran orang zaman sekarang..
Padahalnya bila dah jatuh cinta, kita akan buta dan tuli..
Bila dah terhantuk, baru nak terngadah..
Bila dah kena tipu, baru nak fikir kata² mak ayah dulu..
Padan muka!
Itulah akibatnya derhaka kat mak ayah..
Sekarang kau tanggunglah semuanya..
Kau mana ada tempat nak mengadu lagi?
Kau nak undur balik? Cuba fikir masa, tenaga dan duit yang kau dah laburkan..
Membazir macam tu jer?
Sekarang kau kena tanggunglah akibat perbuatan kau..
Dalam dunia ni karma tu wujud..
Kita buat orang, orang akan buat kita..
Jadi terimalah hakikatnya kau sekarang ni tengah terima balasan atas perbuatan² kau yang dahulu..
Ok?
Lepas ni kalau ada benda lain yang jadi lagi, kau kena ambil keputusan betul²..
Mungkin bukan jodoh kau dengan dia..
Mungkin takdir kau telah menulis kisah yang jauh berbeza..
Ambillah sebagai pengajaran..
Lain kali jangan ingkar cakap mak ayah..
Tapi jangan sesekali memaafkan manusia² jalang dan jantan lahanat yang telah buat kau sengsara..

:: Membebel di petang Jumaat ::

Jul 6, 2011

Setelah sekian lama...


Assalamualaikum..
Lama sungguh tak mencoret di sini..
Banyak masa dihabiskan di Facebook tapi sejak kebelakangan ni, banyak kedukaan yang aku dapat dari FB.
Masih lagi bertahan..
Betullah apa yang aku katakan selama ni..
Kadangkala ada kesilapan yang tak perlu dimaafkan..
Bagi aku perkataan maaf tu dah lama x wujud.
Aku belajar untuk tidak memaafkan sejak aku mengenali kamu.
Kamu yang mengajar aku - setiap kesilapan layak dimaafkan..
Mungkin. Tapi bukan kesilapan kamu.
Kenapa?
Kerana kamu adalah manusia yang menganggap kemaafan adalah terlalu murah..
Semalam buat silap, hari ni mintak maaf..
Dan esok akan mengulanginya lagi kerana kamu fikir..
Apa salahnya? Setiap kesilapan layak dimaafkan, bukan?
Kamu mengajar aku untuk menjadi seorang pendendam..
Dan terima kasih untuk itu.