Sep 26, 2008

Selamat Hari Raya..


Assalamualaikum semua.. Ini entry last sebelum saya mula bercuti untuk hari raya yang bakal menjelang tiba tak lama lagi. Jadi di kesempatan ini saya nak mintak ampun maaf untuk sesiapa jer yang berkunjung ke teratak saya ni. Mungkin tanpa saya sedari, ada tulisan yang menyakitkan hati sesiapa. Saya hanya manusia biasa yang kadang menaip mengikut perasaan..

Untuk yang akan balik kampung, hati² di jalan. Jaga diri anda sebaiknya. Duit raya untuk saya mana yer? Ekekek. Saya sayang anda semua...


Ann - InsyaAllah sebelum terbit fajar Ahad nnt, saya dan keluarga akan memulakan perjalanan balik kampung. Saya balik kelantan..

Sep 22, 2008

Tunggu Bas..

Tahu tak, cinta sebenarnya sama seperti seseorang yg menunggu bas. Bila bas tu datang, awak tengok bas tu dan awak kata pada diri awak,

"Eee... penuhnya... tak de tempat duduk."

Jadi, awak katakan pada diri awak,

"Saya akan tunggu bas yg lain."

Awak pun biarkan bas tu berlalu dan awak tunggu pulak bas yg lain. Kemudian, datang pulak bas yg kedua. Awak tengok bas tu dan awak akan cakap,

"Eee... bas ni buruk sgt... mesti tak selesa. Dan mungkin bas ni akan rosak kat tengah jalan."

Jadi, awak pun biarkan bas buruk tu berlalu dan awak bercadang untuk tunggu bas yang seterusnya. Setelah beberapa ketika, datang lagi sebuah bas. Bas yg datang tu kosong, tak penuh dan tak seburuk bas yg tadi tapi kali ni awak kata,

"Emmm.... takde air-cond... cuaca pulak panas. Lebih baik saya tunggu bas yg lain."

Dan sekali lagi awak biarkan bas tu berlalu dan awak bercadang utk menanti bas yg seterusnya. Tiba-tiba awan mula gelap, cuaca semakin mendung dan baru awak perasan yg awak pula dah terlambat rupanya. Awak mula panik dan terus naik bas yg datang ketika itu, walaupun bas itu tak sebegitu sempurna. Dan kemudian barulah awak sedar bahawa... awak dah naik bas yg salah. Jadi, selama ni awak dah membazir banyak masa dan wang untuk menunggu apa yg awak nak.

Walaupun yg datang tu adalah bas yang berair-cond, adakah awak dpt pastikan bahawa bas tu tak akan rosak di tengah jalan atau mungkin bas tu tak terlalu sejuk untuk awak? Jadi, (terutamanya golongan perempuan) lelaki pun samalah, mengingini apa yg awak idamkan tu memang tak salah. Tapi, tak salah juga kalau anda sanggup memberi satu peluang pada orang lain, kan? Sekiranya awak dapati "bas" itu tak sesuai dengan awak, apa yg perlu awak lakukan hanya tekan loceng dan turun daripada bas tu.

Tapi... saya pasti awak semua tentu ada pengalaman yg macam ni. Awak nampak sebuah bas datang (tentulah bas yg awak nanti-nanti kan), awak tahan bas tu tapi pemandu bas tu pulak buat tak faham dan pura-pura buat tak nampak awak dan terus berlalu tinggalkan awak! Hahahaha.... Bila ada bas yang lalu melintasi saya macam tu, apa yang saya lakukan ialah BERJALAN!

Bodoh sebenarnya untuk mengejar bas tu sebab setiap kali, awak akan terjatuh dan menyakiti diri awak sendiri. Jadi, bercinta tu adalah ibarat menunggu bas, sama ada awak nak naik dan beri peluang pada bas tu... semuanya terpulang pada diri awak. Dan bila awak berjalan, awak sebenarnya cuba melarikan diri daripada cinta!

Saya cilok dari e-mail yang saya dapat...

~Ann - Saya masih lagi di perhentian bas...

Sep 17, 2008

Memberi Dan Menerima..


Petang semalam, balik dari pejabat terus menuju ke bilik. Penatnya terasa macam nak pengsan. Adik lelaki saya muncul dari bilik dia, menghulurkan satu bungkusan..
"Apa ni? Birthday aku lagi sebulan.."
"Anggap jer birthday in advance.."
Haha.. Tak pernah² dia bg saya hadiah. Apa ada dalam bungkusan? Tu.. Gambar kat atas tu.. Benda tu la yang dia bg saya.. Walaupun saya bukan jenis yang suka sembur perfume kat badan, hanya sapu losyen jer tapi terharu laa jugak sebab saya jarang diberi hadiah.. Huhu. Nampak sangat tak disayangi. Miahahaha :p
Semalam pun saya beli kain pelekat untuk papa saya. Saya tak pernah beri sebarang hadiah untuk papa. Hampeh bukan? Bila boss saya tgk, ayat ni keluar dari mulut dia..
"Sayang papa ehh Ann?"
Saya hanya tersengih sumbing..
Yerp.. I love my papa. My mum too.. And u all too :D
Dan hari ini, saya belikan sehelai tudung untuk mak saya. Hanya itu yang saya mampu beri. Gaji saya semput ini bulan yer :D Hope she'll like it..
Menu hari ini menurut mak saya, singgang tulang lembu + limpa goreng kunyit.. Ho yeahhhh!!
Selamat berbuka untuk semua..
*Chow!

Sep 16, 2008

Kisah Dari Email..


Credit to Flickr

Saya dapat kisah ini dari email yang masuk ke dalam Inbox.. Ingin berkongsi dengan sesiapa yang mungkin membaca...

Mulailah Memberi...

Seorang wanita cantik, kaya, dan hidup sempurna secara ekonomi dan fisik, merasa ada yang kurang dalam dirinya. Suatu hari, ketika tidak tahan dengan himpitan kekosongan dalam hidup, dia mendatangi psychology, dan bercerita. Ia ingin merasa bahagia.

Maka si psychology memanggil seorang wanita tua penyapu lantai dan berkata kepada si wanita kaya, "Saya akan menyuruh Rabi'ah untuk menceritakan kepada Anda bagaimana dia menemukan kebahagiaan. Saya ingin Anda mendengarnya. "

Si wanita tua meletakkan gagang sapunya dan duduk di kursi dan menceritakan kisahnya: "OK, suamiku meninggal akibat malaria dan tiga bulan kemudian anak tunggalku tewas akibat kecelakaan. Aku tidak punya siapa-siapa. Aku kehilangan segalanya. Aku tidak bisa tidur, tidak bisa makan, aku tidak pernah tersenyum kepada siapa pun, bahkan aku berpikir untuk mengakhiri hidupku. Sampai suatu sore seekor anak kucing mengikutiku pulang. Sejenak aku merasa kasihan melihatnya.

Cuaca dingin di luar, jadi aku memutuskan membiarkan anak kucing itu masuk ke rumah. Aku memberikannya susu dan dia minum sampai habis. Lalu si anak kucing itu bermanja-manja di kakiku dan, untuk pertama kalinya aku tersenyum.

Sesaat kemudian aku berpikir, jikalau membantu seekor anak kucing saja bisa membuat aku tersenyum, maka mungkin melakukan sesuatu bagi orang lain akan membuatku bahagia. Maka di kemudian hari aku membawa beberapa biskuit untuk diberikan kepada jiran yang terbaring sakit di tempat tidur. Tiap hari aku mencoba melakukan sesuatu yang baik kepada setiap orang. Hal itu membuat aku bahagia tatkala melihat orang lain bahagia. Hari ini, aku tak tahu apa ada orang yang bisa tidur dan makan lebih baik dariku. Aku telah menemukan kebahagiaan dengan memberi."

Ketika si wanita kaya mendengarkan hal itu, menangislah dia. Dia memiliki banyak hal yang bisa dibeli dengan wang namun dia kehilangan sesuatu..

~~ Gambar di atas tiada kena-mengena dengan kisah tu :D ~~

Sep 15, 2008

Hati...


Ramai wanita yang meminjam hati laki-laki, tapi sangat sedikit yang mampu memilikinya.
~ Kahlil Gibran ~

Ann - Ramai lelaki mampu memiliki hati wanita namun sangat sedikit lelaki yang menghargai apa yang dimiliki...

Sep 10, 2008

Haih!!

Kat opis skang ni, semua browser selaen daripada IE telah diharamkan. Menyakitkan hati betul.. Bila guna IE, blog saya jadik kembang, macam tuannya.. Huhu. Ikon senyuman pun dah takde. Saya sangat tensen skang ni. Bila saya menjengah blog kawan² menggunakan IE, kebanyakan sidebar telah ghaib dari pandangan saya. Jadi macam mana saya nak tinggalkan jejak yer? Maknanya kena kembali jadik pengunjung bisu la gamaknya..
Ann - Saat ni terasa nak bom jer server jabatan :evil:

Sep 8, 2008

Todd Harris Goldman and David & Goliath, Inc said :

Boys are stupid. Throw rocks at them.
:mGelak:
~~

Johanna said :

Boys are stupid.
Some men too.
Throw rocks at then.
Pots and pans too.

~ 5 Tahun 5 Bulan ~
- Hlovate
:okay:
~~

Me said..
JANTANs are stupidosh!!
Idiot too..
Kill them!
@ayuk

Sep 5, 2008

Block Sana Block Sini..

:ayokona:
Ini kisah pagi tadi. Saya dikejutkan oleh adik saya yang berumo 6 tahun itu utk bangun mandi. Waktu tu jam menunjukkan 6.30 pagi. Masih belum terlewat oke.. Yang membuatkan saya bengang adalah cara dia mengejutkan saya. Suaranya giler kuat, pastu siap tarik kaki saya. Rasa macam nak bg penendang pun ada gak bila tgk muka dia pagi tadi @tendang Aiyarkk sangat tidak senonoh kakak dia ni. Tapi siyes, saya paling pantang bila dikejutkan dengan cara macam tu. Selalunya mak saya hanya panggil nama saya kat muka pintu bilik jer dah leh wat saya terjaga. Muka pintu yer, bukan muka saya.. Tapi kadang² mak saya cakap saya ni jenis tdo mati gak. Ye ker? :mThinking:
Itu satu hal yang membuatkan paras mood saya menurun. Bila sampai kat opis, memasing bising pasal email Yahoo kena block. Erkkkkk!! Takkan email pun kena block? Saya terus terpk tentang blog saya. Jangan laa kena block jugak mcm suatu waktu dulu :takot:
Nasib baik blog saya masih berfungsi. Aiseh.. Jadik tukun la alamatnya email² saya tu yer..
Apa punya kes laa jabatan ni nak block email Yahoo tu :snow09:

Sep 3, 2008

Kad Raya

Salam Ramadhan semua..
Baca tajuk mcm saya ni tak sabar² nak raya ehh? Huhu.. Tadi saya selongkar laci meja kat opis saya ni, tak taw apa yang saya cari. Sajer abiskan masa yang masih bersisa. Terjumpa kad² raya tahun lepas dari teman² yang masih sudi. Ada satu kad yang mengusik hati saya. Kad raya yang 'design'nya sama dengan apa yang saya beri untuk si penghantar. Kebetulan. Sebab saat saya menerima kad kirimannya, kad untuknya telah selamat saya pos. Kad yang sama, pin yang sama.. Terima kasih..
Tahun ini, agak² ada ke yang nak bagi saya kad raya? :mThinking:
Duet raya mcm mana?
Hahaha..
Saya dah terlalu tua untuk itu :eheh:

Sep 2, 2008

Tiada Tajuk..

I
Masa tgh termenung kat opis pepagi morning ni, saya teringat iklan Celcom 1+5. Ada sorang pompuan pegang sepanduk yang bertulis..

WILL U MARRY ME? :puteh_2:

Haha.. Terdesak sangat nampaknya. Agaknya kalau saya pegang sepanduk mcm tu, dok tepi jalan..
Mcm mana ye?
Mesti ramai yang menghampiri saya..
Dan menawarkan khidmat penghantaran ke Pusat Sakit Jiwa @ayuk


II
Hari ni hari kedua kita berpuasa. Alhamdulillah dah selamat satu hari :woooh:
Untuk semua orang di sekeliling saya, saya nak mintak maaf andai selama ni saya ada tersalah kata. Saya hanya manusia biasa yang amat suka sakitkan ati orang yang menyakiti saya :argh:

~ Saat ini, lagu Tiada Lagi nyanyian Amy Search terngiang² di telinga saya.. ~
Tiada lagi yang kuharapkan..
Tiada lagi yang kuimpikan..
Biar aku sendiri, tanpa dirimu..
Bersamaku..
:sigh:
Semalam..
Bantal saya basah lagi..