Sep 26, 2007

Masih Di Sini...

aku masih di sini
di dunia ini
suatu ketika dulu
pernah jadi milik kita
namun kini ku lihat
ada cahaya yang kian suram
ada sinar yang kian hilang
ada harapan yang kian sirna
dan ada mimpi yang direnggut pergi
aku masih lagi di sini
membilang detik mengira waktu
dan akan tetap di sini
sampai waktu aku dijemput pergi...
~~ ann-nessa ~~

Sep 25, 2007

Sesekali...

"Sesekali dalam hidup,
kita perlu merenung dan berterima kasih,
pada sekian banyak perkara,
yang menemukan kita,
pada hakikat sebuah kehidupan..."
Masa nak tdo semalam, ada sebak yang bertandang. Entahlah. Naik buntu fikirkan benda yang takde kesudahan ni. Menangis lagi hati aku. Aku biarkan jer, dah terlalu penat nak pujuk ati sendiri. Sebelum melelapkan mata, ada doa yang aku panjatkan. Andai termakbul, aku sendiri tak pasti sama ada aku akan kuat nak hadapi semuanya nanti...
Bangun pagi tadi, tgk muka kat cermin. Huh! Macam orang tak betul. Mata bengkak sebab tak cukup tido. Mimpi yang bukan-bukan jer. Muka pucat mcm orang sakit. Dtg opis emosi dah tak betul. Tak pasal-pasal ada pegawai yang kena tengking. Hoh! Giler sengal tengking pegawai, dah la pegawai tu kawan papa maknanya umur dah nak sebaya papa. Apa kena ngan aku ari ni? Entahlah. Moga esok aku ada kekuatan nak mintak maaf ngan dia. Ampun pak!
Tentang aku dan dia, biarlah masa yang menentukan segalanya. Sungguh.. Aku terlalu penat. Kadang terasa nak biarkan jer semua ni berlalu mcm tu tapi sampai bila? Kadang terasa nak tinggalkan semuanya. Tapi aku tahu aku takkan boleh buat macam tu... Sebab? Hanya satu. Sebab aku sayangkan dia... Titik!
A.K.U : Andai cinta itu masih bersisa, izinkan aku untuk merasa bahagia walau hanya untuk sekali ini...

Sep 19, 2007

hanya sekadar titipan...


Teddy Bear Comments Graphics at 123glitter.com
A.K.U - untuk kesekian kalinya aku harus berdiam diri agar nanti tiada yang akan terluka...

Sep 17, 2007

Kerinduan...

Salam Ramadhan..
Pejam celik dah hari kelima kita menjalani ibadah puasa, semoga apa yang kita lakukan tu diterima Allah. Aaaminnn..
Dalam bulan puasa ni, badan cepat letih. Balik dari surau selalunya dah melepek atas katil, mata dah menuntut untuk dipejam. Bagus gak sebab bila penat2 gni, otak tak banyak dipaksa untuk memikirkan yang bukan-bukan. Pejam je mata terus hanyut ke alam mimpi.
Semalam termimpikan orang yang aku sayang. Rindu. Terlalu rindukan dia. Bukan senang dia nak muncul dalam mimpi aku. Macam tak sudi menyinggah jer. Apa-apa pun, orang tetap sayangkan kamu. Semoga bahagia selalu.
Bila dok sorang2 macam petang ni, ingat balik kehidupan yang dah dilalui. Sebenarnya banyak yang dah hilang dalam hidup aku ni. Antara sedar ataupun tak jer. Rindu.. Yer, aku rindu pada kehidupan yang lalu. Tapi masa takkan mampu untuk diputar kembali jadi seperti yang selalu dikatakan oleh ankel, kita tetap kena hadap apa yang ada di hadapan kita ni walaupun sakit peritnya mencengkam setiap langkah perjalanan kita.. InsyaAllah aku akan terus tabah. Mekasih untuk yang sentiasa ada saat aku gelisah. Ada gak kawan2 yang sanggup melayan saat2 aku sengal nak menangis.. Mekasih gak.

A.K.U - kita merenung bulan yang sama, namun mungkinkah rasa kita juga sama...

Sep 6, 2007

Mimpi...

3 hari berturut-turut lupa nak punch kad time balik opis. Ari isnin, dah turun ke lobi baru teringat kad lom punch, terpaksa naik balik. Sengal kan? Entah apa yang bersarang dalam otak ni, sampai lupa semua benda. Banyak makan semut kot, dah bersarang kat otak.
3 malam jugak laa dapat mimpi yang sama. Tak la pelik sangat mimpi tu tapi pelik gak la. Start mimpi, ann dok dlm kereta yang tgh bergerak ngan seseorang yang ann sendiri tak kenal. A guy. Destinasi tidak diketahui. Takde dialog lak tu. Memasing membisu sejuta bahasa. Bila terjaga, dah dekat pukul 4-5 pagi. Ada alamat ke mimpi gitu? Mungkin sebab dalam fikiran ni, sentiasa nak melarikan diri dari segala permasalahan yang mencengkam. Sebab tu dapat mimpi tu. Mungkin dah sampai masanya perubahan perlu dilakukan. Penat yang melanda rasanya dah tak tertanggung... Kadang rasa nak tersungkur dah. Setakat ni masih berdaya untuk bangun balik. Sampai bila? Tuhan jer yang tau sampai bila akan bertahan...
Semalam mata sebelah kanan ni gerak2. Dari petang bawak ke malam. Bangun pagi tadi pun still ada lagi. Apa petanda tu? Nak menangis ke? Menangis... Aktiviti wajib setiap hari. Biarlah. Mudah2an akan kurang kesengalan ni bila bulan ramadhan bermula.
Minggu depan, Ramadhan akan menjelma. So pada yang mengenali, ann nak mintak maaf dari ujung rambut sampai ujung kaki. Mungkin selama mengenali, ada yang terlepas kata terumpat kat mana-mana... Untuk dia, terima kasih untuk segalanya. Maaf andai selama ann hadir dalam hidup dia, banyak meninggalkan parut luka... Apa yang terjadi, bukan kita yang tentukan.

A.K.U - still looking for my place in your heart.. where should i really be?

Sep 3, 2007

“Setiap kali aku merinduimu, bintang akan gugur dari langit. Andai suatu saat nanti kau lihat langit kosong tanpa bintang menghiasi, itu tandanya aku sedang sarat merinduimu…”
Malam ini tiada satu pun bintang menghiasi dada langit. Adakah itu tandanya dia sedang merinduiku? Benarkah itu rindu? Entahlah. Mentafsir hati dan perasaan sendiri adalah perkara yang paling sukar untuk aku lakukan di saat ini.

“Tidak perlu merayu pada orang yang sudah tiada simpati. Hati kita milik kita. Bawalah hati itu dan pergilah dari situ”

“Ada waktunya, sepi menjadi lebih indah kerana di saat itu kita ada ruang untuk mengingati dan merindui.”
Benarkah sepi itu indah?…


A.K.U : masih di sini, di hentian abadi...