Sep 6, 2007

Mimpi...

3 hari berturut-turut lupa nak punch kad time balik opis. Ari isnin, dah turun ke lobi baru teringat kad lom punch, terpaksa naik balik. Sengal kan? Entah apa yang bersarang dalam otak ni, sampai lupa semua benda. Banyak makan semut kot, dah bersarang kat otak.
3 malam jugak laa dapat mimpi yang sama. Tak la pelik sangat mimpi tu tapi pelik gak la. Start mimpi, ann dok dlm kereta yang tgh bergerak ngan seseorang yang ann sendiri tak kenal. A guy. Destinasi tidak diketahui. Takde dialog lak tu. Memasing membisu sejuta bahasa. Bila terjaga, dah dekat pukul 4-5 pagi. Ada alamat ke mimpi gitu? Mungkin sebab dalam fikiran ni, sentiasa nak melarikan diri dari segala permasalahan yang mencengkam. Sebab tu dapat mimpi tu. Mungkin dah sampai masanya perubahan perlu dilakukan. Penat yang melanda rasanya dah tak tertanggung... Kadang rasa nak tersungkur dah. Setakat ni masih berdaya untuk bangun balik. Sampai bila? Tuhan jer yang tau sampai bila akan bertahan...
Semalam mata sebelah kanan ni gerak2. Dari petang bawak ke malam. Bangun pagi tadi pun still ada lagi. Apa petanda tu? Nak menangis ke? Menangis... Aktiviti wajib setiap hari. Biarlah. Mudah2an akan kurang kesengalan ni bila bulan ramadhan bermula.
Minggu depan, Ramadhan akan menjelma. So pada yang mengenali, ann nak mintak maaf dari ujung rambut sampai ujung kaki. Mungkin selama mengenali, ada yang terlepas kata terumpat kat mana-mana... Untuk dia, terima kasih untuk segalanya. Maaf andai selama ann hadir dalam hidup dia, banyak meninggalkan parut luka... Apa yang terjadi, bukan kita yang tentukan.

A.K.U - still looking for my place in your heart.. where should i really be?

3 comments:

archiq said...

wahhh... a guy lahhh... hehehehe... tak lama lagi laa nihh... bole start tempah nak pacak khemah nehh... hihihi...

ieba said...

SUKUNG!!SUKUNG!!ann mahu pacak khemah yeyye warna putih star hahaha

ann nessa said...

ciskek tul la kowang nih.. apa lak nak pacak khemah.. tapi tu ke alamat mimpi tu? muekekekek kena mintak derma la gamaknya ngan kowang, nak guna wat bayar khemah :D