Dec 23, 2008


Semalam ada 2 orang pembantu tadbir melaporkan diri untuk bertugas di tempat kerja saya..
Pagi tadi..
Orang A : Nape laa ko still kat sini? Ko tengok orang lain dah dapat keje pun.. (sambel tangannya menunjukkan gaya seperti mamak aparra!!)
Orang B : Lom ada rezeki saya nak dapat keje tetap la. Tak baek cakap macam tu..
Orang A : Sampai bila ko nak dok cni?
Orang B : Sampai saya mati..
Saat ini, hati saya dah tersiat. Kenapa la ada manusia macam ni yang saya jumpa..

Dec 22, 2008


Biarkan ia pergi..

Biarkan ia menghilang bersama kabus semalam..

Biarkan..

Saya hanya ingin menamatkan segalanya..

Tapi ada yang masih terpaksa saya hadap..

Dan selagi mata saya masih melihat,

telinga saya masih mendengar,

bibir saya masih berkata²..

Saya tahu saya akan terus terluka..
Selamat menyambut Tahun Baru dan Salam Maal Hijrah 1430 untuk semua..

Dec 16, 2008


Kurang lebih 2 minggu lagi kita akan melangkah ke tahun baru, 2009. Serasanya terlalu cepat masa berlalu. Usia akan menginjak ke satu lagi angka. Sudah lebih suku abad waktu saya di dunia ni. Entah bila penamatnya.. Moga masih panjang lagi waktu yang diberi.. Moga masih ada kesempatan untuk saya mencari kebahagiaan walau jalan di hadapan seakan semakin kelam.. Sinarnya jua makin malap. Tidak menyalahkan sesiapa, hanya berusaha sedaya mungkin cuba bangun dan melangkah.. Bermula 25hb, saya bercuti sampai 2hb.. Merehatkan otak dari tekanan kerja. InsyaAllah kita jumpa lagi tahun hadapan.
Sebelum² ni saya mengelakkan diri untuk menggodek gambar² di laman frenster kwn² saya.. Tapi tadi saya 'menggatalkan' tangan klik semua gambar² kwn² saya.. Dan hasilnya, saya mengalami tekanan jiwa yang agak serius. Terasa seperti nak bunuh orang jer skang ni...
"Aku pasrah andai kata impian ini bertukar menjadi igauan.."

Dec 11, 2008

Masih Memiliki..


Ini kejadian hari semalam..
12.45 tengahari tolak tambah
Seorang anak sedang dalam perjalanan nak gi kedai makan bersama kawan. Tetiba handphonenya menjerit..
Anak : Yer papa..
Papa : Angah kat mana ni?
Anak : On the way nak gi makan. Kat presint 9. Nape?
Papa : Ermm papa kat opis angah ni. Nak bagi duet kot² nak wat makan..
Anak : Takpelah pa. Dah nak gi makan dah ni..
End..
6.30 petang tolak tambah
Ada seorang anak nak gi mandi lepas balik keje. Dia bawak tualanya menghampiri emaknya..
Anak : Ma, tuala ni nampak tak best je kan?
Ma : Tak best macam mana lak?
Anak : Cuba tgk. Macam kotor jer dah. Bau pun tak best dah..
Ma : (mengerutkan kening.. cuba memahami mungkin)
Anak : Orang amik tuala baru dalam kabinet ehh.. Yang ni orang letak dalam washing machine.
Ma : Ko ni ngah, kalo nak tuala baru cakap jer laa.. Berbelit² cakapnya.
Anak : (tergelak besau..)
Adik : Mengong la angah ni..
Terkadang benda² macam ni la yang sikit sebanyak menyedarkan saya betapa saya masih memiliki.. Walau dah banyak kehilangan. Mekasih untuk ma + papa yang masih bersama saya. Bulan ni gaji saya tersekat cket so memang miskin tahap gaban laa :D Nasib baik tinggal dengan famili, at least masih boleh mengisi perut saya ni..
Terima kasih untuk semua..

Dec 5, 2008



Haih. Banyaknya habuk kat sini. Saya tak sempat nak mengapdet dek kerana hambatan waktu yang tak mampu saya elakkan. Minggu lepas busy dengan persiapan seminar teknikal yang akan dijalankan serentak kursus induksi kat sg congkak pada 1 Dis - 3 Dis... Dan minggu ni saya terpaksa ke sg congkak sendirian kerana benda ni la. Tak cukup staf. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar walaupun itu pertama kalinya saya menguruskan kursus tersebut sendirian. Kerjanya takde la payah sangat cuma bila sorang², risau tetap ada.
Isnin ni hari raya aidiladha. Saya tak balik Kelantan. Family saya pun tak. So beraya kat sini jelah.
Untuk semua...
Selamat berhujung minggu..
Jaga diri bebaek..
Dan..
Selamat Hari Raya AidilAdha..