Oct 31, 2007

Behind These Dark Brown Eyes...

Hidup masih macam biasa...
Masih sengal dengan keadaan sekeliling...
Mungkin makin sengal...
Semalam aku menemani seseorang menangis...
Putus cinta katanya...
Tak pernah aku lihat dia menangis...
Dia seorang yang ceria, peramah...
Tapi semalam she's totally different...
Mata yang selalu tersenyum, semalam hanya duka yang terlihat...
Bibir yang selalu ramah mengusik, semalam hanya menuturkan bicara tentang kepedihan hati yang kehilangan...
Betapa cinta mampu merubah seseorang...
Aku hanya mampu menemani...
Untuk memujuk, aku bukanlah orang yang tepat untuk dicari...
Saat hati sendiri sedang berperang, mana mungkin aku memujuk seseorang yang kehilangan orang yang tersayang...
"Maybe it's not your day"...
Hanya itu yang terlafaz...
Ya...
Masa aku belum tiba...
Mungkin aku juga akan menangis sebegitu...
Atau mungkin aku akan kaku bisu seribu bahasa...
Segalanya mungkin...
Apa yang aku harapkan, moga aku cukup tabah untuk berdepan dengan KAMU suatu hari nanti...


Nessa - I've tried not to shed any tears anymore.. N I'm still trying ^.^

Oct 29, 2007


What's Left Of Me...
Watch my life pass me by
In the rearview mirror
Pictures frozen in time
Are becoming clearer
I don’t wanna waste another day
Stuck in the shadow of my mistakes
Yeah
‘cause I want you
And I feel you
Crawling underneath my skin
Like a hunger
Like a burning
To find the place I’ve never been
Now I’m broken
And I’m fading
I’m half the man I thought I would be
But you can have
What’s left of me
I’ve been dying inside
Little by little
Nowhere to go
But going out of my mind
In endless circles
Running from myself until
You gave me a reason for standing still
Falling faster
Barely breathing
Give me something to believe in
Tell me it’s not all in my head
Take what’s left of this man
Make me whole once again
Nessa - Used to love this song so much ^.^
Weekend lepas dihabiskan dengan menghadiri rumah terbuka. Rumah terbuka kawan adik pun aku pegi jugak, mengisi perut. Lagipun lepas raya, poket memang koyak rabak sampaikan semalam terpaksa korek tabung. Tabung aku dah makin ringan, gaji jauh lagi bayangnya. Haih! What a life of me...
Nessa - Makin ditarik, makin jauh ia menghilang...

Oct 24, 2007

Kehampaan Hati...

Kehampaan Hati - Acha Septriasa


Lagu ni 1st time dengar masa tengok cerekarama. Lupa dah tajuk ceritanya. Rusdi Ramli berlakon jadik anak yang kurang cerdik. Suka dengar lagu ni walau tak tahu tajuk. Berusaha menggodek multiply mencari, akhirnya aku jumpa jugak lagu ni. Yeayy!

****

2 3 hari ni aku berusaha untuk tido awal, merehatkan diri + palotak yang semakin tak tentu hala. Dan aku berjaya. Pukul 9 dah belayar ke alam mimpi. Semalam pukul 11 dah mintak tido. Sepanjang ketensenan aku ni, rutin harian aku berubah. Semalam balik dari opis, aku lepak jap terus mandi. Yang bagusnya, aku makin rajin =) Sebelum mandi, aku kutip semua baju-baju kotor untuk dibasuh. Yang nak kena hand-wash tu aku kutip, yang tak kena hand-wash pun aku basuh sekali. Ringan tugas mak aku sikit. Semua tu aku buat semata-mata nak menyibukkan diri, tak nak fikir benda-benda yang akan lagi menyesakkan fikiran. Yang tak bagusnya, makan makin bersemangat. Ajak ma+papa ke pasar malam beli stok lauk, aku beli segala jenis kuih yang aku rasa nak makan. Hish! Buruk perangai.. Diet musnah. Takpe. Next week start balik diet. =)

Masa nak tido semalam, termenung jap. Teringat balik kata-kata seorang lecturer dulu. "Sorry No Cure".. Perkataan yang selalu diucapkan setiap kali kitorang lambat datang kelas pastu sesenang mintak maaf ngan dia. Memula terpinga-pinga tak paham. Bila diamati, baru la paham maksudnya. Melafazkan maaf memang senang namun untuk memaafkan, akan ambil masa. So jangan sesenang buat salah pastu say sorry mcm tu jer. Kan? Sejak kebelakangan ni aku makin susah untuk memaafkan setiap kesalahan orang-orang sekeliling aku. Penat barangkali. Tiba masa untuk memikirkan perasaan sendiri. I'm not that same girl anymore... <<
pinjam ayat ko ehh yan =)

Semalam time merayap ke blog-blog, tersinggah kat blog daknakal ni. Ada lagu yang pernah ditujukan seseorang untuk aku.. I Don't Wanna Miss A Thing - Aerosmith. Teringat kata-katanya, "tiap kali saya dengar lagu ni saya akan ingat kat awak..." Aku tak pasti apa kena-mengena lagu ni ngan kisah kitorang tapi whatever pun mekasih kerana selalu mengingati saya.

*********

Naluri atau hati? Buat masa ni, aku semakin keliru dengan perasaan aku sendiri. Hati tetap berdegil namun naluri mengatakan yang sebaliknya. Haih! Penat melayan perasaan sendiri. Hajatnya nak melakukan sunat istikharah. InsyaAllah....

Terpanjang lak entry kali ni. =)


Nessa - Penat jugak berperang dengan perasaan sendiri ni ehh.. Haih! ^.^

Oct 23, 2007

My Little Baby..


This is my baby. Baby Nelli. Eheh. Anak buah yang menjadi teman borak seharian. Walau tahu dia tak mengerti tapi aku lebih suka macam tu. Daripada bercakap ngan orang yang mampu mengerti tapi sengaja buat-buat tak paham. Tapi dari semalam dia balik ke puchong, umah nenek sana. Dengar kata seminggu gak kat sana. Huh! Gonna miss you so much.
Ann-Nessa - I'm still a big girl in my small cloudy world ^.^

Oct 19, 2007

Langit Yang Menangis...

Semalam on the way balik keje, aku tgk langit menangis. Tiba-tiba hati terasa pilu. Entahlah. Sayu sangat rasa. Diri yang terasa semakin dipinggirkan. Mungkin hanya perasaan aku namun aku tahu apa yang aku rasa. Banyak benda yang dah berubah. Terlalu banyak untuk dihitung. Hati terasa semakin menjauh. Makin tawar... Cuba mencari di mana silapnya namun tiada jawapan. Teringat kata-kata dia suatu waktu dulu. Keadaan berubah memaksa kita untuk berubah. Benarkah begitu? Entahlah. Yang pasti semua ni menyakitkan. Terlalu menyakitkan untuk aku redah...
" Lelaki ini yang selalu mencintamu.. Selalu tanpa ragu... "
Sepotong lagu yang pernah dinyanyikan untuk aku. Maafkan aku. Cinta milik semua namun mungkin bukan milik kita. Terima kasih atas segalanya...
" Kita umpama dua garis di dada langit, selari namun tak akan pernah bertemu..."
Benarlah kata orang, cinta tak semestinya bersatu. Lantaran antara kita jua tiada janji yang diikat, tiada ikrar yang terlafaz, mungkin aku perlu mula belajar untuk melepaskan apa yang tak ditakdirkan untuk jadi milik aku...
Nessa - Luka cinta yang ditinggalkan akan sembuh namun parutnya tetap ada...

Oct 18, 2007

Hari-hari Yang Berlalu...




10 okt - Hari untuk pulang ke kampung. Huh! Menempuhi perjalanan yang sangat memenatkan...
11 okt - Sampai kat kg lebih kurang pukul 7.30 pagi. Lelapkan mata sekejap. Penat yang teramat sangat. Dalam kereta takleh tdo langsung sebab maksu pasang lagu kuat giler nak mengelakkan dia mengantuk. Huh! Dalam pukul 9 mak kejut ajak ke pekan Tanah Merah. Giler ramai orang kat pekan. Balik umah sambung tdo =)
12 okt - Berbuka puasa kat umah makcik. Orang lain sibuk kat dapur, aku sibuk tengok tv pastu karam depan tv. Bangun jer sumer dah siap masak. Makcik sengih jer tapi sempat gak adiahkan bebelan. =)
13 okt - Selamat hari raya AidilFitri. Macam biasa bangun pagi sesi bermaaf-maafan sesama sendiri. Lepas solat Eid, gerak ke To' Uban ziarah kubur arwah atuk. Pastu singgah dari umah ke umah sedara papa. Eheh kutip duit raya. Dapat 12rm utk ari raya pertama =) Cukup la utk orang yang dah tua sikit mcm aku ni...



I'm purple that day =)

14 okt - Separuh hari melepek kat umah nenek. Aku demam! Macam yang selalu dijangka. setiap kali balik kelantan untuk beraya, aku akan diserang demam. Alahan pada perubahan cuaca lagipun cuaca kat tempat nenek aku tu memang panasnya Tuhan jer yang tahu. Tak tahan =(
Hari-hari seterusnya dihabiskan dengan membilang detik untuk pulang ke KL. Bila tiba hari nak gerak ke KL, kitorang siap nyanyi-nyanyi lagu balik KL ikut irama Balik Kampung Sudirman. Tgk muka nenek dah lain macam. Haha! Cucu-cucu yang hampeh... Time nak gerak, aku tgk ada mendung kat wajah nenek. Hujan! Dia menangis. Sunyi bila sumer dah balik tempat masing-masing, tinggallah dia sorang-sorang kat kampung. Ampunkan angah yer nek.
17 okt - Pagi melepak kat umah. Petang ke puchong, umah mak mertua adik. Lepak sana sampai pukul 8 baru gerak balik. Somebody adiahkan kek ari jadi. Mekasih... Kerana mengingati.. Alhamdulillah aku masih lagi diberi kesempatan untuk bernafas... Dah 24 umo tapi perangai.. =)

18 Okt - Hari pertama memulakan kerja. Malas yang teramat =(

Nessa - Moga masih ada sinar di hadapan jalan yang penuh liku ini...

Oct 9, 2007

Aidilfitri bakal menjelang, ampun & maaf ku pinta buat yang mengenali...
Baik yang sengaja ataupun tak...
Aku juga manusia biasa...
ann-nessa - masih mencuba untuk memafkan diri sendiri...

Oct 8, 2007

Bosan!

Bosannya bila takde benda nak dibuat

Bosannya bila ada benda yang nak dibuat tapi takleh nak buat

Bosannya bila takde keje

Bosannya bila terlalu banyak keje

Bosannya bila ada gangguan jiwa mcm skang ni

Bosannya bila rasa sedih tapi takleh nak nangis

Bosannya bila takde orang nak bercakap

Bosannya bila kena nangis sorang-sorang

Bosannya bila tak reti nak marah orang

Bosannya bila terpaksa buat benda yang kita tak suka

Bosannya bila kena senyum saat hati sedang berperang dengan kesedihan

Bosannya bila selalu kena berpura-pura

Bosannya bila rasa bosan tahap gaban mcm ni

Bosannya bila kena balik kampung time raya!!!

Bosannya bila tgk muka-muka hampeh yang aku rasa nak tembak je hari-hari...

Haih!! Sesungguhnya aku teramat bosan dengan kehidupan yang membosankan ni...

^_^

Oct 7, 2007

Kebisuan..


Membisu dah jadi satu tabiat aku yang tak boleh nak diubah. Aku lebih senang bercakap sendiri dari bercakap dengan orang yang takkan pernah mengerti apa yang aku rasa. Lebih menyakitkan andai aku juga yang dipersalahkan atas apa saja yang berlaku. Huh! Easier said than done. Dan sejak kebelakangan ni, aku makin membisu atas apa saja yang terjadi. Aku lebih suka pendamkan jauh-jauh ke lubuk hati. Rahsia di hati biarlah ku simpan sampai mati...

Oct 6, 2007

Kehidupan...


"Suara kehidupanku memang tak akan mampu menjangkau telinga kehidupanmu; tapi marilah kita cuba saling bicara barangkali kita dapat mengusir kesepian dan tidak merasa jemu."
~~~ Khalil Gibran ~~~

Oct 5, 2007

"Kesetiaan hanya teguh
andai hanya kita saja di dunia ini,
tapi kita sebenarnya bersama
ramai manusia lain.
Tuntutan kita biasanya akan dikecewakan
oleh tuntutan manusia lain itu"...

Khailee
karya Abd. Talib Hassan
1997
*****
Kerja
Minggu ni merupakan minggu ketenakan kerja. Semua kerja harus disiapkan segera sebagai bekalan untuk bercuti panjang AidilFitri nanti. Huh! Terpaksa kerja untuk weekend ni. Oleh kerana memang terpaksa so sedapkan ati ngan niat nak cari duit raya. =)
Saerah
Slot Samarinda kat TV3. Memula aku tak layan citer ni tapi bila ramai yang dok mencari MP3 lagu seribu tahun tu, terlintas nak tgk. Bila dah tgk, melekat sampai ari ni. Cuma ada episod yang terlepas bila tak dapat menahan godaan bantal peluk di bilik.. Mengantuk =) Tapi citer tu memang best. Tadi sahur ngan bubur jer, datang kerja rasa pedih perut. Padan muka kan? Eheh =)
Selamat Bercuti Untuk Semua... =)

Oct 4, 2007

Pelbagai...

u show me dewdrops
and i have diamonds
u bring me wildflowers
and i have orchids
u hold my hand
and my whole being loves u
i hope u know
how much having u in my life
means to me and how deeply
i'll always love u..
**************************************************
Mamai.. Huh! Tersangat la mamai ari ni. Kenapa? Sebab semalam tak tido. Kenapa? =) Sebenarnya dah lama aku tak wat keje giler berjaga mcm burung antu. Semalam aku wat balik perangai tu. Layan sms sampai mak bangun untuk sahur. Mak ketuk pintu bilik tanya tak nak bangun ke, padahal dia tak tahu anak dia ni belum tido. Hehe!! Mamai pun rasanya berbaloi sebab aku gembira. =) Dah lama tak spend time bersama dia.. U! Yes. U know who u are =)
********************************************************************************
Minggu depan dah nak balik kampung. Huh! Mcm mana nak membangkitkan semangat balik kampung dlm diri ehh? Kemalasan yang menebal dalam diri untuk menempuh perjalanan yang aku kira sangat memenatkan untuk balik kelantan. Lagipun setiap kali balik Kelantan, aku mesti demam. Alahan pada perubahan cuaca.. Heh! Sounds like lupa daratan ke? Ermm aku masih lagi anak jati Kelantan cuma dah terhakis sikit kot.. Lalalala =) Persiapan tak banyak. Baju jer dah siap, tudung belum beli. Tahun ini warna baju raya aku ialah pepel, warna kegemaran aku. Tambahan lagi baju tu special untuk aku tahun ni. Kenapa? =)
*********************************************************************************
A.K.U - Membisu adalah hujah yang dilontarkan dalam bentuk yang berbeza...

Oct 1, 2007

Oktober...


011007...
Oktober...
Bulan baru telah bermula...
Wake Me Up When September's End...
Sudah tiba masanya aku kembali 'bernyawa'..
Meneruskan hidup yang semakin kehilangan rentak...
Bulan September ku tinggalkan
Dengan satu harapan...
Moga Oktober menjanjikan sesuatu...
Walau jalan di hadapan masih berliku...
Walau kaki sudah penat melangkah...
Aku tahu...
Pasti ada bahagia untukku..
Suatu hari nanti..
Pasti!

A.K.U : izinku berteduh seketika merebah rindu mengubat luka demi ku menyintaimu menyayangi dirimu walaupun sekadar dalam mimpi...