Oct 18, 2007

Hari-hari Yang Berlalu...




10 okt - Hari untuk pulang ke kampung. Huh! Menempuhi perjalanan yang sangat memenatkan...
11 okt - Sampai kat kg lebih kurang pukul 7.30 pagi. Lelapkan mata sekejap. Penat yang teramat sangat. Dalam kereta takleh tdo langsung sebab maksu pasang lagu kuat giler nak mengelakkan dia mengantuk. Huh! Dalam pukul 9 mak kejut ajak ke pekan Tanah Merah. Giler ramai orang kat pekan. Balik umah sambung tdo =)
12 okt - Berbuka puasa kat umah makcik. Orang lain sibuk kat dapur, aku sibuk tengok tv pastu karam depan tv. Bangun jer sumer dah siap masak. Makcik sengih jer tapi sempat gak adiahkan bebelan. =)
13 okt - Selamat hari raya AidilFitri. Macam biasa bangun pagi sesi bermaaf-maafan sesama sendiri. Lepas solat Eid, gerak ke To' Uban ziarah kubur arwah atuk. Pastu singgah dari umah ke umah sedara papa. Eheh kutip duit raya. Dapat 12rm utk ari raya pertama =) Cukup la utk orang yang dah tua sikit mcm aku ni...



I'm purple that day =)

14 okt - Separuh hari melepek kat umah nenek. Aku demam! Macam yang selalu dijangka. setiap kali balik kelantan untuk beraya, aku akan diserang demam. Alahan pada perubahan cuaca lagipun cuaca kat tempat nenek aku tu memang panasnya Tuhan jer yang tahu. Tak tahan =(
Hari-hari seterusnya dihabiskan dengan membilang detik untuk pulang ke KL. Bila tiba hari nak gerak ke KL, kitorang siap nyanyi-nyanyi lagu balik KL ikut irama Balik Kampung Sudirman. Tgk muka nenek dah lain macam. Haha! Cucu-cucu yang hampeh... Time nak gerak, aku tgk ada mendung kat wajah nenek. Hujan! Dia menangis. Sunyi bila sumer dah balik tempat masing-masing, tinggallah dia sorang-sorang kat kampung. Ampunkan angah yer nek.
17 okt - Pagi melepak kat umah. Petang ke puchong, umah mak mertua adik. Lepak sana sampai pukul 8 baru gerak balik. Somebody adiahkan kek ari jadi. Mekasih... Kerana mengingati.. Alhamdulillah aku masih lagi diberi kesempatan untuk bernafas... Dah 24 umo tapi perangai.. =)

18 Okt - Hari pertama memulakan kerja. Malas yang teramat =(

Nessa - Moga masih ada sinar di hadapan jalan yang penuh liku ini...

No comments: