Jul 8, 2011


Benarlah kata orang tua²..
Bila orang tua kata tidak, mesti ada sebab..
Dan semestinya sebab itu adalah buruk..
Bila cinta tak direstui, mesti ada something wrong yang mak ayah nampak - yang tak elok pada matanya dan mungkin akan membawa kemudaratan - tapi selalunya kita akan menentang..
Sebab kononnya fikiran kolot mak ayah mana nak sama dengan fikiran orang zaman sekarang..
Padahalnya bila dah jatuh cinta, kita akan buta dan tuli..
Bila dah terhantuk, baru nak terngadah..
Bila dah kena tipu, baru nak fikir kata² mak ayah dulu..
Padan muka!
Itulah akibatnya derhaka kat mak ayah..
Sekarang kau tanggunglah semuanya..
Kau mana ada tempat nak mengadu lagi?
Kau nak undur balik? Cuba fikir masa, tenaga dan duit yang kau dah laburkan..
Membazir macam tu jer?
Sekarang kau kena tanggunglah akibat perbuatan kau..
Dalam dunia ni karma tu wujud..
Kita buat orang, orang akan buat kita..
Jadi terimalah hakikatnya kau sekarang ni tengah terima balasan atas perbuatan² kau yang dahulu..
Ok?
Lepas ni kalau ada benda lain yang jadi lagi, kau kena ambil keputusan betul²..
Mungkin bukan jodoh kau dengan dia..
Mungkin takdir kau telah menulis kisah yang jauh berbeza..
Ambillah sebagai pengajaran..
Lain kali jangan ingkar cakap mak ayah..
Tapi jangan sesekali memaafkan manusia² jalang dan jantan lahanat yang telah buat kau sengsara..

:: Membebel di petang Jumaat ::

No comments: