Putrajaya 26 Ogos 2008
3.24 petang
Seorang teman menangis. Saya hanya memerhatikannya tanpa bertanya apa², kerana saya tahu dia akan bercerita bila dia terasa ingin bercerita. Tidak lama, dia menghampiri. Kekasih lama datang kembali, itu katanya. Di saat dia sedang belajar untuk mencintai orang lain. Kejamnya. Kenapa tidak dibiarkan insan yang ditinggalkan itu membina hidupnya kembali.. Walaupun sendirian, itu mungkin lebih baik.
"Aku ingatkan selama ni hati aku dah cukup kuat untuk berhadapan dengan dia kalau² dia datang balik, tapi aku silap. Hati aku rapuh. Aku masih sayangkan dia. Dan aku sendiri masih tak berupaya untuk mencintai orang baru ni sepertimana aku pernah mencintai dia.."
Saya hanya mendiamkan diri. Saya faham. Bukan mudah. Saya juga menghadapinya. Bukan mudah untuk mengumpul kekuatan.
Dan saya hanya membiarkannya menangis. Saya tak pandai untuk berhadapan situasi seperti ini..
Benar. Bukan mudah...
Hari ini, hati kecil saya masih lagi menangis..

No comments:
Post a Comment