Aug 7, 2008

Ini kisah semalam, tentang adik saya yang umonya 6 tahun.. Sangat teruja untuk membaca walau merangkak. Dan saya seronok mendengarnya.. Tapi saya hangen satu badan kalau bahan bacaannya tak bertepatan. Pernah satu hari dia ambik majalah Ujang utk belajar membaca. Adeihhh.. Belum masanya dia belajar mengeja perkataan² sengal dalam majalah tu.. Pernah dia terjumpa perkataan HOK ALOH.. Haha.. Sengal saya nak mengajar *saya bukanlah tenaga pengajar yang baek @males*

Berbalik pada kisah semalam.. Kami tgh menonton berita dan dia sedang belajar membaca. Tetiba dia terpandang perkataan DAP kat skrin tv..
"Ma, kalo D.A tu bunyinya DA, tapi ada P kat belakang tu mcm mana nak sebut?"
Saya tersengih kat mak saya. Mak saya hanya menjawap D.A.P.. Nampak dia terpinga². Miahahah.. Tapi saya tak menyampuk pun sebab saya sendiri tak taw nak cakap apa.. :mThinking:

..Sejak semalam, keadaan mood saya mmg agak membimbangkan. Kadar penurunannya mencecah ke paras negatif. Saya bimbang nanti ada yang menjadi mangsa kemarahan saya yang agak kurang bertempat ni. Yang pastinya saat ini saya tidak ingin mendengar apa² pun @senamso please!! Don't say a a word :please:..

~ Untuk kamu² yang masih saya sayang, I Wuv U! :sitturtle:

2 comments:

Hajar said...

waha. teringat masa saya tadika dulu. cmtula. beria blaja mengeja sbb nk baca buku cerita Baju Baru Maharaja (The Emperor's New Cloth) tuh. kiki..

Jadi, saya memahami perasaannya. :)
Agaknya sebab tu sampai sekarang saya jadi 'hantu buku' kot? :p

AnNessa said...

ngeee~~
seb baek bukan saya yang kena ajar awak kan? >:)