Apr 10, 2008

Diskriminasi..


Ini kisah seorang teman.. Teman rapat.

Kebelakangan ni, saya melihat satu diskriminasi di depan saya. Semakin kronik kelihatannya.. Anak lelaki dimanjakan, diberi apa saja yang dipinta. Tidak bekerja untuk menolong menyara keluarga pun takpe. Nak beli rokok, duet akan dihulur. Kain baju akan dibasuh, makanan akan dihidang depan mata. Air basuh tangan akan diambil. Hanya tunggu nak suap makanan ke mulut jer. Itu pun rasanya kalau boleh disuap, akan disuap dengan tangan sendiri sampai anak lelaki itu kenyang. Kalau anak lelaki itu berumur 7 tahun, masih boleh dimaafkan tapi itu akan menjadi satu kesalahan bila anak lelaki itu sudah berumur 20 tahun. Manakala anak perempuan akan dikerah sampai habis. Pagi ke pejabat, bekerja. Petang balik rumah, harus tinggal di rumah. Hujung minggu juga kadangkala kena bekerja kerana kata ibu dan bapa, rugi andai membazirkan waktu cuti itu kalau sekadar ingin berehat di rumah. Ada baiknya ke pejabat, ada jugak hasilnya hujung bulan. Kalau nak keluar jalan² dengan kawan², harus pulang awal ke rumah. Masih ingin dihantar ke mana saja anak tu nak pergi. What the heck! Memang bagus melindungi namun jangan sampai mengongkong, menyiksa jiwa anak perempuan. Kalau anak lelakinya mengusung anak gadis orang ke sana ke mari, katanya takpe sebab anak kita lelaki. Takkan ada apa² yang berlaku. Kalau rosak pun, anak gadis itu yang akan menerima kesannya. Kenapa begitu? Adakah anak gadis itu bukan anak manusia? Jangan kerana kita di pihak lelaki, semuanya dihalalkan... Tapi bila anak perempuan ingin keluar walau hanya sekadar ingin makan², muka yang mencuka akan dihidangkan. Apa yang difikirkan, bila anak gadis sendiri keluar rumah, hanya benda jahat yang akan dilakukan. Bila hujung bulan, anak gadis akan dikikis sehingga kadang tiada apa yang tinggal untuk empunya diri. Anak lelaki ibarat raja, anak perempuan ibarat hamba yang dikerah mencari rezeki walau sudah termaktub tanggungjawab menolong keluarga lebih besar bebannya atas bahu anak lelaki.

Pernah terdengar keluhan dia..
"Agaknya kalau aku dilahirkan pada zaman Jahiliah, dah lama aku dikuburkan hidup².."
"Kenapa?"
"Sebab aku perempuan"
~~~

~~ AnNessa - Andai suatu masa nanti saya ditakdirkan untuk menjadi ibu, saya berharap anak saya tak akan menerima nasib sedemikian.. Pedihnya bila segala usaha tak pernah dihargai. ~~

No comments: