Apr 14, 2008

Tabiat Pelik..

Pagi tadi dalam perjalanan ke pejabat, saya mendengar radio HotFM dan HotChat berkisar tentang tabiat pelik seseorang. Fafau menceritakan tabiat kawan adiknya yang suka makan nasi dulu sebelum menyentuh lauk yang dalam pinggan tu. Hoho! Itu pelik ker?
Kalau itu pelik, saya baru tersedar yang tabiat saya selama ni pun pelik la (kot (^_^)).. Sebab tabiat saya lebih kurang macam tu laa. Saya akan menghabiskan nasi+sayur (kalau ada), barulah saya akan makan lauk yang ada dalam pinggan saya. Sebab saya suka ratah lauk. Dari kecik mmg tulah perangai saya. Hingga mak saya memanggil saya kucing kepala hitam sebab suka ratah lauk. Jadi satu²nya cara saya nak ratah lauk tanpa kena marah ialah menghabiskan nasi saya dan ratah lauk sepuasnya selepas itu. Dan perangai itu terbawa² hingga sekarang.. Jadi orang yang rapat dengan saya dah memang paham+masak dengan perangai sengal saya tu..
>> Selesai entry ini saya taip, saya menerima berita kematian salah seorang rakan sekerja (dia bekerja di aras 11 bahagian pengurusan). Kemalangan dilanggar bas. Arwah suka mengusik, peramah. Arwah jugak laa yang memanggil papa saya tu Pak Misai. Terakhir kali saya melihatnya pada petang Jumaat lepas, dia sempat melambai dan memberikan flying kissnya. Rupanya itulah kali terakhir saya melihatnya. Al-Fatihah.. <<
~ AnNessa - Hari sabtu saya sekali lagi ke Pesta Buku. Dan saya ada beli buku yang bertajuk Don't Be Sad karya Dr Aidh Al-Qarni. First time nampak buku tu, hati saya tertarik tapi setakat ni saya hanya sempat melihat² isi kandungannya, belum sempat untuk membacanya. Tunggulah.. ~

No comments: