Aug 23, 2007

P.E.N.A.T

Salam penuh kepenatan..
Minggu yang penuh dengan kepenatan. Penat otak + badan. Semalam pukul 9 baru bertolak balik dari opis, terpaksa siapkan bahan-bahan untuk seminar yang nak diadakan pagi ni, petang ni akan terus bertolak ke bangi untuk majlis makan malam jasamu dikenang. Majlis untuk para pesara. Esok ada majlis hari kualiti jabatan kat serdang tapi nasib baik tidak dilibatkan sama...
Dalam kesibukan melayan penat badan, sekurang-kurangnya boleh membantu aku untuk berhenti memikirkan sesuatu untuk seketika. Walau ada juga yang terselit namun aku boleh memesongkan fikiran tu ke arah keje yang lain. Tak dinafikan ada hal yang makin meruncing, menuntut seluruh otak aku untuk bekerja.
Pernah ada yang kata aku ni jiwa sakit. Ehehe.. Jiwa sakit tu sama tak dengan sakit jiwa?
Biarlah. Perjalanan hidup yang terpaksa aku tempuhi selagi ada hayat.

* A.K.U - hari ni langit masih lagi menangis..

No comments: