Aug 7, 2007

Gath 0408...

Tanggal 4hb ogos, gath kali kedua selama aku join blues community. Best! Mekasih untuk yang hadir memeriahkan majlis, at least leh lari jap dari pk benda2 yang menyengalkan palotak selama ni. Dz, mop ngan T datang jap jer. Tak sempat nak borak panjang. Eheheh.. 4hb tu leh laa dikatakan ari yang agak sengal untuk aku. Orang serdang paling lambat sampai ke gathering. Kerabat2 johor + melaka dah agak lama sampai baru laa aku tiba kat MOY. Mintak maaf pada yang berkenaan yer :D ada yang tak disengajakan…
Masa kat MOY, sempat menggodek frenster yang dah lama aku tak bukak sebab kat opis kena blok. Sengal! Dapat mesej dari kawan skola menengah dulu. Kawan yang dok sebelah katil aku kat asrama form 5. Dah kawen rupanya dia. Geng2 Kelantan semua dah lost contact. Ari tu baru jumpa balik link nak cari diorang. Tu pun sebab diorang cari aku. :D ramai yang dah kawen, ada yang ikut hubby ke luar negara. Kalau balik raya pun memang tak pernah jumpa sebab takde number nak contact. Kadang rasa wendu tu tetap ader tiap kali melintasi kawasan skola. Skola yang banyak meninggalkan kenangan pahit manis suka duka zaman remaja aku.
Lagi 2 bulan angka 3 akan aku tinggalkan. Umo makin meningkat seiring ngan tahap kesengalan palotak. Tahun ni terlalu banyak peristiwa pahit dlm hidup aku. Leh dikatakan 2007 tahun paling sengal selama 23 tahun aku diberikan ruang atas bumi ni. Terlalu banyak benda yang memberatkan langkah aku untuk ke depan. Kadang terpk untuk putus asa jer. Dah malas nak pk sumer benda. Sengal kan? Tapi mcm2 mana pun, idup kena terus gak selagi belum masanya ditamatkan. Harapan hanya 1, semoga dengan pertambahan angka ni akan membuatkan aku lagi kuat untuk menghadapi segala kemungkinan yang ada..

“Dengan perpisahan ini, kita tidak meruntuhkan apa-apa kerana kita tidak pernah membina arca kasih sayang kita…”

No comments: