Oct 10, 2008

1 + 5 = 15


Ini tag dari kakak..
15 perkara tentang diri saya..
1. Vanilla
- saya seorang yang sukakan eskrem perasa vanilla. nak dikatakan obses tu tak jugak cuma kalau g kedai untuk beli eskrem, perasa itu la yang saya capai dulu.
2. Sangat mudah berkecil hati
- hati mudah terluka. saya mmg cepat merajuk. orang² terdekat dengan saya mmg dah masak dengan perangai saya yang satu ni. dah takleh nak ubah sebab mmg dari kecik saya macam tu. sebati dalam diri..
3. Suka menangis
- ni boleh dikatakan hobi saya. bila marah, saya menangis. bila geram, saya menangis. bila sedih, lagi laa teruk saya menangis. :D
4. Pendiam
- saya tak suka bercakap. bagi saya diam tu adalah seribu kali lebih baik dalam menyatakan apa yang saya rasa.
5. Tak reti
- saya mmg tak reti nak menyatakan apa² hal pun sama ada yang berkaitan ngan hati perasaan atau benda² lain. mungkin sebab mmg tak dilatih untuk bercakap.
6. Makan
- saya suka makan coklat. dan satu²nya brand coklat yang saya suka adalah Van Houten. coklat lain payah sikit la saya nak telan.
7. Memaafkan
- saya orang yang payah untuk memaafkan dan melupakan apa yang orang buat kat saya. jadi untuk raya tahun ni, saya memang tak memaafkan sesiapa sahaja. tangguh laa dulu sampai saya rasa nak maafkan..
8. Gangguan
- saya tak suka diganggu ketika membaca, makan atau tido. kalau berani, kacau laa.
9. Novel
- dulu saya amat suka membaca novel Alaf 21 tapi sekarang ni, umo makin meningkat jadi saya dah beralih arah ke citer² genre lain. satu²nya novel alaf 21 yang masih saya beli adalah karya ramlee awang murshid. sebab bagi saya, citer yang lain hanya sesuai utk sesiapa yang hidup dalam alam khayalan macam saya dulu.. kisah yang selalunya akan berakhir dengan ' and they lived happily ever after.. '
10. Suka tido
- saya suka tido. dan tabiat itu akan menjadi² bila saya menghadapi masalah yang memberatkan palotak saya. masa tu, saya akan tdo lebih awal dan akan bangun lebih lewat dari biasanya..
11. Tinggi
- dengan ketinggian 1.61 m, saya dianggap bantut dalam keluarga saya kerana adik saya yang darjah 4 sudah hampir menyamai ketinggian saya.. dan saya juga satu²nya anak yang tembam setakat ni dalam 5 beradik yang dah dewasa.. huhu. tembam tu kata halus bagi gemuk..
12. Garang
- saya boleh jadik kakak yang paling baik tapi kalau tak kena masa dan ketika, saya boleh bertukar jadik cik singa kat rumah. suara saya boleh didengari kat umah jiran kalau time saya jerit. huhu.. jangan contohi yer.
13. Sesak
- saya pun tak suka pegi tempat yang sesak dengan orang. rasa macam lemas jer berada di lautan manusia² yang ada bermacam² jenis bau.
14. Jalan sorang²
- saya tak boleh jalan sensorang. rasa macam alien jer kalo jalan sensorang. kalau ada yang memandang, mula laa saya jalan macam budak baru ada lesen kaki.. tapi bila dah umo 25 ni, saya terpaksa belajar untuk bersendiri. sampai bila nak berkepit jer.. kan? :D
15. Oktober
- saya lahir pada bulan Oktober.. ngaaa~~
Skang saya nak tag cik Nana.. Ini duet raya untuk kamu >:)

4 comments:

Hajar said...

Ngeh~
thanks. :)

Perindu said...

isk salam cik ann mana duit raya huhu

AnNessa said...

kakak : sesama :P

che du : tunda tahun depan :P

AiRynnz said...

nak ikut g jejalan gak leh? :)