
Semalam aku terbaca pasal dabel standard kat blog kakak, aku setuju sangat² tentang perkara tu. Dah jadi kat mana² dah pun benda ni. Kat rumah pun ada. Diskriminasi antara adik-beradik, perbezaan kasih sayang ibu bapa antara anak² mereka. Haih! Kebanyakannya berkisar tentang anak lelaki akan dilebihkan berbanding anak perempuan walaupun anak lelakinya bukanlah boleh diharap sangat. 

Kalau anak perempuan hulurkan RM200 sebulan dan anak lelakinya hulur RM100 sebulan, belum tentu apa yang dihulur anak perempuan akan disebut. Kadang tak mengharapkan untuk disebut depan jiran² pun, cukuplah sekadar kalau apa yang dihulur tu diingati 
