May 26, 2009

dIskRimINasI >:)

Semalam aku terbaca pasal dabel standard kat blog kakak, aku setuju sangat² tentang perkara tu. Dah jadi kat mana² dah pun benda ni. Kat rumah pun ada. Diskriminasi antara adik-beradik, perbezaan kasih sayang ibu bapa antara anak² mereka. Haih! Kebanyakannya berkisar tentang anak lelaki akan dilebihkan berbanding anak perempuan walaupun anak lelakinya bukanlah boleh diharap sangat. 
Kalau anak perempuan hulurkan RM200 sebulan dan anak lelakinya hulur RM100 sebulan, belum tentu apa yang dihulur anak perempuan akan disebut. Kadang tak mengharapkan untuk disebut depan jiran² pun, cukuplah sekadar kalau apa yang dihulur tu diingati
Tapi kalau nak dicakap² benda ni pun, diskriminasi lelaki perempuan ni dah berlaku pada zaman jahiliah lagi. Sekarang ni pun dunia dah akhir zaman, so tak mustahil pun benda² macam ni timbul balik. Jangan nanti ada yang sanggup buang anak perempuan semata² sebab tak dapat anak lelaki dah laa
Haih. Aku sangat emo hari ini. Ada bahu yang sudi dipinjamkan?

May 14, 2009

Lamanya tak mengapdet. Sedikit kelam kabut dengan hambatan waktu yang tak pernah cukup sebenarnya. Dah 2 minggu tak masuk opis, membontoti bos aku out station. Haha.. Minggu ni aku dah kat opis. Penat tapi happy sebab leh lari dari suasana opis sekejap. Walau keadaan jiwa masih sakit, aku masih boleh berpura-pura senyum dan ketawa. Bukan susah pun. Sengih jer walau hati menangis. Lagipun aku dah terbiasa dengan keadaan macam tu. Dan mulai esok, aku tahu aku akan semakin tension.. Haih!

~ Saat Menghirup keenakan kopi panas pagi tadi, hati tiba-tiba merindui seseorang yang mengajar aku untuk menikmati minuman ketika masih panas... ~~