Jul 21, 2009

Sehari Di Melaka Tropical Fruits Farm

Ini namanya unta

Buah mata kucing yang boleh dimakan dalam masa 2 minggu lagi

Rambutan.. Huhu giler banyak tak hengat


Anak jiran aku

Irfan, my little bro.

18 Julai 2009. Sabtu. Jabatan Pertanian mengadakan Family Day bertempat di Malacca Tropical Fruits Farm, Sg. Udang. Aku ke sana menaiki bas yang disediakan oleh pihak jabatan. Aku tak ambil bahagian dalam mana² acara pun. Masa yang ada aku habiskan dengan berjalan² di sekitar kawasan, tgk binatang² yang ada. Burung unta pun ada tapi aku tak snap gambar dia. Gerak balik pukul 5.30 tapi pukul 5 aku dah pengsan tido pengsan dalam bas. Penat! Nama aku naek dalam cabutan bertuah, aku dah balik masa tu. Ada opismate yang tolong ambilkan. Mekasih la bebanyak. Dapat Toaster Oven. 1st time aku rasa bertuah. Haha...

Jul 12, 2009


Weekend..
Bertapuk kat opis. Keje di hujung minggu laa benda yang paling memenatkan. Plus membosankan. Tapi semalam dapat jugak aku tengok wayang citer Transformers tu. Ho yeah.. Sangat best la itu muvie. Macam nak tgk lagi 40 kali. Haha. Sengal.. Si kembar hijau dan merah itu sangat cute.
Okeh, sambung keje...

Ann - Apa lagi yang aku tunggu? Terkadang hati mendesak inginkan jawapan...

Jul 7, 2009

Weekend..
Not bad. Cuma ada sesetengah perkara yang aku silap buat keputusan. Menyesal? Tak. Benda dah terjadi. Cuma benda ni memang akan meninggalkan kesan kat hati aku. Mungkin hanya sementara, atau mungkin juga akan memakan masa yang lama untuk pulih. Aku tak berani nak katakan apa².. Yang pasti, waktunya bukan sekarang..
Saat² bersendirian, aku tersedar yang tempat aku bukan kat situ. Aku tak sepatutnya berada kat situ, waktu itu. Wrong time at the wrong place.. Haih...
Niat nak tengok Transformers terpaksa dipendam dulu sebab tiket memang macam goreng pisang panas. Atau mungkin jugak filem tu akan jadik macam cerita GENG yang aku masukkan ke dalam senarai BLACKLIST aku semata² sebab aku tak berpeluang nak menonton. Keinginan meluap² nak tgk filem tu waktu itu terpaksa aku batalkan sebab takde orang ajak aku. Atau lebih tepatnya takde orang nak bawak aku gi tonton filem tu. Takpelah. Benda dah lama lepas. Aku dah simpan jadik sejarah. Dan sejarah mungkin berulang...

Untuk kakak - Terima kasih la bebanyak atas kesudian awak nak pam balik hati saya yang dah kecik tu. Tapi bila dah besau, awak nak cucuk tu tak takut saya meletup ke?

Ann - Terima kasih untuk segalanya. Yer segalanya. Dan maafkan aku sebab masih lagi berkecil hati, jua berjauh hati..

Jul 1, 2009

Ulser

Minggu ni aku dapat 2 bijik ulser dalam mulut, tapi yang sebelah ni aku guna inche Gugel untuk carik gambar, bukan gambar mulut aku even tempat ulsernya sama. Lagi satu ada kat sebelah dalam pipi kanan. Ditambah dengan kerja yang menimbun, mmg menambah semangat aku untuk marah orang. Dengan keadaan sakit mulut macam ni (gigi pun jadik sakit kesan dari ulser ni), aku tak suka orang ckp banyak² dengan aku. Tak suka! Haih...