Jul 30, 2007

Narcolepsy..

ari isnin, ari yang paling malas untuk memulakan satu2 keje. pagi2 dah melanguk baca magazine, memana yang tercapai dek tangan. terambil majalah NUR yang memang opis ni langgan tiap2 bulan. dok belek2 tu, terbaca pasal NARCOLEPSY. apa tu? eheheh.. sindrom mengantuk di siang hari yang dah capai tahap gaban... mesti ramai gak yang alami sindrom ni kan? ader 4 tanda gejala ni iaitu :
* rasa mengantuk melampau pada waktu siang
* cataplexy - kelemahan otot hingga rasa tak bermaya, lutut lemah dan akan rebah tiba2.
* khayalan hypnogonic - pengalaman mimpi nyata yang berlaku ketika dlm keadaan hampir tidur atau terjaga.. bahaya gak ni sebab mungkin disalah tafsir sebagai SAKIT JIWA kerana pesakit akan mengalami pengalaman mimpi nyata yang melibatkan gambaran atau bunyi yang mengganggu.. ehehe paham ke tak? wat2 paham jelah ehhh :D
* lumpuh tidur - ketidakmampuan untuk bergerak atau bercakap sama ada ketika hampir tidur atau sedar dari tidur. seolah-olah menakutkan tapi tak bahaya pun..

so sesape yang rasa ader alami sindrom2 gni, takde ubatan khusus untuk merawat cuma kena ubah cara idup la. banyakkan senaman, rawatan tingkah laku dan membuat jadual tidur siang. cukup la tidur 15 minit untuk ilangkan ngantuk tu waktu siang. jangan pi bantai tidur 5 jam dah laa, kang malam terkebil-kebil jadik musang :D

***********************************************

- orang yang memiliki sifat semulajadi tidak pandai berterus terang selalunya seorang yang gemar berkhayal, menyendiri dan pendiam.. ni mcm gejala2 yang ader kat kaum kerabat siput band kan? >:)
- walau bertahun-tahun tidur sebantal, mimpi tetap berbeza. ;)

1 comment:

slaveofAllah said...

salam... kadang2 narcolepsy disalahtafsir.

dianggap seperti tidur berlebihan yang biasa, namun sebenarnya lebih dari itu

cuba bayangkan kita tertidur tanpa kita sedari...=)

jemput ke laman saya utk berkongsi =)