DUKA CINTA
KETIKA LANGIT MENANGIS
DALAM REMANG SENJA MERAH
BERKISAHLAH IA TENTANG CINTA TRAGIS
CINTA AGUNG YANG BERAKHIR DENGAN LUKA
KETIKA BULAN BERSEDIH
MENYEKA TANGIS YANG BERSISA
DAN KETIKA GERIMIS HAMPIR REDA
LUKA-LUKA CINTA DIBALUT LARA
YANG TAK AKAN HILANG PARUTNYA!
LANGIT MENANGIS LAGI
MENCUCI DUKA SEBUAH CINTA
DAN, BULAN PUN TAK SUDI TERSENYUM LAGI
KERANA CINTA SUCI
TELAH DIRAGUT MANISNYA!
~ Anne de’ ferra ~
Blues selamanya
2 comments:
Bulan berselindung di sebalik pekat malam. Mungkin sengaja menyembunyi wajah pilunya di sebalik warna kerudung. Sinar bintang-bintang yang berteraburan di sekelilingnya pun tidak mampu lagi menyempurnakan kemilau dirinya. Ke mana mahu dihalakan rindu dan resah? Pada murninya kasih yang terarah ataupun pada peritnya cinta yang terpisah? Pun bulan masih ingat pada gurindamnya dahulu..."Aneh, cahaya kucari jenuh begitu. Sedar-sedar dalam hatimu cahaya itu berpadu!"
huhu.. berpuisi kat cni lak bapak ini :D tp best!!
Post a Comment