May 26, 2009

dIskRimINasI >:)

Semalam aku terbaca pasal dabel standard kat blog kakak, aku setuju sangat² tentang perkara tu. Dah jadi kat mana² dah pun benda ni. Kat rumah pun ada. Diskriminasi antara adik-beradik, perbezaan kasih sayang ibu bapa antara anak² mereka. Haih! Kebanyakannya berkisar tentang anak lelaki akan dilebihkan berbanding anak perempuan walaupun anak lelakinya bukanlah boleh diharap sangat. 
Kalau anak perempuan hulurkan RM200 sebulan dan anak lelakinya hulur RM100 sebulan, belum tentu apa yang dihulur anak perempuan akan disebut. Kadang tak mengharapkan untuk disebut depan jiran² pun, cukuplah sekadar kalau apa yang dihulur tu diingati
Tapi kalau nak dicakap² benda ni pun, diskriminasi lelaki perempuan ni dah berlaku pada zaman jahiliah lagi. Sekarang ni pun dunia dah akhir zaman, so tak mustahil pun benda² macam ni timbul balik. Jangan nanti ada yang sanggup buang anak perempuan semata² sebab tak dapat anak lelaki dah laa
Haih. Aku sangat emo hari ini. Ada bahu yang sudi dipinjamkan?

5 comments:

Hajar said...

kat memana pun ade je mende tuh. so xyah pelikla.. huhu..
kita ni manusia biasa yang sentiasa diuji dengan pelbagai ujian dariNYA. mudah2an makin kuat dari hari ke hari. Amin... :)

brad said...

pengajaran dan moralnya; andai ditakdirkan kita ada anak, jangan letak standard2 ni kat anak2 kita. sama rata! jangan warisi sikap itu...

Cik Ann said...

kakak : mmg tak pelik pun cuma kadang saket ati :D yer mudah²an kita ok. aaminnn..

brad : InsyaAllah xkan mewarisi...

brad said...

kalau kita sakit hati nanti hati kita akan sakit.

Cik Ann said...

skang ni sumer dah sakit.. alang² biarlah abis terus..