Biar Kuanyam Mimpi Indah Ini Walau Kutahu Hanya Hamparan Duka Yang Menanti...
May 30, 2008
Tag Sebuah Meja..
1) Sudut kiri hujung meja
- kat ctu tersusun buku² yang nak kena jilid kat library opis tapi disebabkan ke'rajin'an saya yang melampau, terbiar la jugak buku tu. Tak terusik pun. Huhuhu. Plannya minggu depan nak rekod masuk library. InsyaAllah
2) Sudut kiri tgh meja
- kat ctu tempat saya letak handbag saya, kertas² yang nak kena kitar semula ( yang bersusun tu ). Dalam paperbag tu ada makanan saya. Cekelat pun ada. Hikhik.. Dalam plastik oren tu ada asam boi yang saya beli kat jualan Puspanita kelmarin. Untuk kunyahan time mengantuk. Ada printer utk keje, dan utk print benda² sengal. Ngeh ngeh ngeh.. Atas printer tu ada kalendar tapi saya tak guna sangat kalendar tu. Pendek kata saya mmg tak amik berat pasal kalendar melainkan ada yang tanya pasal cuti. Kadang tak beralih bulan pun kalendar atas meja saya :D
3) Sudut depan
- Ada monitor, telefon, speaker dan benda putih tepi monitor tu charger utk rechargeable battery. Telefon tu saya tak guna sangat sebab takleh nak call out keluar dari KL. Utk panggilan sekitar² cni jer. Tapi lebih kepada penggunaan utk bos saya panggil saya suruh masuk bilik dia. Huhuh.. Kibod saya kaler puteh jugak. Yang kecik kaler merah tu tikus komputer. Dan yang bertampal² tu memo², gambar saya, gambar² anak buah saya. Ada yang menyangkakan tu gambar² anak saya :( Ada juga cenderahati perkahwinan yang saya gantung..
Ok done!
Takde yang menarik pun atas meja saya ni.
Skang saya nak tag...
Ermm takpelah. Saya baek ari ni jadik takmo tag sape².
Nana, u still owe me one >:)
May 29, 2008
Tag.. Tag.. Tag..
Hair Color: Pepel *tipu jer*
Eye Color: Cekelat *I wish*
Profession: Kuli cabuk..
Relationship Status: Too complicated (-.-)
My Favorites
House or Apartment: Umah kat kampung yang ada sawah padi ataw sungai ataw air terjun.. Huhuuhu..
Where Would You Rather Be: Atas katil kat umah saya, pelok bantal dan tido.
Saya tak nak tag saper² kecuali Nana.. Hahah! Sila yer Kak Nana :P
May 26, 2008
Misi Yang Gagal (-_-)
Lokasi : Sebuah rumah di serdang (depannya ada padang bola yang tak berapa besar)
Waktu: Dalam remang² senja
Suasana : Angin sepoi² bahasa Tamil yang tidaklah agak menyenangkan.
Watak : 1) Ayah 2) Ibu 3) Sang Anak
Ayah : Majlis perkahwinan anak mak angkat Shila (bukan nama sebenar) tu bila?
Ibu : 6 Jun ni.
Sang Anak : Ada terima kad jemputan ke? Kalau takde, tak payahlah pergi >:)
Ibu : Alah, dah macam keluarga sendiri, memang kena pergi..
Ayah : Dia dah banyak kali ajak tu.
Sang Anak : 6 Jun tu Jumaat. Maknanya majlisnya Sabtu laa ehh? Kalau orang tak keje, orang pegi la. Kalau keje, sampaikan salam jer laa nanti ehh..
Ibu : Kalau ko keje, kita pergi malam. Macam² mana pun kena pergi..
Sang Anak : ... (bungkam dalam hati..)
- Misi melarikan diri diisytiharkan gagal sepenuhnya..
- Moral Of The Story - Jangan tipu mak bapak anda >:)
May 23, 2008
Dunia Yang Bisu..
Kalaulah saya ada kuasa nak bisukan orang, mesti saya tak rasa bingit macam ni. Haih! Kenapa laa diciptakan manusia² yang tak pernah reti nak diam macam ni ehh? Cakap benda yang sama berulang² kali macam laa yang mendengar ni pekak ataupun terlalu bodoh nak memahami butir percakapan dia. Hoho saya teramat marah waktu ini. Rasa macam nak menjerit jer kat telinga manusia² KE*A**T NI supaya mereka rasa apa yang saya rasa.
Tak boleh ke memberikan sedikit ruang untuk orang² sengal macam saya ni bertafakur? Haha! Bukan bertafakur cuma memerlukan masa untuk bersendirian so just shut your mouth up!!
Kat opis ni saya menjadik mangsa untuk mendengar cerita² pasal laki orang tu, makwe orang ni, bini orang tu, pakwe orang ni. I hate all this!
Warghhhh!!!
Saya amat merindui ruang saya yang dulu..
Alangkah bagusnya andai ruang waktu dapat diputar kembali...