Nov 21, 2007

Dingin + Beku = Mati?!!


Hari ni adalah hari yang ke 325 dalam tahun 2007, tahun yang banyak memberikan aku kenangan, pahit dan manis...
Penatnya... Mungkin aku betul² perlu merehatkan diri dari segalanya. Sejak 2 minggu kebelakangan ni langit selalu menangis. Musim tengkujuh semakin menghampiri. Suasana sentiasa kedinginan. Aku suka suasana macam tu. Dingin dan beku. Kalau dulu masa menetap di kampung, aku paling suka hujan walaupun aku tak pernah dibenarkan untuk main hujan. Nanti demam kata mak aku. Jadi aku ambil peluang untuk jalan² sekitar kampung selepas hujan. Seronok. Pemandangan yang menyejukkan. Really missed that moments.
Mungkin sebab terlalu sukakan hujan, sekarang hati aku sentiasa kehujanan, kedinginan... Makin membeku. Sepertinya sudah kematian perasaan...
Nessa - Hidup ini bukan sepotong mimpi...

No comments: