Nov 5, 2007

Kenangan Sepanjang Jalan Kehidupan...

Hari sabtu lepas aku ke open house kat sri serdang. Macam biasa tugas memegang baby diserahkan pada aku. Dari baby-baby along aku dulu sampailah baby adik aku skang ni, macam dah jadi kewajipan aku untuk jaga baby. Mungkin aku pun rela begitu. Bila aku yang jaga baby, automatically aku tak perlu ulang-alik ambil makanan... =)
Bila sampai ke tapak open house, dah ramai orang. Takde seat. Baby lak tido kat bahu aku. Huhu penatnya menggendong baby tgh tido. Tengah dok mengipas kepanasan kedengaran satu suara...
"Dik..."
Adik aku cuit bahu sambil menunjukkan ke arah seorang kakak..
Aku terpinga-pinga. Senyum gak laa. Sedekah.
"Duduklah. Kesian anak tu terlentok macam tu." Akak tu bangun bagi seat dia kat aku..
Aku pandang adik aku. Dia dah bantai gelak.
Apa lagi.. Dari tahan kaki lenguh, aku duduk jelah. Datng adik aku yang umo 3 tahun. Akak tu bagi sate, dia tak nak. Aku amik, bg kat tangan dia baru dia amik makan.
"Hurmm nak mak dia jugak amikkan"...
Adeihh nak tersedak tekak aku dengo. Tua sangat ke aku ni sampaikan adik aku pun dikatanya anak aku. Adik aku gelak tak kaber dah.
Aku sengih jer..
"Ni adik saya kak..."
Akak tu gelak je.
Pastu dia bangun, tinggallah kami adik-beradik...
Mak baby tu kata...
"Ko bukan tua ngah, cuma dah sesuwai jadik mak budak..."
Aku tolak kepala dia. Sesuka ati jer.
Pastu mak aku datang. Terus off topik. Membahayakan diri sendiri =)
Masa balik umah, kena ujan. Bangun pagi ahad, virus selsema dah menyerang.
Petang kuar g Midvalley sorang-sorang nak jumpa kawan-kawan kolej dulu. Lama gak menunggu, melanguk sorang-sorang. Abis sumer gelagat orang aku peratikan. Balik umah dah pukul 9 malam. Stuck lama di stesen komuter sebab ujan lebat. Adik lambat jemput. Melanguk lagi. Separuh hari aku semalam dihabiskan dengan melanguk di stesen komuter... Kena ujan lagi. Haih... Bangun pagi ni, badan dah sengal. Batuk makin teruk. Demam balik aku ni....
Ingat nak cuti tapi pk gaji yang dah tinggal ciput, kerja jugak la ari ni...
Haih!!!

I'm getting colder in here...

Nessa - Masih mencari jalan keluar...

2 comments:

archiq said...

wahhh... da ada tokoh jadi mak budak... hehehe... da tak lama lagi laa nihh... hehehe...

ann-nessa said...

ahahah archiq senget.. sape2 pun ada jer tokoh nak jadik mak budak. doakan jer :-"