Jan 30, 2008

Sekadar Mencoret..


Jika kamu memancing ikan, setelah ikan itu terlekat di mata kail hendaklah kamu mengambil terus ikan itu. Janganlah sesekali kamu lepaskan ia semula ke dalam air begitu sahaja kerana ia akan sakit oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan menderita selagi ia masih hidup…
Begitulah juga setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada seseorang. Setelah ia mula menyayangimu hendaklah kamu menjaga hatinya. Janganlah sesekali kamu terus meninggalkannya begitu sahaja kerana dia akan terluka oleh kenangan bersamamu dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia mengingatimu…
~~ Unknown ~~
Apakah nyanyian laut berakhir di pantai atau dalam hati mereka yang mendengarnya...
~~ Kahlil Gibran ~~
Hari ini saya kembali ke keadaan saya yang dulu. Menyendiri... Saya lebih senang begitu. Bukan bermakna saya tidak memerlukan kehadiran sesiapa namun setiap orang harus ada ruang untuk bersendiri.. Saya juga begitu.
Alone in my small rainy world...

2 comments:

Qaseh Bidadari said...

nape ni?

Cik Ann said...

sedang menilai kembali seluruh penghidupan ann..
huhu..
mekasih mama..
rajin menjenguk >:D<