Mar 6, 2008

Cinta Bukan Milikku...


Dalam lembah cinta
Yang tak bertebing
Resah sentiasa bermusim
Dan.. duka pun bermukim
Melangkah jejak-jejak
Di atas pepasir penuh getir
Kilau cinta nan kian malap
Semakin sukar digilap
Pun.. masih ada sejuta harap
Yang terus digarap
Di dinding hati
Kerana.. cinta kita
Tak pernah akan mati
~~ Bradermacho ~~

Terima kasih untuk Brad
kerana memberikan keizinan untuk meletakkan puisinya di sini.. Saya sangat
ketandusan idea untuk mengapdet blog kerana terlalu banyak benda yang perlu saya
fikirkan.. Perkara yang rasanya lebih menuntut perhatian dari saya. Untuk yang
akan mengundi hari sabtu ni, jangan nak buat undi rosak yer. Selamat mengundi...
Dan jangan lupa untuk baca doa mengundi nanti (*_O)

No comments: