Mar 3, 2008

~ Suatu pengembaraan dianggap gagal kalau kita tidak dapat apa yang kita cari. Tetapi itu tanggapan yang salah. Tidak ada pengembaraan yang sia-sia. Cuma kau tidak faham, bahawa sesuatu yang kau jumpa dalam perjalananmu, adakalanya lebih baik daripada apa yang kau cari... ~
~~ Panrita - Arena Wati ~~
Manusia sememangnya sentiasa mencari, mengejar apa yang belum pasti akan menjadi milik kita namun itulah kehidupan. Kita tak akan pernah tahu apa yang akan terjadi di masa depan. Itulah yang menjadikan kehidupan ini menarik...
Andai kita tahu akan kehilangannya, tak mungkin kita akan mencintainya.. Pasti tiada orang yang akan putus cinta, pasti tiada orang yang akan tercalar jiwanya...
Pagi tadi saya menerima kunjungan seorang kawan yang inginkan saya mendengar sebuah lagu. Bila mendengarnya, saya terfikir... Betapa sebuah kehilangan mampu merubah hidup setiap insan...
~~ Nyanyian Dari Penjara ~~
Setahun sudahku menunggu dirimu
Akhirnya kau menjadi milikku
Susahnya untukku melupakanmu
Kerana kau ku cintai selalu
Tapi sayang...
Kehadiran kekasih lamamu
Datang kembali mengenang kisah dahulu
Mengapa ini semua harus berlaku
Apakah ini semua kerna diriku
Sedangkan aku penawar dalam percintaan
Tak sanggup aku melepaskanmu
Kau ibarat terperangkap di tengah lautan
Tak tahu mana arah untuk kau menuju
Nak tgk atau dengar, sila klik >> Sini <<

2 comments:

AiRynnz said...

bukankah setiap langkahan kaki itu tertinggal 1 kenangan...tiada la sia2 lagi sbnrnye

Cik Ann said...

yer..
memang tak sia²..
cuma biasa la manusia ni kak..
mengejar apa yang tak pasti..
menangisi apa yang bukan milik kita..