Feb 29, 2008


Semalam..
Ada perbualan panjang antara saya dan seseorang yang saya anggap sebagai abang. Banyak yang diutarakan. Saya jarang beroleh peluang sebegitu utk bertanya banyak perkara dengan dia. Banyak yang terluah. Namun masih ada yang tersimpan. Perkara² yang seharusnya hanya saya yang tahu.
Banyak kesilapan yang saya lakukan dalam hidup saya..
Mistakes doesn't have to end
as wrongdoings..
Itu katanya.
Saya tahu..
Setiap kesilapan boleh diperbaiki, boleh dimaafkan walaupun bukan dilupakan.
Namun seperti yang saya selalu katakan. Susah untuk memaafkan kebodohan diri sendiri. Sukar untuk memaafkan kesilapan diri sendiri.
Tapi katanya itu semua kelemahan kita..
Banyak lagi yang diperbualkan.. Banyak yang menyedarkan saya betapa selama ini saya semakin terpesong dari landasan hidup saya.
Katanya lagi..
"Kadang² pertolongan Tuhan
kepada kita adalah menerusi asbab orang lain.."
Yer.. Selama ini saya banyak mengabaikan pandangan orang lain. Saya hanya memikirkan apa yang hati saya mahu.
Jauh di sudut hati saya, saya berterima kasih atas perbualan singkat antara saya dan dia.
Ada yang membantu saya untuk membuat satu keputusan..
Semoga...
~~ Ann - Ini pesanan untuk semua lelaki di luar sana. Specially untuk jantan² yang bermulut celupar. Jangan sesuka hati mengutuk perempuan yang berbadan besar. Mereka juga punya hati dan perasaan. Buruk sangatkah berbadan besar? Haih! Sepertinya ada unsur emosi dalam kenyataan tersebut. Dan untuk perempuan² yang berbadan besar, jangan risau. Masih ada lelaki yang akan nampak 'kelebihan' anda... ~~~

3 comments:

Anonymous said...

betul tu ann..aku sokong..cam lelaki yg berada di samping aku skrg nih..alhamdulllah dia terima seadanya aku :cry:

iman said...

ann...huhuhuuuu nk nages kt sini gakkk...huhuhuuuu sungguh cedihhh...

ann-nessa said...

yan : wahh sukernya ehh.. bagus la kalo gtu :D

Nana : uiks apasal nanges cni ehh?