Feb 25, 2008

Menunggumu..

Langit begitu indah menyusuri
malam
gelap membawaku dalam penantian panjang
seberkas kenangan yang kau
berikan
menyiksa pikiran dalam kesendirian
Bila rindu ini masih
milikmu
ku hadirkan sebuah tanya untukmu
harus berapa lama aku
menunggumu..
aku menunggumu...
~~ Peterpan feat Crishye ~~
Sebenarnya lirik lagu kat atas tu takde kena-mengena dengan entri saya hari ini. Saya hanya merasakan liriknya begitu indah untuk saya abadikan dalam blog kecik saya.
Ni kisah hujung minggu sudah..
Sabtu malam saya menonton rancangan Deal Or No Deal kat NTV7 bersama keluarga. Dan sepanjang saya menonton rancangan tersebut, hadiah pada malam tu adalah yang terkecil pernah dimenangi. Maw taw berapa? RM 0.10... Kecik bukan? Saya dan adik² saya hanya gelak besar bila peserta tu menang RM 0.10. Emak menegur saya. Katanya nilai tu cukup besar kalau kita berada pada zaman dia masih kecil. Waktu itu katanya lagi, ikan hanya $0.20 sekilo. Dibandingkan pada zaman sekarang, apalah yang ada dengan nilai sebanyak itu. Gula² pun dah ada yang RM 0.50 sebijik. Kalau dalam dompet hanya ada 2 keping not berwarna hijau kebiru²an, itu tandanya kewangan sudah tenat. Besarnya perubahan yang berlaku...
Bila termenung sendiri, saya terfikir. Andainya dengan gaji saya sekarang ni saya hidup di zaman emak saya masih kecil, saya boleh dikatakan orang kaya dalam kampung itu. Haih.. Macam seronok lak bila banyak duwet, kan? Memang seronok. Ramai berkata duwet tak boleh membeli segalanya tapi zaman sekarang ni, masuk tandas pun kena bayar. Itu sudah menunjukkan duwet tu penting.. Ada sesiapa maw menderma untuk saya?
Ngee~~
Ahad saya berjalan² dengan adik saya ke Mines Shopping Fair. Sempat menonton wayang. Cerita Anak lakonan Erra Fazira dan Ida Nerina. Ermm not bad.. Berjaya untuk membuatkan kebanyakan perempuan menjerit terkejut. Tapi bukan saya. Saya susah untuk mengeluarkan suara walau takut mcm mana sekalipun. Suara saya mahal, itu kata emak saya...
Yang pastinya, saya jenis yang berat nak bukak mulut. Tapi kalau kena dengan waktu dan orangnya, saya boleh jadi mcm orang bisu yang baru mendapat suara...
~~ Saya sudah pokai ~~

2 comments:

mama ranggie said...

best ek citer anak tu?

nampak iklan mcm beshh jer...

ann-nessa said...

ermmm best gak mama..
cuma biasa la citer seram² gni, endingnya mcm tu jer la :D