Feb 20, 2008

Kalau Berjanji...


Seorang sahabat, Abdullah bin Abdul Khansa menceritakan, dia pernah berjanji sesuatu dengan Rasulullah S.A.W (ketika itu Rasulullah belum diangkat menjadi Nabi). Dia berjanji untuk menyerahkan suatu barang kepada Rasulullah S.A.W di suatu tempat dan pada waktu tertentu. Namun malangnya Abdullah terlupa mengenai janjinya pada hari itu. Hanya pada hari ketiga, baru dia teringat mengenai janji yang dibuat lalu bergegas ke tempat yang dijanjikan. Alangkah terkejutnya dia apabila mendapati Rasulullah S.A.W masih menunggunya di situ.
Kata Rasulullah S.A.W kepadanya,
"Wahai anak muda, engkau telah menyakiti aku dengan janjimu
kerana aku telah berada di sini menunggumu sejak 3 hari yang lalu..."
(Hadis Riwayat Abu Daud)
~~ Janganlah berjanji bila belum bersedia untuk memikulnya.. Saya banyak berjanji pada diri sendiri namun banyak yang saya mungkiri. Kesian kan? Huhu.. Saya masih mencuba untuk memaafkan diri saya T_T.. ~~

No comments: