Nov 15, 2007

Bosan Tahap Gaban...


Haih.. Kerja yang menimbun menambahkan lagi kesengalan jiwa aku skang ni. Urgent! Itu jer yang bos aku tahu cakap. Bukan reti nak menolong pun. Sumer keje dicampaknya atas meja aku. Pas siap kang dia yang dapat nama. Kalo ada kuasa macam mak lampir, aku dah bisukan dia terus. Aman opis aku ni hari-hari. >:) Weekend terpaksa pulun OT. Penatnya aku rasa skang ni. Penat badan+jiwa...
Semalam balik dari keje, lepak bilik jap. Tiba-tiba datang adik aku yang bongsu, umo 3 tahun. Dia ada cakap something tapi aku tak berapa paham. Yang aku dapat tangkap, katanya pintu almari tercabut. Takkan laa pintu almari aku yang beso gitu leh tercabut? lagipun aku tengok ok jer lagi tu. Mesti dia memain ni. Aku buat tak reti jelah. Mak aku masuk bilik...
"Tadi pintu almari angah tercabut, budak 2 orang ni (Iman+Ipan) dok panjat masuk dalam almari, tertendang..."
"Haaaaa!!!"
"Tapi mak dah baiki, dah ok pun. Mak nak kuar ni, nak gi umah kak nora. Majlis hari lahir anak dia. Nak ikut?"
Aku menggeleng jer. Penat+malas nak ikut. Time nak mandi, aku try bukak almari. Ciss wat hal. Tersekat lak sliding door tu. Ni mesti pasal tercabut tadi. Nak tak nak, terpaksa baiki sendiri. Sempat gak la bermandi peluh nak membaiki benda alah tu. Huhu... Lain kali kalo jadik lagi, aku tau laa apa aku nak buat ngan budak 2 orang tu >:)
Nessa - Suka tengok gambar kat atas tu. Yang belakang macam nak patah balik ehh? :D

2 comments:

archiq said...

ohh.. yang dua orang tu ye... hehehe... biasalaa.. bebudak...

(teringat zaman kecik2 dolu)

ann-nessa said...

ehehe ingat lagi ehh chiq.. sorang cicak man, sorang ultraman.. huhu :D